RotiKaya

RotiKaya


Gossip: Kahwin Punya Meriah, Hutang Dewan Nikah Belum Bayar

Posted: 10 Oct 2013 05:46 PM PDT

Selalu ‘kan kita dengar pepatah rumah sudah siap, pahat masih berbunyi. Dalam kes kisah yang ingin kami sampaikan ini ianya lebih kepada kahwin punya meriah, hutang dewan nikah belum mampu bayar. Jadikan pengajaran.

Kalau anda mengikuti perkembangan dunia hiburan, pasti anda tahu siapa yang kami maksudkan ini dan tidak perlu kami huraikan atau beri petunjuk lebih lebih, kami sudah jatuh miskin bayar peguam selama ini. #LOL

Seorang ustaz di masjid di mana selebriti ini bernikah menyampai berita kurang enak ke telinga kami mengatakan pelakon ini masih berhutang duit sewa dewan nikah walaupun sudah beberapa kali dihubungi untuk melangsaikannya.

Kalau dilihat majlis perkahwinan yang mendapat liputan meluas baru baru ini, agak mustahil rasanya untuk pelakon & suaminya yang bergelar usahawan ini untuk liat membayar sewa dewan nikah yang kecil jumlahnya berbanding budget keseluruhan mereka untuk berkahwin.

Ustaz yang sama turut menyampaikan yang beliau tahu pasangan ini berbelanja lebh RM45,000 untuk majlis pernikahan sahaja dan beliau sendiri hairan kenapa pelakon ini seakan mahu lari dari melangsaikan hutang.

Mungkin terlepas pandang, mungkin jumlahnya terlalu kecil untuk pelakon ini uruskannya sendiri, mungkin duit yang diperuntukkan tidak sampai ke tangan pihak masjid — siapa tahu ‘kan?

Ramli Sarip, Rosyam Nor Bakal Bergelar Datuk

Posted: 10 Oct 2013 05:22 PM PDT

Penyanyi rock, Ramli Sarip; pelakon popular, Rosyam Nor dan jurulatih skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee akan dianugerahkan darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena hari jadi ke-71 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar berkata, Rosyam atau nama sebenarnya Mohd. Noor Shamsuddin, 46, dan Kim Swee, 43, dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) manakala Ramli, 61, menerima DMSM Kehormat.

Menurutnya, ketiga-tiga individu berkenaan antara 901 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka yang akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini pada hari ini, Ahad dan 24 Oktober ini. – Kosmo!

Lisa Surihani Masih Rasa Malu Ditegur Peminat

Posted: 10 Oct 2013 05:45 AM PDT

Kami sebenarnya lebih tertarik dengan hasil sesi fotografi Lisa Surihani bersama majalah Esquire versi Malaysia ini dari kisah beliau yang masih malu setiap kali bertemu peminat di luar.

Sesi fotografi ini diadakan di Bukit Gasing Forest Park yang Lisa Surihani sendiri mengakui dalam temubual bersama majalah memfokuskan lelaki ini tidak tahu akan kewujudannya walaupun nenek beliau tinggal berdekatan.

Lisa Surihani nampak sangat manis dan cantik mengenakan persalinan dari McQ by Alexander McQueen dan anda boleh lihat beberapa keping gambar dari Esquire Malaysia yang ada kami lampirkan dibawah.

Satu perkara menarik didedahkan oleh Lisa Surihani dalam temubual adalah beliau sebenarnya masih rasa malu apabila ada peminat menegur & meminta untuk mengambil gambar ketika sedang keluar bersama suaminya Yusry KRU atau ahli keluarga lain.

"I've never shared this in an interview but when I'm out with my family or my husband & suddenly someone comes up and says, 'Can we take a picture?', it's not that we don't want to”

“I feel proud about it, but I feel shy about it too. I've never gotten used to it. I hope it's good, but sometimes, it's misunderstood,” kongsi Lisa Surihani.

Kami juga baru tahu yang Lisa Surihani melalui semua filem lakonan beliau sehingga hari ini telah mengutip lebih RM45 juta secara keseluruhan dan ini termasuklah Istanbul Aku Datang dan Lagenda Budak Setan. Kisah penuh dalam Esquire Malaysia edisi Oktober 2013.

#06 Lisa Surihani Masih Rasa Malu Ditegur Peminat Sehingga Hari Ini - ROTIKAYA #05 Lisa Surihani Masih Rasa Malu Ditegur Peminat Sehingga Hari Ini - ROTIKAYA #04 Lisa Surihani Masih Rasa Malu Ditegur Peminat Sehingga Hari Ini - ROTIKAYA #03 Lisa Surihani Masih Rasa Malu Ditegur Peminat Sehingga Hari Ini - ROTIKAYA #02 Lisa Surihani Masih Rasa Malu Ditegur Peminat Sehingga Hari Ini - ROTIKAYA #01 Lisa Surihani Masih Rasa Malu Ditegur Peminat Sehingga Hari Ini - ROTIKAYA

TIGA Pertaruh Lagu Pertama Ciptaan Alyah

Posted: 10 Oct 2013 03:18 AM PDT

Bermula kepada kemenangan mereka dalam pertandingan Bintang Idola BH, kumpulan TIGA yang pada asalnya dianggotai seramai 3 orang, kini bertambah seorang lagi ahli menjadikan mereka kini berempat.

Mereka terdiri daripada Arween atau Mohd Qhairol Ighssan selaku ketua kumpulan, Alfie atau Syed Alfrizal, Maya atau Maya Haryanto dan Zack Marican. Ternyata kesemua anggota TIGA mempunyai kekuatan masing-masing.

Jika sebelum ini TIGA telah berjaya dipilih menyertai The Band anjuran Astro, namun terpaksa menolak tawaran tersebut kerana bersepakat untuk tidak berpecah. The Band mengkehendaki mereka untuk tidak bercampur anggota lelaki dan perempuan.

Alfie sendiri sebelum ini merupakan anak didik Zaf Ve dalam program nyanyian Mentor musim 2. Baru baru ini telah berlangsungnya sidang media pelancaran single pertama mereka iaitu, Pengakuan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.

Menariknya Pengakuan telah dicipta oleh penyanyi Alyah yang merupakan bekas anggota TIGA satu ketika dulu. sebetulnya Pengakuan telah dicipta oleh Alyah ketika dia masih lagi bergelar ahli keluarga TIGA.

“Alfie sendiri kenal rapat dengan Alyah & itu antara benih benih permulaan yang mencetuskan kerjasama sulung ini,” jelas ketua kumpulan TIGA itu semalam.

Namun mereka menolak menumpang populariti Alyah yang telah menempa nama besar dalam industri hiburan.

Melihat kepada kumpulan TIGA, ada yang melabel kumpulan ini seolah-olah meniru sebuah kumpulan band sedia ada, The Fabulous Cats. Namun jelas Arween semalam, TIGA lebih cenderung kepada rentak melodi harmoni berbanding The Fabulous Cats yang lebih berani bermain dengan pelbagai genre antaranya R&B.

Tambah Arween lagi, dia yakin Pengakuan boleh diterima oleh pendengar kerana mereka yakin lagu tersebut dianggap sebagai mesra radio dan mampu menambat hati pendengar.

Bintang Realiti TV Nafikan Ada Hubungan Dengan Fauzi Nawawi

Posted: 09 Oct 2013 06:43 PM PDT

Kau tahu kau tidak popular apabila kami merujuk nama anda sebagai bintang realiti televisyen sebagai ganti nama pentas kerana ianya lebih mudah. Heh. Dan ini kisah Noni AF5 yang hari ini khabarnya ada hubungan dengan Fauzi Nawawi.

Noni who? Exactly.

Laporan Harian Metro hari ini menyebut khabar angin tentang Noni AF5, atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin yang menjalin hubungan dengan Fauzi Nawawi selepas mereka rapat selepas berkenalan.

Fauzi Nawawi bukan amatur dalam gossip mempunyai hubungan sulit ini dan pastinya berita ini bukan yang pertama namun Noni AF5 tampil memberikan penjelasan yang hubungan antara mereka hanya kerana kerja atau lebih formal & professional.

“Hubungan kami rapat atas dasar kerja dan tidak lebih daripada itu. Saya juga 'anak didik' Fauzi kerana dia banyak membimbing saya dan memberi pelbagai tip dalam bidang lakonan”

“Bukan saya saja, malah ramai lagi artis lain yang menimba ilmu lakonan dengannnya seperti Ika Nabella, Reen Rahim, Agnes Wong dan ramai lagi, tapi mengapa saya pula yang digosipkan dengannya?” kata Noni AF5 menafikan semua dakwaan.

Noni AF5 menjelaskan lagi yang beliau mula mengenali Fauzi Nawawi ketika menyertai program Jelajah Festival Filem Malaysia tahun ini, dan Fauzi turut ditemani isterinya, Lisdawati.

Fauzi memberitahunya yang dia ada pakej yang lengkap untuk menjadi pelakon dan menawarkan Noni untuk berlakon dalam drama arahannya. Itu sahaja, katanya.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...