RotiKaya

RotiKaya


Shila Amzah Mengaku Pernah Menjadi Mangsa Keganasan Lelaki?

Posted: 01 Oct 2013 04:59 PM PDT

Ini yang buat ramai ingin membuka cerita lama. Satu status Shila Amzah di akaun Twitter beliau baru baru ini mengundang persoalan sama ada benar penyanyi ini pernah di’kasari oleh individu yang pernah rapat dengan dirinya dahulu.

“Takut nak tengok Bencinta. Tapi teringin nak tengok Kak Nora (Danish) berlakon macam tu — takut terbayang-bayang. Been there. Esoklah gagahkan diri,” tulis Shila Amzah.

Shila Amzah yang dihubungi portal GUA baru baru ini mengakui yang beliau pernah menjalani situasi seperti jalan cerita filem Bencinta dimana watak Nora Danish menjadi mangsa keganasan seorang suami lakonan Farid Kamil.

“Saya kemaskini status demikian kerana saya pernah mengalami situasi tersebut. Saya masih trauma dengan keadaan itu,” jelas beliau tentang status tersebut.

Dek kerana Shila Amzah tidak pernah berkahwin, ramai peminat mula berspekulasi yang situasi yang pernah dialami penyanyi ini melibatkan kekasih lamanya yang mana perpisahan mereka menjadi bualan ramai tidak lama dahulu.

Hmmm.

#92 Shila Amzah Mengaku Pernah Menjadi Mangsa Keganasan Lelaki? - ROTIKAYA #91 Shila Amzah Mengaku Pernah Menjadi Mangsa Keganasan Lelaki? - ROTIKAYA #90 Shila Amzah Mengaku Pernah Menjadi Mangsa Keganasan Lelaki? - ROTIKAYA #89 Shila Amzah Mengaku Pernah Menjadi Mangsa Keganasan Lelaki? - ROTIKAYA #88 Shila Amzah Mengaku Pernah Menjadi Mangsa Keganasan Lelaki? - ROTIKAYA #87 Shila Amzah Mengaku Pernah Menjadi Mangsa Keganasan Lelaki? - ROTIKAYA

Cinta Semakin Utuh — Keluarga Redzwani Puteri Kini Terima Semula Shahz Jaszle

Posted: 01 Oct 2013 04:24 PM PDT

Pertengahan tahun ini nama Shahz Jaszle menjadi bualan ramai selepas ditangkap khalwat dengan seorang gadis bernama Farah dan insiden ini menyebabkan pelakon popular ini putus tunang dengan Redzwani Puteri selepas keputusan dibuat keluarga.

BACA: Kronologi Kisah Tangkapan Khalwat Shahz Jaszle

Walaupun mendapat tentangan keluarga, nampaknya cinta pasangan Shahz Jaszle & Redzwani Puteri tetap kukuh sehingga sampai satu masa pelakon ini seakan nekad ingin kahwin lari jika keluarga masih tidak merestui hubungan mereka berdua.

Namun perkembangan terbaru melaporkan yang Shahz Jaszle kini bersyukur apabila keluarga Redzwani Puteri telah menerima kembali dirinya & kembali menaruh kepercayaan untuk menjalin hubungan dengan gadis itu.

“Saya faham situasi keluarga Redzwani yang mesti risau adakah saya layak untuk menjadi suami Redzwani selepas kontroversi tercetus. Dan ia semestinya mengambil masa yang lama untuk mereka percaya kepada saya.

“Tetapi, Alhamdulillah mereka sudah terima saya semula pada Hari Raya lalu dan hubungan saya dan Redzwani sendiri semakin kukuh. Syukur,” ujar Shahz Jaszle.

Pelakon ini menambah yang kontroversi ini sebenarnya tidak menganggu perjalanan kariernya ketika ini dan beliau sedang giat mengumpul duit untuk mengahwini Redzwani Puteri.

#79 Keluarga Redzwani Puteri Kini Terima Semula Shahz Jaszle - ROTIKAYA #80 Keluarga Redzwani Puteri Kini Terima Semula Shahz Jaszle - ROTIKAYA #81 Keluarga Redzwani Puteri Kini Terima Semula Shahz Jaszle - ROTIKAYA #82 Keluarga Redzwani Puteri Kini Terima Semula Shahz Jaszle - ROTIKAYA #83 Keluarga Redzwani Puteri Kini Terima Semula Shahz Jaszle - ROTIKAYA #84 Keluarga Redzwani Puteri Kini Terima Semula Shahz Jaszle - ROTIKAYA

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.426)

Posted: 01 Oct 2013 09:11 AM PDT

VIDEO HARI INI: Mungkin ia’nya perkara kecil untuk ramai orang tetapi tahukah anda bagaimana nozel mengetahui yang petrol di tangki kereta kita sudah penuh & berhenti sendiri?

Pernah satu ketika dalam hidupnya, Miley Cyrus berniat untuk menyambung pelajaran di universiti dan mengejar cita citanya dalam dunia fotografi namun terbantut selepas penyanyi ini mengubah haluan dalam karier muziknya. – E! Online

Popular dengan kisah cintanya yang sering berubah arah, Taylor Swift mendedahkan yang dirinya tidak pernah merasakan sesuatu yang sempurna atau pasangan yang secocok dalam segala segi dalam mana mana hubungan sebelum ini. – US Magazine

Pelakon Izzue Islam mengakui terkejut dengan dakwaan tidak berdisiplin semenjak berkahwin tetapi mengakui beliau pernah beberapa kali tiba lewat di lokasi penggambaran namun ianya tidak sampai menyusahkan kru di lokasi. – Murai

Bekas anggota Super Junior, Hangeng mendedahkan sebab sebenar beliau keluar dari kumpulan itu adalah untuk membuat lebih banyak duit membantu ibunya selain peraturan ketat industri hiburan Korea yang tidak adil kepada artis berasal dari luar negara. – allkpop

Mereka berdua ini sudah berkawan lama namun status hubungan mereka kini menjadi tanda tanya apabila Cameron Diaz & Benicio Del Toro di’lihat meluangkan masa bersama di New York baru baru ini, mungkin sudah lebih dari sekadar kawan? – Daily Mail

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...