RotiKaya |
- KL Gangster 2 Kena Rompak — Syamsul Yusof Mahu Berhenti Mengarah Filem
- Adi Putra: Saya Masih Sayang & Cintai Isteri Saya
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.411)
- Video: Yuna Di Ujibakat One In A Million Pada Tahun 2006 Dapat Perhatian
- Adi Putra Tertekan Dengan Isu Skandal Isteri Orang
- Maya Karin Beli Kediaman RM2 Juta Di London?
| KL Gangster 2 Kena Rompak — Syamsul Yusof Mahu Berhenti Mengarah Filem Posted: 09 Sep 2013 05:59 PM PDT Kisah Syamsul Yusof tetapi kenapa wajah ayahnya yang terpampang di’atas? Kerana Syamsul Yusof tidak hadir ke majlis tayangan bersama media untuk filemnya sendiri, KL Gangster 2. Bercakap kepada media malam tadi, Datuk Yusof Haslam memaklumkan yang anaknya itu tidak dapat hadir ke majlis tayangan semalam kerana masih tertekan dengan isu cetak rompak KL Gangster 2 yang terjadi beberapa minggu yang lalu. “Emosi Syamsul belum stabil. Jiwanya terganggu akan kejadian rompakan digital terhadap filem KL Gangster 2. Saya faham dengan situasi yang dihadapinya itu” Dalam majlis yang sama, Yusof Haslam juga ada mendedahkan luahan hati anaknya itu yang mahu berhenti mengarah filem selepas kejadian KL Gangster 2 di’sabotaj ini. “Tapi yang saya risau, dia kata dia nak tarik diri daripada industri filem. Dia dah tak mahu terus mengarah lagi. Syamsul ni jenis degil, kalau dia kata dia nak buat sesuatu tu, dia akan buat. Ini yang cukup membimbangkan saya,” tambah Yusof Haslam. Yusof Haslam menambah lagi jika benar Syamsul Yusof menarik diri dari dunia perfileman Malaysia, ianya satu kehilangan yang sangat besar kerana pengarah muda itu punyai potensi yang tinggi selain mempunyai barisan filem yang berjaya sebelum ini. “Jika dia betul-betul tarik diri, sudah pasti ia satu kehilangan besar industri perfileman tanah air. Ramai yang datang kepada saya dan memberitahu bahwa saya bertuah mempunyai anak seperti Syamsul yang dapat meneruskan legasi empayar perniagaan saya” “Saya harap dengan sokongan para penonton terhadap sambutan filem ini di pawagam, dapat mengembalikan semula semangatnya. Saya harap dia tak silap perhitungan & tak putus asa” KL Gangster 2 akan ke pawagam seluruh negara pada 3 Oktober 2013 ini. |
| Adi Putra: Saya Masih Sayang & Cintai Isteri Saya Posted: 09 Sep 2013 05:06 PM PDT Berhubung kontroversi melibatkan Adi Putra menjalinkan hubungan sulit bersama isteri orang, jelas Adi perkara tersebut masih lagi berada di bawah siasatan. Oleh yang demikian dia tidak boleh memberi sebarang kenyataan berhubung kes tersebut. Janji Adi setelah segalanya selesai, dia akan mengeluarkan kenyataan media bagi menjelaskan keadaan sebenar yang telah berlaku. Walaubagaimanapun Adi akur bergelar selebriti, bermakna mereka milik masyarakat. Orang ramai sentiasa mahu tahu apa yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka. “Apa jenis keadaan pun, saya kena lalui. Walau apa pun terjadi, saya harus profesional. Bergelar selebriti bermakna saya milik masyarakat” Buat masa sekarang Adi cuma mampu mendiamkan diri dan bersabar dengan dugaan yang sedang dihadapinya. Namun jelas Adi, dugaan yang dihadapi kini tidak langsung menjejaskan perjalanan kariernya. Dia masih sibuk menyiapkan naskah Suami Saya Ustaz bersama sahabatnya Ghaz Abu Bakar. Bagi Adi rezeki yang diterima adalah dari Allah. Takde sesiapa berkuasa menutup pintu rezeki manusia selain Allah. “Saya tidak risau tentang pintu rezeki saya. Itu semua adalah perjanjian dari Allah. Walau apa pun, saya perlu bekerja bagi menyara keluarga saya.” Turut sama terkena tempias ketika kontroversi Ini terjadi tentunya isteri Adi, Aida Yusof. Jika sebelum ini pasangan ini pernah mempunyai masalah rumahtangga dan hampir bercerai. Aida turut dilihat sama menemani suaminya di malam tayangan media KL Gangster 2 malam tadi. Jelas Adi, Aida sentiasa bersamanya. Hubungan dia dan isteri semakin rapat. Malah Adi merancang membawa keluarganya bercuti. “Setakat ini hubungan kami suami isteri baik. Malah dialah satu-satunya isteri yang saya sayang dan cintai. Dia sentiasa bersama saya walau susah dan senang. Saya nak bawa isteri dan anak kami Adelia bercuti. Masih nampak hubungan kami goyah?” |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.411) Posted: 09 Sep 2013 09:28 AM PDT VIDEO HARI INI: Dapat jolokan Mariah Carey era 2010′an, Ariana Grande tampil dengan imej 90′an untuk video muzik terbarunya kali ini untuk lagu Baby, I. Masih lagi para peminat memperkatakan tentang persembahan Miley Cyrus beberapa minggu lalu dan kali ini khabarnya majalah fesyen berprestij Vogue telah membatalkan hasrat menjadikan penyanyi itu sebagai wajah muka hadapan. – Mail Online Tunang kepada aktress Jennifer Love Hewitt, Brian Hallisay di’laporkan telah bertindak kasar terhadap seorang paparazzi selepas amaran untuk tidak mengambil gambar tidak di’endahkan tetapi tiada sebarang kecederaan terjadi menurut sumber. – Huffington Post Bercakap dalam satu majlis baru baru ini, Wentworth Miller mengakui yang beliau pernah untuk mencuba bunuh diri beberapa kali sebelum mengakui dirinya seorang gay kerana tekanan menyembunyikan identiti seksualnya. – TMZ Bintang Star Trek Next Generation, Patrick Stewart telah mengesahkan dirinya kini sudah berkahwin dengan teman wanitanya selama lima tahun, penulis lagu & penyanyi Sunny Ozell. Ini merupakan perkahwinan ketika buat pelakon itu. – US Magazine Walaupun sukan’nya sendiri tidak sangat menjadi perhatian kita, tetapi persembahan separuh masanya sentiasa menarik minat ramai. Untuk edisi Super Bowl akan datang Februari ini, Bruno Mars di’sahkan akan membuat persembahan. – Entertainment Weekly |
| Video: Yuna Di Ujibakat One In A Million Pada Tahun 2006 Dapat Perhatian Posted: 08 Sep 2013 08:30 PM PDT Video di’atas menunjukkan penyanyi kebanggaan kita semua, Yunalis Zaraai atau lebih di’kenali Yuna menyertai sessi ujibakat untuk program realiti TV One In A Million pada tahun 2006. Menurut deskripsi pada video di Youtube ini, Yuna ada menulis satu ketika dahulu di ruangan MySpace beliau menceritakan pengalaman hadir ke ujibakat ini dan berjaya masuk ke senarai Top 40 tetapi gagal untuk ke peringkat seterusnya iaitu Top 20. “I didn’t get through because I was not good enough as a singer and the Top 20 contestants that the judges picked were REALLY GOOD and well deserved. Itu je” Bergurau agaknya Yuna ketika itu. Lihat sahajalah hari ini ke mana bakat yang ada membawa beliau yang baru sahaja tamat mengadakan persembahan bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya, Kuala Lumpur. BACA: Gambar Sekitar Konsert Yuna Di Istana Budaya & Penampilan Khas Mike Einziger Dan, cubaan Yuna di situ untuk menggunakan nama Alis sebagai nama komersial. #LOL |
| Adi Putra Tertekan Dengan Isu Skandal Isteri Orang Posted: 08 Sep 2013 06:59 PM PDT Gambar di atas merupakan gambar pertama Adi Putra muncul di khalayak ramai selepas kisah beliau di’khabarkan mempunyai skandal dengan seorang wanita berstatus isteri orang menjadi perhatian ramai. BACA: Inikah Wanita Yang Mempunyai Skandal Dengan Adi Putra? Bercakap kepada media ketika menghadiri Majlis Golf Teduhan Kasih Wisata Amal 2013 di Pulai Springs Golf Resort, Adi Putra mengakui dirinya tertekan dengan kontroversi yang melanda. “Mana-mana manusia pun pasti tertekan. Di sebelah sekarang ini adalah isteri saya, keluarga dan rakan-rakan yang buat saya rasa tidak tertekan” “Ini kerana sudah menjadi lumrah anak seni untuk dibual bicarakan. Kalau saya bukan dalam dunia selebriti orang tidak akan ambil berat tentang saya,” kata Adi Putra lagi. Menurut laporan Sinar Harian lagi, Adi Putra turut berkata yang kontroversi ini tidak mengganggu perjalanan karier & rezeki beliau kerana semuanya sudah di’tentukan dengan kuasa Allah. “Alhamdulillah secara ikhlas saya rasa ia tidak ganggu mana mana aktiviti seni saya kerana apa yang diputuskan dan rezeki yang diberi itu adalah kuasa Allah,” tambahnya lagi yang di’temani isteri, Aida Yusof ketika sidang media berlangsung. |
| Maya Karin Beli Kediaman RM2 Juta Di London? Posted: 08 Sep 2013 06:23 PM PDT Maya Karin antara selebriti yang kita semua tahu rajin terbang ke luar negara untuk bercuti dan satu destinasi yang kerap di’kunjungi seperti rumah kedua adalah kota metropolitan London. Ini adalah kerana adiknya, Irina bekerja sebagai seorang peguam di London dan jika ada masa kelapangan pasti Maya Karin akan terbang ke sana untuk menjenguk. Khabar terbaru menerusi laporan Harian Metro beberapa hari lalu mengatakan Maya Karin sudah pun membeli sebuah kediaman di tengah London dengan nilai melebihi RM2 juta. Baru baru ini juga Maya Karin ada pulang ke London dan kongsikan sekeping gambar menerusi akaun Instagram beliau & menulis “…just arrived at my other home. London for a week again” Laporan akhbar itu juga menyebut yang kediaman ini di’beli oleh Maya Karin bersama adiknya yang masih bujang. Baguslah untuk mereka berdua, dalam usia muda rajin mengumpul harta untuk masa hadapan. Khabarnya sehingga ke hari ini, Maya Karin sendiri sudah mempunyai beberapa aset hartanah di Damansara, Kuala Lumpur & Terengganu hasil penat lelah beliau dalam dunia hiburan dan menjadi jurucakap pelbagai produk. |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.