RotiKaya

RotiKaya


Jadi Duta Pelancongan Hong Kong, Aaron Aziz Nafi Tamak Wang Tajaan

Posted: 08 Sep 2013 05:47 PM PDT

Sebenarnya bukan’lah duta per se, tetapi lebih kepada kolaborasi antara badan pelancongan Hong Kong & Aaron Aziz untuk mempromosikan negara itu kepada rakyat Malaysia.

Pelakon lelaki idaman Malaya, Aaron Aziz ketika ditemui semasa majlis sidang sedia kolaborasi antara Aaron Aziz dan pelancongan Hong Kong di Seri Pacific Kuala lumpur telah menjelaskan dan seterusnya menafikan dakwaan bahawa dia merupakan seorang yang tamak kerana apa yang dapat dilihat kini dia telah banyak diberikan tawaran untuk menjadi duta dan sebagainya, dan pada kali ini dia telah sekali lagi diberikan peluang untuk berkobolarasi bersama Majlis Pelancongan Hong Kong.

“Alhamdulillah saya bersyukur kerana telah dipilih untuk berkobolarasi bersama pelancongan ke Hong Kong dan ini merupakan perkara yang amat baik dan berharap dengan koloborasi ini saya dapat menimba pengalaman yang baru walaupun sudah banyak kali juga saya ke Hong Kong bersama keluarga”

“Mengenai dakwaan mengatakan saya tamak itu tidak benar sama sekali kerana saya tidak pernah bersifat sebegitu, kerana apa yang telah diberikan dan ditawarkan kepada saya itu semua adalah rezeki saya dan keluarga”

“Lagipun apabila dapat saya berkobolarasi bersama pelancongan Hong Kong, saya akan dapat juga bersama-sama peminat Aaronators untuk melancong ke sana dan bagi sesiapa sahaja yang belum berpeluang untuk melancong ke sana, marilah bersama-sama saya pada hujung tahun ini untuk ke melancong sambil berhibur ke Hong Kong,” katanya.

Kepada peminat-peminat Aaron Aziz, anda berpeluang untuk melancong bersamanya ke Hong Kong pada hujung tahun ini & maklumat lanjut di facebook.com/DiscoverHongKong.

#14 Jadi Duta Pelancongan Hong Kong, Aaron Aziz Nafi Tamak - ROTIKAYA #12 Jadi Duta Pelancongan Hong Kong, Aaron Aziz Nafi Tamak - ROTIKAYA #19 Jadi Duta Pelancongan Hong Kong, Aaron Aziz Nafi Tamak - ROTIKAYA #15 Jadi Duta Pelancongan Hong Kong, Aaron Aziz Nafi Tamak - ROTIKAYA #11 Jadi Duta Pelancongan Hong Kong, Aaron Aziz Nafi Tamak - ROTIKAYA #17 Jadi Duta Pelancongan Hong Kong, Aaron Aziz Nafi Tamak - ROTIKAYA #16 Jadi Duta Pelancongan Hong Kong, Aaron Aziz Nafi Tamak - ROTIKAYA #20 Jadi Duta Pelancongan Hong Kong, Aaron Aziz Nafi Tamak - ROTIKAYA #18 Jadi Duta Pelancongan Hong Kong, Aaron Aziz Nafi Tamak - ROTIKAYA #09 Jadi Duta Pelancongan Hong Kong, Aaron Aziz Nafi Tamak - ROTIKAYA #10 Jadi Duta Pelancongan Hong Kong, Aaron Aziz Nafi Tamak - ROTIKAYA #13 Jadi Duta Pelancongan Hong Kong, Aaron Aziz Nafi Tamak - ROTIKAYA

Fouziah Gous Semakin Berani Untuk Tampil Seksi Selepas Bertunang?

Posted: 08 Sep 2013 05:17 PM PDT

Melihat dari senyuman yang semakin berseri-seri selepas menjadi tunangan orang, pelakon Fouziah Gous kelihatan agak seksi di majlis yang dihadirinya baru-baru ini.

Mengayakan baju rekaan Cosry bewarna keemasan, baju yang digayakan agak terdedah di bahagian dada namun begitu sebagai artis dia akur dengan apa yang telah diberikan.

“Saya rasa tidak daring atau seksi pun, saya hanya memakai baju yang telah direka dan apa yang saya inginkan hanyalah baju yang ringkas dan datang sini pun untuk melihat majlis kahwin”

Itu komen Fouziah Gous apabila di’minta untuk mengulas akan penampilan beliau baru baru ini.

Berikut merupakan beberapa keping gambar terbaru Fouziah Gous yang sempat jurugambar kami rakamkan ketika majlis berlangsung — seksi atau biasa biasa sahaja?

#99 Gambar Fouziah Gous Semakin Berani Untuk Tampil Seksi Selepas Bertunang? - ROTIKAYA #08 Gambar Fouziah Gous Semakin Berani Untuk Tampil Seksi Selepas Bertunang? - ROTIKAYA #07 Gambar Fouziah Gous Semakin Berani Untuk Tampil Seksi Selepas Bertunang? - ROTIKAYA #04 Gambar Fouziah Gous Semakin Berani Untuk Tampil Seksi Selepas Bertunang? - ROTIKAYA #98 Gambar Fouziah Gous Semakin Berani Untuk Tampil Seksi Selepas Bertunang? - ROTIKAYA #06 Gambar Fouziah Gous Semakin Berani Untuk Tampil Seksi Selepas Bertunang? - ROTIKAYA #05 Gambar Fouziah Gous Semakin Berani Untuk Tampil Seksi Selepas Bertunang? - ROTIKAYA #03 Gambar Fouziah Gous Semakin Berani Untuk Tampil Seksi Selepas Bertunang? - ROTIKAYA #02 Gambar Fouziah Gous Semakin Berani Untuk Tampil Seksi Selepas Bertunang? - ROTIKAYA

Nabila Huda Dan Anak Terlibat Kemalangan, Bekas Suami Lepas Geram Di Twitter

Posted: 08 Sep 2013 06:23 AM PDT

Nabila Huda & anaknya, Keisha di’laporkan telah mengalami satu kemalangan lewat petang tadi di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Karak ketika pulang ke Kuala Lumpur dari menjayakan sebuah program anjuran Astro di Kuantan, Pahang.

Kedua dua mereka di’fahamkan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) bersama seorang pemandu lain & kenderaan itu telah terbalik akibat kemalangan tersebut.

Pelakon Syazwan Zulkifly yang turut serta dalam program di Kuantan itu mengirimkan sekeping gambar menunjukkan kenderaan yang di’naiki Nabila Huda & Keisha dalam keadaan terbalik.

#01 Nabila Huda Dan Anak Terlibat Kemalangan, Bekas Suami Lepas Geram Di Twitter - ROTIKAYA

Khabar angin awal yang bertebaran mengatakan Keisha telah tercampak keluar dari kenderaan ketika kejadian malang ini berlaku & ayahnya menerusi status di Twitter menafikan perkara itu dan berkata Nabila Huda memaklumkan Keisha berada dalam kereta sepanjang kejadian.

#02 Nabila Huda Dan Anak Terlibat Kemalangan, Bekas Suami Lepas Geram Di Twitter - ROTIKAYA

Dalam salah satu status Twitter bekas suami Nabila Huda itu juga ada mengatakan yang Keisha mengalami patah tangan akibat kemalangan itu namun tiada berita tentang kecederaan yang d’alami oleh Nabila Huda — namun kedua dua mereka di’laporkan selamat.

#03 Nabila Huda Dan Anak Terlibat Kemalangan, Bekas Suami Lepas Geram Di Twitter - ROTIKAYA

Gambar di’atas yang dikongsikan Zaidy Zailani menerusi Instagram beliau menunjukkan sebelah tangan Keisha yang berbalut dan kini menerima rawatan di hospital.

Menerusi beberapa status Zaidy Zailani menerusi laman Twitter, beliau nampaknya tidak dapat menahan geram apabila mengetahui anak kesayangan’nya terlibat dengan kemalangan dan turut menulis beberapa ayat pesanan buat bekas isterinya, Nabila Huda.

#05 Nabila Huda Dan Anak Terlibat Kemalangan, Bekas Suami Lepas Geram Di Twitter - ROTIKAYA

#04 Nabila Huda Dan Anak Terlibat Kemalangan, Bekas Suami Lepas Geram Di Twitter - ROTIKAYA

#08 Nabila Huda Dan Anak Terlibat Kemalangan, Bekas Suami Lepas Geram Di Twitter - ROTIKAYA #07 Nabila Huda Dan Anak Terlibat Kemalangan, Bekas Suami Lepas Geram Di Twitter - ROTIKAYA #06 Nabila Huda Dan Anak Terlibat Kemalangan, Bekas Suami Lepas Geram Di Twitter - ROTIKAYA

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.410)

Posted: 08 Sep 2013 05:12 AM PDT

VIDEO HARI INI: Filem terbaru lakonan beliau Riddick kini sedang hangat di’pawagam dan tidak hairan video Vin Diesel karaoke lagu Rihanna timbul semula.

Berkahwin sekitar setahun yang lalu, Zach Galifianakis kini di’laporkan bakal bergelar seorang bapa selepas isterinya Quinn Lundberg kini mengandung. – US Magazine

Emma Watson nampaknya telah sah mempunyai projek filem baru dan kali ini akan bekerjasama dengan Alison Owen dan Michael Benaroya untuk adaptasi memoir Emma Forrest dengan tajuk filem Your Voice in My Head. – The Hollywood Reporter

Pelakon Korea, Jang Geun Suk yang kini sedang berada di China untuk mempromosikan satu produk kecantikan telah mengeluarkan satu kenyataan menarik perhatian media dengan mengatakan dirinya adalah lelaki paling cantik di Asia. – Soompi

Buat penggemar filem yang terlepas menyaksikan Lemak Kampung Santan di layar perak, filem itu ditayangkan secara ekslusif menerusi portal video Tonton sekarang. – mStar Online

Khabar angin mula bertiup semula mengatakan yang tunang Miley Cyrus, Liam Hemsworth kini dalam pertimbangan untuk berpisah kerana mereka kini tidak lebih dari sekadar teman serumah & khabarnya sudah tidak tidur bersama. – Huffington Post

Safiq Rahim Dan Zandra Aziela Selamat Bertunang

Posted: 07 Sep 2013 08:12 PM PDT

Selamat datang ke satu lagi edisi Rotikaya Sukan & mesti ada antara anda yang bertanya siapa pula Zandra Aziela & Safiq Rahim sehingga berita pertunangan mereka sampai di’sini.

Sekitar Mei 2013 yang lalu gambar pemain bowling kebangsaan Zandra Aziela berpeluk dengan Anuar Zain menjadi perbualan ramai dan menimbulkan isu yang kononya Safiq Rahim kurang senang dengan kontroversi itu.

BACA: Anuar Zain Mohon Maaf Kepada Syafiq Rahim

Itu cerita lama.

Semalam, menerusi perkongsian beberapa keping gambar melalui akaun Instagram, Zandra Aziela di’fahamkan telah pun selamat mengikat tali pertunangan dengan Safiq Rahim dalam satu majlis yang berlangsung di Kajang, Selangor.

Menulis di Instagram, Zandra Aziela memaklumkan yang keputusan untuk bertunang di’buat tiga minggu lalu dan persiapan majlis pertunangan ini banyak di’lakukan oleh ahli keluarga & sahabat handai ketika beliau dan Safiq Rahim masing masing di luar negara.

Zandra Aziela mengenakan busana rekaan Rico Rinaldi dan tunangnya, Safiq Rahim tidak dapat hadir ke majlis ini di’fahamkan sedang berada di luar negara bersama pasukan bola sepak Malaysia. Jutaan tahniah buat kedua dua mereka!

#06 Safiq Rahim Dan Zandra Aziela Selamat Bertunang - ROTIKAYA #05 Safiq Rahim Dan Zandra Aziela Selamat Bertunang - ROTIKAYA #04 Safiq Rahim Dan Zandra Aziela Selamat Bertunang - ROTIKAYA #03 Safiq Rahim Dan Zandra Aziela Selamat Bertunang - ROTIKAYA #02 Safiq Rahim Dan Zandra Aziela Selamat Bertunang - ROTIKAYA #01 Safiq Rahim Dan Zandra Aziela Selamat Bertunang - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...