RotiKaya |
- Bekas Ahli Kumpulan Hip Hop Rogol Anak Tiri Dipenjara 20 Tahun, Sebat 10 Kali
- Umum Nama Anak Di Astro — Farid Kamil Nafikan Dakwaan ‘Jual’ Anak
- Nasihat Aidil Kepada Rita Rudaini — “Kalau Berkahwin Lain, Jangan Aibkan Suami”
- Gambar: Gitaris Incubus Buat Penampilan Istimewa Di Konsert Yuna
| Bekas Ahli Kumpulan Hip Hop Rogol Anak Tiri Dipenjara 20 Tahun, Sebat 10 Kali Posted: 06 Sep 2013 12:47 AM PDT Seorang bekas ahli kumpulan nyanyian popular pertengahan 2000 dihukum penjara 20 tahun dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas disabitkan bersalah merogol anak tiri berusia 14 tahun di rumah mereka, di Gombak Februari tahun lalu. Hakim Nor Hazani Hamzah mengarahkan hukuman terhadap tertuduh yang berusia 38 tahun itu berjalan mulai hari ini. Bagaimanapun mahkamah membenarkan tertuduh untuk menangguhkan hukuman penjara sehingga rayuan selesai di Mahkamah Tinggi. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya di sini, pada pukul 9 pagi, 9 Februari 2012. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (d) yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika disabit kesalahan. Gambar hiasan semata mata. Teks oleh KOSMO! |
| Umum Nama Anak Di Astro — Farid Kamil Nafikan Dakwaan ‘Jual’ Anak Posted: 05 Sep 2013 08:01 PM PDT Berita yang mengatakan Farid Kamil bakal mengumumkan nama anak beliau menerusi satu program khas Astro telah menerima maklumbalas bercampur dari para peminat. BACA: Farid Kamil, Diana Danielle Bakal Umum Nama Anak Melalui Astro Ada yang tidak sabar menantikan program itu untuk melihat secara dekat keluarga kecil Farid Kamil ini dan tidak kurang juga mereka yang mendakwa Farid Kamil cuba menjual hak eksklusif anak kepada pihak penyiaran untuk poket sendiri. Bercakap kepada media semalam di tayangan filem Dampak, Farid Kamil berkata beliau sudah memikirkan baik buruk perkara ini sebelum bersetuju. “Jual anak? Tidak. Saya sebenarnya sudah fikirkan awal awal lagi akan perkara ini. Sebab tu ada beberapa langkah berjaga jaga yang akan di ambil” “Walaupun saya dah kongsi dua keping gambar anak saya di Instagram, tapi nilai eksklusif anak saya masih ada. Lagipun persetujuan saya dengan pihak stesen tersebut berlaku selepas saya memuat naik gambar anak saya itu”, kata beliau menurut Malaysian Digest. Farid Kamil juga menepis dakwaan yang mengatakan beliau mengurung Diana Danielle dan anaknya untuk menjaga nilai eksklusif sehingga program khas di Astro tersiar. |
| Nasihat Aidil Kepada Rita Rudaini — “Kalau Berkahwin Lain, Jangan Aibkan Suami” Posted: 05 Sep 2013 07:36 PM PDT Bertahun naik turun mahkamah memberi keterangan tentang isu rumah tangga mereka, semalam mahkamah putuskan yang cara penceraian Aidil Zafuan & Rita Rudaini melalui sistem pesanan ringkas (SMS) adalah sah. BACA: Mahkamah Sahkan Perceraian Rita Rudaini & Aidil Zafuan Aidil Zafuan yang di’temui wartawan selepas keputusan mahkamah itu mengakui sedih dengan penceraian ini tetapi tetap merasa terkilan dengan sikap Rita Rudaini yang sering memburukkan namanya melalui media sosial. “Biarlah masalah ini saya simpan dan tidak perlu orang lain tahu. Namun, saya mahu menasihati Rita Rudaini, sekiranya ditakdirkan berkahwin lain, tolong jaga maruah suami, jangan sesekali mengaibkan suami,” ujar Aidil Zafuan, semalam. Rita Rudaini dalam laporan yang sama turut memberikan kenyataan beliau yang kesal dengan tindakan terburu buru Aidil Zafuan dalam proses penceraian ini selain menganggap di’ceraikan melalui SMS sebagai satu penghinaan buat dirinya. “Semuanya sudah selesai, saya berharap jika Aidil ditakdirkan mempunyai jodoh dengan wanita lain, saya doakan dia bahagia dan menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai suami,” ujar Rita Rudaini yang di’temui selepas keputusan mahkamah selesai. |
| Gambar: Gitaris Incubus Buat Penampilan Istimewa Di Konsert Yuna Posted: 05 Sep 2013 06:54 PM PDT Buat mereka yang sudah membeli tiket untuk melihat persembahan khas Yuna di Istana Budaya untuk tiga hari akan datang ini anda bakal di’kejutkan dengan kehadiran pemain gitar kumpulan Incubus, Mike Einziger yang di’terbangkan khas. Yuna sendiri berkata yang penglibatan Mike Einziger dalam Konsert Yuna & Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) ini adalah di saat saat akhir apabila gitaris itu sendiri menawarkan diri untuk hadir menjayakan konsert pertama Yuna di Istana Budaya. “Kehadiran Mike juga sebagai kejutan kepada peminat-peminat saya. Saya memang sedaya upaya merahsiakan perkara ni dari pengetahuan sesiapa. Saya gembira bila lihat ramai peminat bersorak sebaik saja Mike muncul di pentas tadi dan kejutan saya menjadi” Yuna juga berkata Mike Einziger terlibat dengan semua sesi persembahan sehingga Ahad tanpa mengenakan sebarang bayaran. How nice. Mengulas tentang konsert pertama beliau di Istana Budaya, Yuna berkata ianya memang satu keinginan untuk beraksi di pentas berprestij itu dan ini merupakan juga hadiah buat para peminat tempatan yang sentiasa menyokong kerjayanya selama ini. “Peluang ini juga membolehkan saya mengeratkan lagi hubungan saya dengan peminat-pemiant saya di sini. Saya tahu saya jarang ada di sini, justeru ini tanda perhargaan saya kepada para peminat yang sentiasa menyokong saya,” kata Yuna lagi. |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



























No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.