RotiKaya |
- Aida Yusof: Skandal Adi Putra Tidak Ganggu Kebahagiaan Rumah Tangga
- Bront Palarae: Ya, Saya Sudah Bernikah 31 Ogos Lalu
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.409)
- Farid Kamil Bakal Umum Nama Anak Melalui Astro
- Mahkamah Sahkan Perceraian Rita Rudaini & Aidil Zafuan
- Gambar: Wanita Yang Jalinkan Hubungan Sulit Dengan Adi Putra?
- Konsert Jelajah Alicia Keys Singgah Di Kuala Lumpur Pada 27 November Ini
- Rozita Che Wan Rancang Ke London Untuk Borong Barang Hantaran Kahwin
| Aida Yusof: Skandal Adi Putra Tidak Ganggu Kebahagiaan Rumah Tangga Posted: 05 Sep 2013 05:42 PM PDT Dunia hiburan semalam di’kejutkan dengan berita tentang Adi Putra yang di’dakwa jalinkan hubungan sulit dengan seorang wanita berstatus suami orang sehingga ianya membabitkan siasatan pihak polis ketika ini. BACA: Adi Putra Disiasat Kerana Dakwaan Ada Skandal Dengan Isteri Orang Pasti ramai ingin mengetahui reaksi isteri Adi Putra, Aida Yusof tentang kontroversi ini. Bercakap kepada Berita Harian hari ini, Aida Yusof berkata yang isu skandal Adi Putra ini tidak mengganggu keharmonian rumah tangga merea kerana beliau lebih tahu tentang apa sebenarnya yang berlaku dan akan terus berdiri di’belakang suaminya. “Orang boleh berkata apa saja mengenai suami saya, tetapi saya lebih mempercayainya kerana saya tahu apa yang sebenarnya berlaku. Kontroversi ini juga tidak menggugat rumah tangga kami, malah saya tidak pernah meragui dirinya,” kata Aida Yusof. BACA: Inikah Wanita Yang Jalinkan Hubungan Sulit Dengan Adi Putra? Aida Yusof turut menjawab yang tindakan Adi Putra mendiamkan diri apabila di’hubungi media bukan kerana mahu melarikan diri tetapi tidak mahu mengganggu perjalanan kes yang kini dalam siasatan polis. Mereka akan mengadakan sidang media secepat mungkin. |
| Bront Palarae: Ya, Saya Sudah Bernikah 31 Ogos Lalu Posted: 05 Sep 2013 10:18 AM PDT Kan mudah ceritanya jika mengakui sahaja apa yang terjadi dair berdolak dalik dengan media & para peminat. Bront Palarae dalam kenyataan terbaru mengesahkan yang dirinya sudah bergelar suami orang selepas bernikah pada 31 Ogos yang lalu. Bercakap kepada Yahoo! Malaysia, Bront Palarae meminta maaf kepada semua pihak kerana merahsiakan berita pernikahan ini kerana ianya sesuatu yang bersifat sangat peribadi buat mereka berdua & tidak mahu ianya menjadi sesuatu yang sensasi. BACA: Bront Palarae Selamat Bernikah Hujung Minggu Lalu, Kahwin Senyap? “Ya saya sudah bernikah pada 31 Ogos lalu & majlis tersebut hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sanak-saudara saya dan isteri sahaja” “Saya mohon maaf kerana merahsiakan pernikahan ini. Ia cukup peribadi buat saya dan isteri. Jika boleh, kami tidak mahu mana-mana pihak mensensasikan perkahwinan kami” Dalam temubual yang sama, Bront Palarae memberitahu yang isterinya merupakan seorang penerbit di sebuah agensi pengiklanan di Kuala Lumpur dan mereka mula berkenalan pada 1999 ketika masing masing baru memulakan kerjaya. Mereka menjalinkan hubungan cinta empat tahun kemudian tetapi terputus di tengah jalan. “Nampaknya, jodoh kami kuat dan kami akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri pada minggu lalu,” tambah Bront yang turut bercadang untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka di kampung halamannya di selatan Thailand pada hujung tahun ini. |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.409) Posted: 05 Sep 2013 09:20 AM PDT VIDEO HARI INI: Video ini sudah berusia lebih 4 tahun dan kenapa baru hari ini kami jumpa? Ini dia Zach Galifianakis lip sync lagu Can’t Tell Me Nothing oleh Kanye West. Laporan hari ini menyebut yang Scarlett Johansson kini sudah bergelar tunangan kepada teman lelakinya yang juga seorang wartawan, Romain Dauriac. Okay fine, fine. – Just Jared Soffi Jikan mengakui beliau sedih dan menangis beberapa kali apabila filem lakonan beliau KL Gangster 2 dicuri sewenangnya oleh individu yang tidak bertanggungjawab. – Sinar Harian Penyanyi kumpulan No Doubt, Gwen Stefani yang kini berusia 43 tahun di’laporkan sedang hamil anak ketiga bersama pasangannya kini, Gavin Rossdale. – US Magazine Untuk single ke lapan di negara matahari terbit Jepun, Girls’ Generation (SNSD) telah memilih lagu Galaxy Supernova dan tampil dengan video muzik penuh warna dan futuristik. – Soompi Kali ini, sudah masuk tahun kedua berturut turut Sofia Vergara bergelar pelakon wanita paling banyak menerima bayaran untuk muncul di TV dengan US$30 juta sepanjang tahun lalu. – CNN |
| Farid Kamil Bakal Umum Nama Anak Melalui Astro Posted: 05 Sep 2013 01:12 AM PDT Nampaknya minat orang ramai untuk mengetahui nama penuh anak kepada pasangan popular Farid Kamil & Diana Danielle memberi idea kepada pihak Astro untuk menerbitkan satu program khas untuk menghebahkan nama yang telah di’pilih. Bercakap kepada Utusan Malaysia hari ini, Farid Kamil berkongsi yang pangkal nama anak sulungnya adalah Muhammad & akan mendedahkan nama penuh melalui satu program eksklusif bersama Astro dalam masa terdekat. “Isteri dan anak saya telah balik ke sini dari Australia beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Sekarang ini mereka berada di rumah ibu bapa saya di Alor Setar, Kedah. Astro berminat untuk menyiarkan rancangan khas tentang anak dan isteri saya itu” Farid Kamil menambah yang Astro berminat untuk menerbitkan program khas itu atas permintaan dan minat orang ramai — selain bercadang membuat majlis khatam al-Quran oleh Diana Danielle dan majlis aqiqah untuk anaknya. Apa kata anda? Adakah patut Farid Kamil & Diana Danielle mengumumkan nama anak melalui satu siaran khas di kaca televisyen — atau ini budaya selebriti yang keterlaluan? |
| Mahkamah Sahkan Perceraian Rita Rudaini & Aidil Zafuan Posted: 04 Sep 2013 11:41 PM PDT Mahkamah Rendah Syariah Seremban di sini hari ini mengesahkan perceraian pelakon terkenal Rita Rudaini Mokhtar, 37, dengan pemain bola sepak Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak, 26. Hakim Syarie, Hamizan Mohd. Nor mengesahkan cerai talak satu yang dilafazkan Mohd. Aidil menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos lalu. Mohd Aidil selaku plaintif memberitahu mahkamah bahawa SMS yang dihantar kepada Rita Rudaini sekitar pukul 4 hingga 5 petang itu ditaip sendiri dalam keadaan sedar dan tanpa dipengaruhi sesiapa. Sementara itu, Rita Rudaini ketika memberi keterangan kepada mahkamah mengaku dan bersetuju dirinya ada menerima SMS berkenaan dan faham maksud yang ingin disampaikan oleh suaminya. “Kedua-dua pasangan juga dikehendaki mendaftarkan perceraian ini di Pejabat Agama Islam Seremban untuk tindakan lanjut,” kata Hakim Syarie Hamizan. |
| Gambar: Wanita Yang Jalinkan Hubungan Sulit Dengan Adi Putra? Posted: 04 Sep 2013 09:58 PM PDT Sekarang ini pasti ramai antara anda yang tertanya tanya sama ada benar atau tidak Adi Putra terlibat dengan kisah skandal bersama isteri orang ini — sehingga taraf kerakyatan Adi Putra sendiri di’persoal menerusi laporan polis yang kami siarkan. Adi Putra sudah lebih 7 tahun memohon status penduduk tetap jika masih belum di’luluskan, jika. Dan pastinya ramai juga ingin mengetahui identiti isteri orang yang terlibat dalam kontroversi ini & terima kasih kepada laporan polis yang kini bertebaran dan usaha mereka di forum Cari, ada spekulasi timbul berkaitan identiti sebenar wanita ini. Menurut maklumat yang kami terima semalam, nama isteri ahli perniagaan itu adalah Nooraida Binti Abdul Talib dan berusia 30 tahun mengikut nombor kad pengenalan yang di’bekalkan. Sebuah akaun Twitter dengan nama Aida Anne Fasha (@aidafasha) telah didakwa sebagai akaun milik wanita tersebut dan beberapa status yang di’tulis melalui akaun itu seakan menggambarkan situasi ketika ini. Dan, yang berikut menarik perhatian kami. Kedua dua status bertarikh 1 September 2013 di’kirimkan ketika ramai wartawan hiburan & isu semasa mula menghidu perkara ini. Kebetulan? Laporan Berita Harian menyebut yang suami wanita ini merampas telefon bimbit miliknya pada 7 Ogos 2013 (10 hari selepas Adi Putra & wanita ini mula bermesej) dan menyerahkan kepada pihak polis & makmal forensik untuk dianalisa. Dan, status Aida Fasha pada 8 Ogos 2013. Selepas semua ini, ianya masih satu spekulasi. Don’t take our word for it. |
| Konsert Jelajah Alicia Keys Singgah Di Kuala Lumpur Pada 27 November Ini Posted: 04 Sep 2013 06:35 PM PDT Pemenang 14 kali anugerah Grammy ini bakal turun ke Malaysia untuk mengadakan konsert sekali lagi di Kuala Lumpur yang menjadi salah satu destinasi konsert jelajah Set The World On Fire beliau yang laris di Eropah & Amerika Syarikat. Alicia Keys di’jadualkan mengadakan konsert beliau di Kuala Lumpur pada 27 November 2013 ini & penampilan kedua beliau di sini akan mengambil tempat di Stadium Putra Bukit Jalil. Penyanyi ini akan di’temani band penuh termasuk suara latar & penari beliau. Persembahan yang akan berlangsung selama 90 minit itu akan mengandungi barisan lagu popular beliau seperti Girl On Fire, If I Ain’t Got You, No One, Fallin’ dan banyak lagi. Kali terakhir Alicia Keys beraksi di sini adalah pada tahun 2004. Konsert jelajah Set The World On Fire ini di’bawakan oleh BlackBerry secara global, di’bawakan bersama oleh Celcom First. Tiket ke konsert Alicia Keys ini akan mula di’jual pada 12 September 2013 (Khamis) dan boleh di’dapati di semua pengedar rasmi Ticket Pro atau melalui telefon 03-7880 7999. Jualan secara online akan bermula tengah malam 11 September 2013 melalui www.ticketpro.com.my. Dapatkan maklumat lanjut berkenaan konsert Alicia Keys ini di www.prworldwidelive.com. |
| Rozita Che Wan Rancang Ke London Untuk Borong Barang Hantaran Kahwin Posted: 04 Sep 2013 06:08 PM PDT Bukan Rozita Che Wan namanya jika barangan yang di’pakai bukan dari luar negara dan semua orang tahu London merupakan rumah kedua pelakon popular ini untuk membeli belah. Untuk persiapan perkahwinan beliau yang di’khabarkan bakal berlangsung pada Disember ini, Rozita Che Wan telah bercadang untuk ke kota London membeli barang hantaran untuk bakal suaminya, Zain Saidin. “Saya cadang nak beli barang hantaran di London. Sebab kat sana murah. Mungkin saya akan pergi dalam lima hari. Saya pergi mungkin penghujung Oktober ini,” ujar Rozita Che Wan kepada Malaysian Digest ketika di’temui semalam. Rozita Che Wan juga berkata yang Zain Saidin mungkin tidak turut serta untuk membeli belah di London kerana terikat dengan Fear Factor Selebriti Malaysia musim kedua. Ramai yang masih menanti pasangan ini untuk umumkan tarikh perkahwinan mereka. Menurut pengurus Rozita Che Wan, ketika ini ada lima tarikh dalam senarai mengikut kekosongan dewan & masih menunggu panggilan dari pihak pengurusan untuk mengesahkan tarikh sebenar. Yang pasti Rozita Che Wan sendiri telah mengesahkan yang majlis perkahwinan mereka akan berlangsung dalam bulan Disember 2013 ini. |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


















No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.