RotiKaya |
- Adi Putra Disiasat Kerana Dakwaan Ada Skandal Dengan Isteri Orang
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.408)
- Filem Sejarah Tanda Putera, Shuhaimi Baba Diugut Bunuh
| Adi Putra Disiasat Kerana Dakwaan Ada Skandal Dengan Isteri Orang Posted: 04 Sep 2013 05:05 PM PDT Ini berita paling panas yang akan menjadi bualan ramai untuk beberapa minggu yang akan datang. Seorang ahli perniagaan membuat laporan polis terhadap Adi Putra mendakwa pelakon itu ada hubungan sulit dengan isterinya. Ahli perniagaan berkenaan berbuat demikian selepas dia mengalami tekanan perasaan dan gangguan mental hingga menyebabkan hubungan dirinya dengan isteri terjejas sehingga dia bertengkar hampir setiap hari. Skandal itu terbongkar apabila ahli perniagaan berkenaan menyemak telefon bimbit milik isterinya pada 7 Ogos lalu apabila terdapat SMS, Instagram dan WhatsApp artis berkenaan yang antara lain mengandungi kata-kata dan gambar lucah termasuk gambar lucah pelakon berkenaan. Adi Putra dan wanita itu di’fahamkan baru sahaja seminggu berkenalan. Menurut sumber, Adi Putra dan wanita itu mengaku yang berbalas mesej selain bertukar tukar gambar lucah sejak 29 Julai hingga 5 Ogos yang lalu dengan alasan untuk suka suka & mereka tidak pernah berjumpa selama ini. Adi Putra Turut Buat Laporan Polis Laporan Berita Harian hari ini juga menyebut yang Adi Putra turut membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur mendakwa di’ugut oleh lelaki yang mengaku suami peminat wanitanya. Adi Putra mendakwa telah menerima panggilan dari lelaki itu pada 7 Ogos yang lalu & menerima ugutan akan menghancurkan kerjayanya sebagai pelakon, selain mahu memastikan Adi Putra di’halau keluar dari Malaysia. Kami ada menerima satu ‘salinan’ laporan polis yang di’dakwa merupakan laporan yang di’buat Adi Putra kerana bimbang akan keselamatan diri dan juga keluarganya. |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.408) Posted: 04 Sep 2013 09:29 AM PDT VIDEO HARI INI: Hmm, Seth Rogen kembali lagi dengan idea gilanya selepas This Is The End, filem Neighbors ini nampak mengarut punya best — kami rasa. Heh. Dalam temubual pertama selepas persembahan beliau di 2013 MTV VMAs (kita masih bercakap pasal ini?), Miley Cyrus mengakui tidak menyesal dan berkata tahu yang sejarah telah tercipta pada malam tersebut. Huh? – Just Jared Nampaknya para peminat tegar novel Fifty Shades of Grey marah dengan pemilihan pelakon oleh produksi filem & meminta di’gantikan dengan Alexis Bledel & Matt Bomer. – Huff. Post Kalau imej gemuk selebriti ini masih melekat di minda anda, gambar terbaru Christina Aguilera di majalah MAXIM kali ini pasti mengubah persepsi anda, dijamin! – US Magazine Bekas kekasih George Clooney, Stacy Keibler di’lihat seksi dan hampir bogel ketika menyertai festival liar dan berani Burning Man melalui gambar di Instagram beliau. – People Masih ingat dengan bekas tunang Mawi ini? Entah kenapa masih ada berita tentang beliau & Ina Naim di’khabarkan kini sudah berpurdah lengkap atas permintaan suami. – mStar Online |
| Filem Sejarah Tanda Putera, Shuhaimi Baba Diugut Bunuh Posted: 03 Sep 2013 09:35 PM PDT Kalau ia melibatkan sejarah pasti akan dikaitkan dengan politik apatah lagi di Malaysia isu politik merupakan antara perkara paling sensitif. Filem garapan Datin Paduka Shuhaimi Baba menjadi mangsa apabila diheret ke kancah kotroversi apabila orang mengaitkan filem tersebut dengan isu perkauman. Sebelum ini filem tersebut mendapat liputan meluas kerana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengarahkan agar filem tersebut tidak ditayangkan di seluruh Pulau Pinang. Tidak habis disitu sahaja, terbaru, Datin Paduka Shuhaimi Baba pula telah diugut bunuh selain ugutan pejabatnya dibakar andai tayangan filem berkenaan diteruskan. Bagi mereka yang telah melihat filem ini pasti dapat fahami maksud sebenar yang ingin disampaikan kepada umum tentang sejarah sebenar yang berlaku dengan tragedi 13 Mei 1969. Ceritanya lebih kepadanya menyampaikan dan mengingatkan kembali kepada masyarakat Malaysia khususnya yang kurang peka dengan sejarah di Malaysia. Perpaduan kaum yang telah disemai sehingga kita mampu hidup aman damai kini telah dipaparkan di dalam filem ini yang mana memang ianya merupakan satu keunikan yang ada di Malaysia yanng harus dijaga. |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.