RotiKaya

RotiKaya


Saiful Apek Dibebaskan Dari Tuduhan Ambil Ganja

Posted: 30 Sep 2013 10:04 AM PDT

Pelawak terkenal, Saiful Apek gembira dan bersyukur selepas dirinya dilepas & dibebaskan buat kali kedua oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini daripada tuduhan mengambil ganja, tiga tahun yang lalu.

Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid turut membuat keputusan serupa terhadap tiga lagi rakan tertuduh iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28.

Mohd. Saifulazam Mohamed Yusoff bersama rakan lain didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010.

Dakwaan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.425)

Posted: 30 Sep 2013 09:57 AM PDT

VIDEO HARI INI: Kalau ada antara anda yang terfikir untuk berhenti kerja, ini contoh cara yang classy untuk meraikan kebebasan baru anda. Heh.

Dalam satu temubual kandid, Miley Cyrus menjelaskan yang beliau tidak gemar menonton siri TV popular Breaking Bad kerana watak utamanya, Walter White terlalu banyak batuk akibat kanser yang di’alami. Pun boleh. – US Magazine

Kumpulan pop Korea, SHInee mengumumkan mereka akan kembali pada 14 Oktober ini dan akan melancarkan album mini kelima, Everybody dan ini merupakan album ketiga mereka untuk tahun ini sahaja. Boleh tahan. – Soompi

Pelakon Zain Saidin memohon maaf kepada mana-mana pihak yang berkecil hati kerana tidak menjemput ke majlis merisik antara dia dengan aktres Rozita Che Wan yang diadakan di Carcosa Seri Negara, KL pada hari Ahad lalu. – mStar Online

Hanya selepas 2 minggu mengumumkan kepada khalayak ramai yang mereka berpacaran, Russell Brand mengesahkan yang dirinya kini kembali solo dan hubungan dengan Jemima Khan kini sudah berakhir. Mudah dan pantas ‘kan? – E! Online

Vokalis kumpulan Aerosmith ada sebab untuk merasa gembira setiap hari untuk setahun akan datang kerana Chipotle telah memberikan kad eksklusif buat Steven Tyler untuk terima makanan Mexico percuma selama setahun. – TMZ

Diyana Halik: Aaron Aziz Masih Hidup, Berada Di Cape Town

Posted: 29 Sep 2013 10:12 PM PDT

Kecoh juga satu Malaysia pagi ini apabila ada laporan mengatakan pelakon terkenal Aaron Aziz telah meninggal dunia akibat kemalangan ketika bermain luncur salji di Switzerland.

Global Associated News melaporkan yang Aaron Aziz telah meninggal dua selepas beliau hilang kawalan ke atas papan luncurnya dan melanggar pokok dengan kelajuan tinggi. Laporan turut menyebut Aaron Aziz ke Switzerland bersama keluarga & rakan rakan untuk bercuti.

Isteri Aaron Aziz, Diyana Halik bercakap kepada Media Hiburan menafikan perkara itu & berkata suaminya itu kini sedang berada di Cape Town, Afrika Selatan atas urusan kerja.

“Untuk pengetahuan semua, suami saya kini berada di Cape Town untuk menjalani rakaman program Fear Factor 2. Saya tidak terkejut kerana ketika berita itu sampai ke pengetahuan saya, saya baru habis bercakap dengannya iaitu pada jam 4.00 waktu tempatan,” jelasnya.

Berita palsu seperti ini kebiasaannya terjadi kepada selebriti Hollywood & puncanya selalu sama, mati kerana kemalangan ketika meluncur salji. Heh.

#01 Aaron Aziz dies in snowboard accident - ROTIKAYA #02 Aaron Aziz dies in snowboard accident - ROTIKAYA #03 Aaron Aziz dies in snowboard accident - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...