RotiKaya

RotiKaya


Bront Palarae Nafikan Sudah Bernikah Sabtu Lalu

Posted: 03 Sep 2013 04:43 PM PDT

Okay, kisah kini sudah menjadi lebih menarik. Jika semalam satu laporan akhbar Utusan Malaysia menyebut yang Bront Palarae sudah selamat bergelar suami kepada seorang wanita yang merupakan kenalan lamanya Sabtu lalu.

BACA: Bront Palarae Kahwin Senyap, Selamat Bergelar Suami Kepada Kenalan Lama

Namun hari ini melalui GUA, Bront Palarae memberikan kenyataan seolah olah menafikan wujudnya sebarang majlis pernikahan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail pada Sabtu lalu.

“Pada tarikh tersebut saya turut berada di sebuah konti radio, tapi jari saya tidak berinai pun — Saya rasa lebih baik jika bertanya sendiri pada sumber yang mengeluarkan berita tersebut”

Kami telah menghubungi wartawan yang membuat liputan di majlis pernikahan Bront Palarae semalam dan beliau sendiri mengesahkan yang Bront Palarae sendiri pada awalnya meminta beliau untuk tidak menulis kisah perkahwinannya di akhbar.

Seperti di’laporkan semalam, Bront Palarae juga telah meminta jurugambar Utusan Malaysia memadamkan semua gambar yang di’rakam.

“Bagi saya 31 Ogos merupakan Hari Kemerdekaan & saya sekarang ini sedang mempromosikan filem terbaru saya iaitu Psiko Pencuri Hati. Saya tidak mahu sebarang isu yang boleh menganggu promosi filem terbaru saya ini,” tambahnya lagi.

Noniswara: Tiada Banyak Beza Kehidupan Dulu & Sekarang

Posted: 03 Sep 2013 01:03 PM PDT

Tanpa kehadiran suami ketika menyambut Syawal yang bakal berakhir tidak lama lagi ditambah dengan status ibu tunggal, Noniswara tidak lagi mahu menoleh ke belakang.

“Memang sedih apatah lagi saya sudah kehilangan kedua ibu bapa namun begitu hidup perlu diteruskan. Syukur alhamdullilah saya ada anak-anak untuk menemani”

Menurut Noniswara, walaupun menjadi ibu tunggal tampak sukar namun begitu ujarnya lagi kehidupan tidak banyak beza cumanya sekarang dia yang bakal kembali ke dunia perniagaan akan pastikan masa yang diluang untuk anak-anak dan dari situlah kebahagiaan sebenar selepas menjadi ibu tunggal.

“Saya dah biasa bergerak sendiri dan sekarang dengan status ini rasanya sama saja sebab dah biasa, beza mungkin sebelum ini ada suami untuk dijadikan tempat rujukan,” ujar Nonis yang ditemui di majlis rumah terbuka anjuran Seniman, semalam.

Bercerita tentang perniagaan trading yang bakal dimulakan tidak lama lagi itu antara masa yang bakal diisi selain sibuk dengan lakonan.

Darah seni yang mengalir dalam dirinya tidak disangka-sangka turun jua ke anak lelakinya yang berusia 18 tahun.

Sudah beberapa drama yang dijayakan anaknya itu, Naveer Mihshon sememangnya meminati bidang lakonan seperti dirinya dan pergi ujibakat tanpa pengetahuan.

#74 Noniswara - Tiada Banyak Yang Berbeza Kehidupan Dulu & Sekarang - ROTIKAYA #75 Noniswara - Tiada Banyak Yang Berbeza Kehidupan Dulu & Sekarang - ROTIKAYA #76 Noniswara - Tiada Banyak Yang Berbeza Kehidupan Dulu & Sekarang - ROTIKAYA #77 Noniswara - Tiada Banyak Yang Berbeza Kehidupan Dulu & Sekarang - ROTIKAYA #78 Noniswara - Tiada Banyak Yang Berbeza Kehidupan Dulu & Sekarang - ROTIKAYA #79 Noniswara - Tiada Banyak Yang Berbeza Kehidupan Dulu & Sekarang - ROTIKAYA

Eh, PM Datuk Seri Najib Razak Berlakon Drama?

Posted: 03 Sep 2013 11:52 AM PDT

Bersempena kemerdekaan yang ke-56, Bernama Radio24 milik pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bakal menampilkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam drama khas kemerdekaan bertajuk Ikrar Perwira hasil tulisan dan arahan Nizuan Hanaffi.

Drama ini berdasarkan peristiwa berdarah di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah. Drama ini turut dilakonkan oleh Man Raja Lawak atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Kasim, juara Raja Lawak musim kelima.

“Tidak mudah mendapatkan perdana menteri untuk berlakon tetapi kami berjaya melakukannya," kata Azlan Idris, Ketua Pegawai Operasi BR24 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini sempena Ulang Tahun ke-6 stesen itu”

“Datuk Seri Najib juga menunjukkan komitmen tinggi walaupun tidak pernah berlakon drama radio atau televisyen sebelum ini”

“Beliau melakonkan peranannya pada sekali cubaan tanpa ulangan,” katanya.

Teks oleh Sinar Harian

Linda Hashim Hamil 7 Minggu

Posted: 03 Sep 2013 10:39 AM PDT

Media Hiburan petang tadi melaporkan yang pelakon & juga isteri kepada Beego, Linda Hashim telah di’sahkan hamil dan usia kandungan sudah pun memasuki tujuh minggu.

Menurut Linda Hashim, beliau hanya menyedari kemungkinan hamil selepas sering tidak sihat dan mengalami pelbagai simptom-simptom ibu mengandung.

“Sebelum ini, saya memang kerap rasa tidak sedap badan tetapi saya juga tidak mahu terlalu berharap, bimbang keputusannya kelak mengecewakan”

“Tetapi sebaik sahaja disahkan oleh doktor, kami rasa bersyukur sangat dan Beego adalah orang yang terlalu teruja sehingga dia melompat ketika keputusan ujian kehamilan menunjukkan hasil positif. Sekarang saya sering merasa lapar walaupun selepas makan dan setakat ini saya belum muntah. Cuma saya kerap merasa loya dan tidak sihat sahaja. Beego juga cukup mengambil berat dengan kesihatan saya sekarang ini,” tambah Linda Hashim lagi.

Tahniah kami ucapkan buat keluarga Linda Hashim & Beego.

#03 Linda Hashim Hamil 7 Minggu - ROTIKAYA #02 Linda Hashim Hamil 7 Minggu - ROTIKAYA #01 Linda Hashim Hamil 7 Minggu - ROTIKAYA

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.407)

Posted: 03 Sep 2013 09:54 AM PDT

VIDEO HARI INI: Ini ‘reaksi’ mereka di atas kapal USS Enterprise terhadap persembahan Miley Cyrus di 2013 MTV’s Video Music Awards yang lalu.

Selepas berjaya membuka 30 gerai burger dengan jenama HOT Burger miliknya, Fizo Omar kini dalam proses mengembangkan perniagaan itu di Kota Bharu, Kelantan pula. – Sinar Harian

Adaptasi filem untuk novel erotik paling popular ketika ini, Fifty Shades Of Grey telah menemui pasangan pelakon utama iaitu Dakota Johnson dan aktor British, Charlie Hunnam. – Daily Mail

Selepas empat tahun bersama dengan tattoo dengan ejaan salah, Hayden Panettiere akhirnya mengambil keputusan untuk membuang tattoo tersebut. – US Magazine

Jika semalam dunia hiburan Korea di’kejutkan dengan berita perkahwinan mereka, hari ini Lee Hyori & Lee Sang Soon kongsikan gambar mereka bersama sekitar majlis berlangsung. Kami sukakan persalinan pengantin & suasananya. Awww. – Soompi

Nampaknya siri filem popular ini bakal menerima kehadiran bintang baru. Laporan ada menyebut yang Kurt Russell kini dalam proses terakhir untuk menyertai Fast & Furious 7. Whoaa! – RTE

Kahwin Senyap, Bront Palarae Sudah Bergelar Suami Kepada Kenalan Lama

Posted: 02 Sep 2013 09:18 PM PDT

Pandai pelakon ini menyorokkan majlis pernikahan beliau yang berlangsung pada 31 Ogos 2013 yang lalu — ketika rakyat Malaysia sedang sibuk merayakan hari kemerdekaan yang ke 56.

Laporan Utusan Malaysia hari ini menyebut yang Bront Palarae telah selamat bergelar suami kepada seorang wanita yang merupakan kenalan lama beliau dalam satu majlis tertutup hujung minggu lalu.

Majlis pernikahan yang hanya dihadiri oleh saudara terdekat itu diadakan selepas Asar di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail. Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Taman Tun Dr Ismail, Ustaz Muda Ali dengan mas kahwin sebanyak RM30.

“Saya minta maaf, majlis ini secara tertutup & hanya dihadiri oleh saudara mara terdekat. Kalau boleh saya tidak mahu hebahkan perkara ini kerana banyak hati yang perlu untuk saya jaga terutamanya rakan rakan artis dan media,” ujar Bront Palarae.

Bront Palarae juga di’laporkan meminta jurugambar Utusan Malaysia memadam semua gambar yang di’rakamkan sepanjang majlis pernikahan beliau.

#01 Kahwin Senyap, Bront Palarae Sudah Bergelar Suami Kepada Kenalan Lama - ROTIKAYA

Kotak Mahu Berduet Dengan Shila Amzah Dan Yuna

Posted: 02 Sep 2013 08:35 PM PDT

Kumpulan Kotak yang didatangkan khas dari Jakarta, Indonesia mula dikenali menerusi pertandingan Dream Band di awal kemunculannya pada tahun 2004 masih kekal dengan genre moden rock mereka.

Ketika ditemui di majlis pelancaran album keempat berjudul ‘Terbaik’ kumpulan yang dianggotai Tantri (Vokalis) Cella (Drum) Chua (Bass) meluahkan keinginan untuk berduet bersama artis popular Malaysia Yuna dan juga Shila Amzah.

“Kami mengenali Shila Amzah kerana suaranya yang power, dan keunikan yang ada pada Yuna membuatkan kami berfikir kalau digabungkan pasti bagus,” kata Chua yang ditemu di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur semalam.

Telah memenangi beberapa anugerah sepanjang sembilan tahun berada di dalam industri, Kotak yang pernah merakamkan lagu ‘Jetlag’ bersama kumpulan Simple Plan mengakui masih kurang popular di kalangan peminat muzik Malaysia.

“Kami masih belum rasa popular di sini kerana banyak lagu kami yang orang di sini tidak tahu. Untuk di Indonesia juga kami rasa banyak lagi perlu dipelajari dan diperbaiki”

Antara lagu yang dimuatkan di dalam album Terbaik adalah Aku Yang Tersakiti rakaman semula duet bersama Judika, Tendangan Dari Langit, dan juga Tinggalkan Saja.

#68 Kotak Mahu Bergabung Suara Dengan Shila Amzah Dan Yuna - ROTIKAYA #69 Kotak Mahu Bergabung Suara Dengan Shila Amzah Dan Yuna - ROTIKAYA #70 Kotak Mahu Bergabung Suara Dengan Shila Amzah Dan Yuna - ROTIKAYA #71 Kotak Mahu Bergabung Suara Dengan Shila Amzah Dan Yuna - ROTIKAYA #72 Kotak Mahu Bergabung Suara Dengan Shila Amzah Dan Yuna - ROTIKAYA #73 Kotak Mahu Bergabung Suara Dengan Shila Amzah Dan Yuna - ROTIKAYA

Johan As’ari: Keluarga Restu & Sedia Pinang Shila Amzah

Posted: 02 Sep 2013 07:48 PM PDT

Gossip percintaan antara dua selebriti popular ini nampaknya memang benar benar mencuri perhatian ramai walaupun kedua dua mereka menafikan sebarang hubungan cinta dan berkata hubungan tidak lebih dari sekadar kawan biasa.

BACA: Tiada Sebarang Hubungan Cinta Antara Saya Dan Johan As'ari

Menariknya hari ini menerusi laporan Kosmo!, Johan As’ari mendedahkan yang sebenarnya dalam keluarga beliau pernah timbul perbualan tentang hubungan bersama Shila Amzah dan potensi untuk bergelar isteri. Aww yeah!

Menurut Johan As’ari yang di’temubual, ibu bapanya merestui & pernah meluahkan hasrat untuk meminang Shila andai wanita itu merupakan pilihan hatinya.

“Ayah ada cakap kalau betul dengan Shila, dia akan cuba meminang. Mungkin pandangan orang tua melihat Shila sebagai wanita Muslimah yang baik, bertudung malah ke mana sahaja bersama orang tuanya,” ujar Johan As’ari.

#37 Shila Amzah- Tiada Sebarang Hubungan Cinta Antara Saya Dan Johan As'ari - ROTIKAYA #38 Shila Amzah- Tiada Sebarang Hubungan Cinta Antara Saya Dan Johan As'ari - ROTIKAYA #39 Shila Amzah- Tiada Sebarang Hubungan Cinta Antara Saya Dan Johan As'ari - ROTIKAYA #40 Shila Amzah- Tiada Sebarang Hubungan Cinta Antara Saya Dan Johan As'ari - ROTIKAYA #41 Shila Amzah- Tiada Sebarang Hubungan Cinta Antara Saya Dan Johan As'ari - ROTIKAYA #42 Shila Amzah- Tiada Sebarang Hubungan Cinta Antara Saya Dan Johan As'ari - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...