RotiKaya |
- Penerbit Telefilem Kesal Fida Ibrahim Lari Dari Lokasi
- Nikah Tahun Hadapan — Almy Nadia Simpan Komen Demi Jaga Hati Banyak Pihak
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.422)
- Adam AF: Wajah Fiza Sentiasa Muncul Dalam Solat Saya
| Penerbit Telefilem Kesal Fida Ibrahim Lari Dari Lokasi Posted: 25 Sep 2013 04:51 PM PDT Oleh kerana terasa disindir dengan babak babak akhir sebuah telefilem lakonannya sendiri, Fida Ibrahim dikhabarkan telah meninggalkan lokasi penggambaran sebuah drama di Baling, Kedah hujung minggu lalu. Apa cerita? Penerbit Kampungku dan Aidiladha iaitu Hazmimi Johar berkata Fida Ibrahim tidak berpuashati dan terguris hati dengan adegan akhir telefilem berkenaan apabila terdapat skrip yang dikatakan cuba menyindirnya — walaupun sekadar lakonan. “Saya tidak faham dengan sikap dia (Fida) kenapa perlu terasa dengan skrip berkenaan kerana ia hanya lakonan. Perbuatannya telah menyusahkan semua krew produksi,” jelas penerbit itu. Hazmimi juga berkata yang Fida Ibrahim ada merungut mempersoalkan lokasi penggambaran selain mendakwa diberi tempat penginapan yang tidak selesa — walaupun tahu lokasi penggambaran di kawasan luar bandar. “Suka atau tidak dia telah menandatangani kontrak untuk berlakon dalam drama berkenaan dan saya percaya, dia seharusnya sudah memahami perjalanan skrip itu. Apa yang berlaku jelas menunjukkan dia tidak membaca skrip sebelum ini dan cuba menyalahkan orang lain” Diva much Fida Ibrahim? |
| Nikah Tahun Hadapan — Almy Nadia Simpan Komen Demi Jaga Hati Banyak Pihak Posted: 25 Sep 2013 11:36 AM PDT Kami perasan satu perkara tentang Almy Nadia, kalau ada apa apa isu yang melanda beliau akan memberikan respons pertama dengan berkata enggan mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menjaga hati banyaj pihak. Memang default strategy atau bagaimana? Terbaru, Fizz Fairuz mengeluarkan kenyataan yang beliau berniat untuk menyunting Almy Nadia sebagai isteri dan kemungkinan akan bernikah pada tahun hadapan. Fizz Fairuz telah pun membawa aktres ini berjumpa dengan ibunya minggu lalu. BACA: Fizz Fairuz & Almy Nadia Kembali Bersama, Nikah Tahun Hadapan Bercakap melalui Utusan Malaysia, Almy Nadia berkata yang beliau mahu simpan dahulu semua komen kerana ingin menjaga hati banyak pihak. “Saya mahu simpan dulu semua komen. Buat masa sekarang saya tidak mahu komen sebab perkara ini penting untuk saya jaga hati banyak pihak” “Pandangan orang berbeza-beza. Saya tak mahu singgung mana-mana pihak. Tunggu sahaja. Saya pasti akan komen. Buat masa ini biarlah pihak lelaki (Fizz Fairuz) yang memberi sebarang kenyataan,” ujar Almy Nadia tentang isu ini. Ah come on. |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.422) Posted: 25 Sep 2013 09:15 AM PDT VIDEO HARI INI: Video gerak perlahan (slow motion) di’atas dirakam menggunakan peranti terbaru Apple, iPhone 5S yang entah bila akan sampai ke pasaran Malaysia. Okay Apple, hantar sebiji ke sini. Anggap sahaja ini iklan, heh. Pasukan di sebalik kerjaya penyanyi ini memang akan muncul dengan berita baru setiap hari atau apa? Terbaru, Miley Cyrus telah tampil berbogel untuk menjadi wajah muka hadapan edisi terbaru majalah Rolling Stone. – Just Jared Untuk tidak bertembung dengan paparazzi, Kanye West khabarnya telah menyewa jet peribadi untuk terbang dari lapangan terbang berlainan di Los Angeles dari orang lain. #SWAG – TMZ Awie berharap gandingan bersama Erra Fazira dalam konsert Suara Kita di Istana Budaya pada Mac 2014 tidak disensasikan hanya kerana mereka pernah bertunang dahulu. – mStar Online Jim Carrey telah kongsikan sekeping gambar yang menunjukkan beliau bersama Jeff Daniels di lokasi pengambaran Dumb and Dumber To yang merupakan sekuel filem Dumb and Dumber pada tahun 1994. Harap penantian 20 tahun berbaloi. – Huff.Post Hanya selepas seminggu mereka di’khabarkan berpacaran di media, Lindsay Lohan dan Matt Nordgren kini khabarnya telah membawa haluan masing masing dan jadual kerja yang padat selain jarak antara mereka di’katakan sebagai punca perpisahan. – US Magazine |
| Adam AF: Wajah Fiza Sentiasa Muncul Dalam Solat Saya Posted: 24 Sep 2013 06:31 PM PDT Sejak pertemuan pertama kali pada Ramadhan kelima, hati Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman sudah terpaut & selepas pertemuan kali kedua Adam meluahkan hasrat untuk memperisterikan bekas ahli Elite, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim. Menurut Adam AF selepas melihat gambar profil Facebook mengenakan hijab yang dimuat naik sangkaan awal Adam bahawa dia mungkin bertudung kerana lakonan ternyata meleset apabila mengetahui bahawa Fiza ketika itu sudah terbuka hati untuk berhijab. “Selepas mengetahui dia sudah berhijab saya terus mengajaknya keluar, untuk berkongsi serba sedikit pengalaman berhijrah. Tidak sangka pula pelawaan saya disapa baik oleh Fiza” “Sejak pertemuan itu, saya terus terpaut kepadanya sehinggakan wajah Fiza sentiasa muncul dalam solat. Jadi, saya anggap itulah petunjuk daripada Allah,” ujar Adam AF. Tanpa mahu melambat lambatkan proses perkenalan Adam AF lantas membawa Fiza bertemu keluarganya dan ibunya juga terbuka hati melihat kelembutan Fiza yang juga pandai mengambil hati keluarganya — mereka juga tidak kisah akan status janda Fiza Elite. Keserasian yang ada pada Adam dan juga anaknya turut diakui bahawa antara sebab Fiza Elite menerima lamaran tersebut. Pasangan ini bakal bernikah esok. |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.