RotiKaya |
- Fizz Fairuz & Almy Nadia Bakal Nikah Tahun Hadapan
- ‘Love You Mr. Arrogant’ Ganti Cinta Jannah Mulai Hari Ini
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.421)
- Muat Naik Gambar Mesra — Nora Danish Tidak Kisah Akan Persepsi Orang Ramai
- Gambar: The Killers Bikin Lebih 7,000 Peminat ‘Menggiler’ di Litar Sepang
- Farid Kamil Kini Sedia Berbaik Dengan Ibu Mertua
- Adam AF & Fiza Elite Rancang Nikah Khamis Ini
| Fizz Fairuz & Almy Nadia Bakal Nikah Tahun Hadapan Posted: 24 Sep 2013 04:25 PM PDT Benar kata pepatah lama kalau sudah jodoh, tidak lari gunung di’kejar, eh. Begitulah ungkapan sebenar yang boleh disimpul buat pasangan Fizz Fairuz dan Almy Nadia. Setelah mengharung pelbagai dugaan dalam perhubungan mereka sebelum ini, akhirnya Fizz Fairuz dan Almy Nadia kembali bersama seterusnya melupakan kisah lama. Bercakap kepada media siang tadi di bootcamp Liga Lawak Superstar di Hulu Langat, Fizz Fairuz telah pun memutuskan untuk menamatkan zaman bujangnya bersama Almy tahun hadapan. Fizz telah membawa Almy bertemu ibunya minggu lalu. Malah selepas ini perjumpaan akan lebih kerap berlaku untuk berbincang mengenai persiapan perkahwinan mereka. Setakat ini Fizz belum lagi berjumpa keluarga Almy. Namun Fizz telah merancang akan ke Pulau Pinang juga untuk bertemu keluarga bakal mertuanya itu. Fizz lebih selesa memilih untuk terus bernikah tanpa mengikat tali pertunangan terlebih dahulu. “Taknak dah tunggu lama-lama. Saya tak mahu pisang berbuah banyak kali. Jadi saya ambil keputusan untuk berkahwin dan InshaAllah secepat mungkin, tahun depan. Tapi sebelum tu saya nak lepaskan majlis adik saya terlebih dahulu” Bagi Fizz, hubungan selama 7 tahun cukup untuknya mengenali Almy. Walaubagaimanapun, disebalik berita gembira yang dikongsi pasangan ini, ada juga mulut segelintir yang kurang senang dengan keputusan mereka untuk kembali bersama. Ada yang melabel pasangan ini seperti sudah ludah yang dijilat semula. “Inilah yang dinamakan jodoh. Jodoh saya kembali dengan Almy. Dah 7 tahun kami berkawan. Bagi saya, Almy cukup lengkap pakej sebagai seorang isteri. Lepas kahwin nanti duduk rumah, setiap hari Almy masak untuk saya,” ujar Fizz Fairuz lagi. |
| ‘Love You Mr. Arrogant’ Ganti Cinta Jannah Mulai Hari Ini Posted: 24 Sep 2013 12:50 PM PDT Selepas Cinta Jannah yang berjaya menjadi perhatian ramai menutup tirainya pada malam tadi, TV3 melalui slot Akasia memperkenalkan satu lagi drama bersiri Love You Mr. Arrogant. Dengan kehadiran muka baru seperti Azlee Khairi dan juga Zara Zya, gandingan pertama mereka di dalam drama yang diadaptasi dari novel, Love You Mr. Arrogant ternyata satu anjakan bagi slot Akasia untuk menjadikan stesen TV3 medium pertama di dalam memperkenalkan muka-muka baru bagi pelakon. Drama rangkaian 26 episod ini mengisahkan tentang dua hati yang disatukan tanpa rasa cinta akhirnya terpaksa mengakui bahawa perasaan tersebut mulai timbul setelah mereka berdua disatukan dan Azlee Khairi (Irham) anak orang kaya yang luarannya tampak sombong namun jauh di sudut hatinya tidak sanggup melihat isterinya diperlakukan sedemikian oleh ibunya lakonan Norish Karman sebagai Puan Sri Maryam dan Hanez Suraya (Sherry) yang kecewa tidak dapat berkahwin dengan Irham. Dari situlah bibit-bibit cinta mulai tersimpul apabila Zaraa (Zara Zya) dapat merasakan bahawa Irham mulai sayangkan dirinya. Baru sahaja kecapi bahagia setelah masing-masing mengakui perasaan cinta mula bersemi, dugaan mulai muncul apabila kehidupan rumah tangga mereka diganggu oleh Faisal lelaki yang psiko dan juga Hardy sepupunya yang cuba mendekati Zaraa. Tekanan Irham bertambah apabila Puan Sri Maryam disahkan mengalami masalah sakit jantung. Mampukah Irham menyelamatkan rumah tangganya setelah ibunya meminta untuk dia berkahwin dengan Sherry sebagai permintaan terakhirnya sebelum pergi. Irham tersepit dengan keadaan yang menghimpit dirinya. Adakah Irham akan mengotakan hajat terakhir emaknya atau mempertahankan rumah tangga bersama isteri yang baru dicintainya itu? Diarahkan oleh sutradara Eoon Shuhaini dan nukilan skrip oleh Chinta Nadeepha, Lee Chonz serta Mahbob ini turut dibintangi Keith Foo, Anzalna Nasir, Mustapha Kamal, Fadilah Mansor, Alex Yanz, Aishah Illias. Nantikan drama yang sarat dengan emosi yang bakal menemani petang anda bermula pada 25 September 2013 setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00 petang di TV3. |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.421) Posted: 24 Sep 2013 09:55 AM PDT VIDEO HARI INI: You’re welcome. Mungkin sebagai respons kepada perjalanan majlis yang kurang baik, Neil Patrick Harris menulis melalui Twitter yang beliau lega majlis anugerah Emmy’s sudah berakhir & tidak bercadang untuk menjadi hos untuk apa apa acara untuk satu jangka masa yang panjang. – US Magazine Frontman 30 Seconds To Mars, Jared Leto mendedahkan baru baru ini yang beliau menolak peluang keemasan dan tawaran Kanye West untuk mengarahkan salah sebuah video muzik lagu terbarunya kerana kekangan masa. – Gig Wise Berita yang mengejutkan ramai pihak semalam adalah rancangan pernikahan pasangan ini yang akan berlangsung pada Khamis & Adam AF mengakui tidak peduli dengan status janda bakal isterinya iaitu penyanyi dan pelakon Fiza Elite. – mStar Online Lelaki terkaya di China, Wang Jianlin merancang untuk membelanjakan sebanyak 50 billion yuan (US$8.2 billion) untuk membina versi Hollywood untuk negara itu di Qingdao. – The News Dua orang peserta ujibakat K-Pop Star Hunt S3 di Malaysia, Putri Norizah & Ryan Thoo berjaya bergelar wakil negara untuk menjadi pelatih kpop di FNC Entertainment disamping 14 peserta lain dari negara serantau sini. Go kpop! – HYPE |
| Muat Naik Gambar Mesra — Nora Danish Tidak Kisah Akan Persepsi Orang Ramai Posted: 23 Sep 2013 11:26 PM PDT Peminat dunia hiburan kini sedia maklum yang Nora Danish sedang berkawan rapat dengan Nadeem Nazri & hubungan mereka yang dipaparkan secara terang terangan melalui laman sosial ini pastinya mengundang pelbagai spekulasi & persepsi. Selepas bersama sama bercuti ke Bali, Indonesia tidak lama dahulu Nadeem Nazri sekali lagi mengikut perjalanan keluarga Nora Danish ke luar negara dan kali ini untuk melawat saudara aktres itu yang berada di Myanmar. Nora Danish menjelaskan yang asalnya merancang untuk pergi tiga orang & semua perempuan — Nadeem Nazri menawarkan diri untuk pergi sebagai teman memandangkan keadaan di Myanmar yang tidak tenteram ketika ini. “Dia (Nadeem Nazri) bersama sepupu dia temankan kami sebagai menjaga keselamatan kami. Sekurang kurangnya kalau ada orang lelaki dengan kami, rasa selamat lah sikit,” jelasnya. Menyentuh tentang gambar mesra mereka yang sering di’kongsi di Instagram, Nora Danish berkata beliau tidak akan salahkan peminat jika membuat kesimpulan sendiri mengatakan dirinya & Nadeem Nazri kini sedang bercinta. “Saya tak salahkan peminat kalau nak kata saya bercinta dengan Needim. Lagipun, gambar-gambar kami banyak di Instagram. Saya yang gatal tangan nak upload gambar gambar itu”, jelas Nora Danish sambil berseloroh. Oleh kerana Nora Danish tidak kisah, boleh kiranya anda semua kini nikmati gambar perjalanan aktres ini bersama Nadeem Nazri ke Myanmar baru baru ini. Enjoice! |
| Gambar: The Killers Bikin Lebih 7,000 Peminat ‘Menggiler’ di Litar Sepang Posted: 23 Sep 2013 10:52 PM PDT Ahad lalu buat pertama kalinya band Rock Amerika, The Killers telah telah membuat penampilan di hadapan lebih 7,000 peminat mereka pada konsert yang berlangsung di helipad Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Kuala Lumpur. Kira-kira jam 9.30 malam, The Killers membuka tirai persembahan dengan Mr. Brightside, Lagu yang melonjakkan populariti nama band ini sekaligus buat sekalian peminat yang ada di padang tidak keruan dibuatnya. Suasana terus hangat apabila konsert selama 1 jam setengah ini menyaksikan peminat-peminat ikut sama menyanyi tanpa henti tatkala dipamerkan persembahan mantap dan penuh bertenaga menerusi deretan lagu antaranya dari petikan album debut merekahingga lah album terkini mereka, ‘Battle Born’ (2012). Ditubuhkan pada 2001, band berasal dari Las Vegas, Nevada yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu Brandon Flower (vokal utama, keyboard), Dave Keuning (gitar), Mark Stoermer (basist), dan Ronnie Vanuncci Jr. (drum, percussion) ini persembahan lagu antaranya ‘Somebody Told Me’, ‘All These Thing I’ve Done’, ‘Smile Like You Mean It’ dan ‘When You Were Young’. The Killers Live in Malaysia 2013 direalisasikan sempena siri jelajah promosi album Battle Born. Konsert ini dibawakan oleh Future Sound Asia. |
| Farid Kamil Kini Sedia Berbaik Dengan Ibu Mertua Posted: 23 Sep 2013 07:05 PM PDT Hubungan Farid Kamil & ibu mertuanya sebelum ini sudah di’ketahui kurang baik sehingga ada persoalan di kalangan pemerhati sama ada perkahwinan beliau dengan Diana Danielle yang berlangsung tahun lalu mendapat restu yang sewajarnya. BACA: Farid Kamil Kini Ada Masalah Dengan Ibu Mertua? Farid Kamil dalam kenyataan terbaru berkata beliau kini telah bersedia untuk berbaik dengan ibu mertuanya itu dan kemelut hubungan yang tidak sihat ini akan berakhir tidak lama lagi. Pelakon yang ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Bencinta ini menambah yang beliau akan menjemput ibu mertuanya ke majlis aqiqah anak sulung mereka yang masih dirahsiakan bila tarikhnya dari media. “Ya, pada majlis itu saya akan jemput ibu mertua saya dan saya memang nak berbaik dengan dia sebab hubungan silaturrahim antara kami perlu dieratkan semula” “Saya juga akan memulihkan semula hubungan Diana dengan ibunya. Kira macam ada babak jejak kasih sikit lah nanti. Pada hari itu juga saya dan Diana akan mendedahkan nama penuh anak kami,” kata Farid Kamil lagi. |
| Adam AF & Fiza Elite Rancang Nikah Khamis Ini Posted: 23 Sep 2013 06:23 PM PDT Laporan Berita Harian hari ini menyebut yang pasangan selebriti Adam dan Fiza Elite, memilih tarikh 26 September untuk menamatkan zaman bujang mereka di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) cawangan Shah Alam, kira-kira jam 10 pagi. “Inilah ketentuan Allah. Inilah jodoh saya. Moga-moga kekal ke akhir hayat, InsyaAllah,” ulas Adam AF ringkas tentang pernikahan yang bakal berlangsung ini. Fiza Elite turut menyebut yang beliau sepatutnya mendirikan rumahtangga pada Jun lalu dengan seorang individu yang identitinya dirahsiakan tetapi hasrat itu tidak kesampaian dan hanya mengenali Adam AF pada bulan Ramadhan yang lalu. Tahniah di’dahulukan buat pasangan Adam AF & Fiza Elite, semoga mahligai yang bakal di’bina akan kekal selamanya. |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









































No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.