RotiKaya

RotiKaya


Aeril Zafrel, Wawa Zainal Nafi Sudah Bernikah

Posted: 23 Sep 2013 11:47 AM PDT

Laporan Kosmo! hari ini menyebut yang sebuah stesen radio swasta hujung minggu lalu telah mengeluarkan satu gossip kononnya seorang pelakon wanita yang telah lama senyap dari dunia hiburan kini sudah melahirkan anak dan sedang berpantang.

Bapa kepada anak tersebut pula khabarnya adalah pelakon lelaki yang sedang popular dengan sebuah drama bersiri yang di’siarkan setiap petang di televisyen.

Dan spekulasi pun timbul mengatakan gossip tersebut merujuk kepada Wawa Zainal & juga Aeril Zafrel yang kebetulan sedang popular dengan Cinta Jannah di TV3.

Aeril Zafrel yang ditemubual menafikan perkara tersebut & berkata ianya hanya kata kata orang ramai yang tidak mempunyai bukti selain menegaskan sekali lagi yang hubungannya dengan Wawa Zainal hanya sekadar sahabat baik.

“Saya tidak tahu hendak kata apa (ketawa). Itu hanyalah kata-kata tanpa sebarang bukti yang sahih, jika saya nafi & komen lebih-lebih orang memang tidak akan berhenti bercakap. Memang saya tidak berkahwin, saya hanya kahwin dalam drama sahaja”

Menjawab dakwaan yang Wawa Zainal telah hamil, Aeril Zafrel meminta semua pihak berhenti menyebarkan cerita jika tiada bukti.

“Jika saya kahwin, pasti ada bukti kerana pelbagai perkara harus diselesaikan seperti dokumen, bukan boleh berkahwin secara senyap kerana akhirnya orang akan tahu juga,” tambahnya lagi yang memaklumkan Wawa Zainal masih berada di Sabah untuk berubat.

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.420)

Posted: 23 Sep 2013 09:09 AM PDT

WTF HARI INI: Video ini mula menjadi perhatian ramai semalam dan ianya menunjukkan perilaku isteri kepada pemain bola sepak, Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo) yang memaki hamun seorang pengawal keselamatan yang menegur kesilapan meletak kenderaan.

Miley Cyrus di’khabarkan tidak dapat menahan kesedihan dan menangis ketika menyampaikan lagu Wrecking Ball dalam satu persembahan baru baru ini kerana mengenangkan hubungannya dengan Liam Hemsworth yang sudah berakhir. – TMZ

Selain Rebecca Nur Al Islam, pengacara dan pelakon Sharifah Sofia juga telah selamat melahirkan anak kedua pada Sabtu lalu & bayi perempuan comel ini telah diberi nama Sharifah Ameera Syed Ismail. Tahniah! – Media Hiburan

Breaking Bad berjaya merangkul anugerah Best Drama Series pada majlis anugerah Emmy’s yang berlangsung semalam dan berikut merupakan senarai pemenang. – USA Today

Selepas berjaya menamatkan program khidmat negara pada 30 Ogos yang lalu, Kim Heechul (Super Junior) disahkan akan kembali ke dunia program variety dan telah pun selesai merakamkan episod pertama untuk Ssulzun di JTBC. – Soompi

Penyanyi pop popular, P!nk telah diangkat oleh penerbitan Billboard sebagai Woman of the Year 2013 dan bakal menerima anugerah & penghargaan itu dalam sebuah majlis di New York pada 10 Disember akan datang. – Billboard

Suami Tidak Halang Fouziah Gous Terus Berlakon

Posted: 22 Sep 2013 07:36 PM PDT

Sabtu lalu, pelakon dan model Fouziah Gous telah sah menjadi isteri kepada Zhafran Yusof. Satu sidang media telah diadakan selepas berlangsungnya majlis pernikahannya dan beberapa soalan telah diajukan kepada Fouziah dan suaminya, Zhafran Yusof.

Telah menjadi lumrah sekiranya seseorang itu sudah bergelar isteri atau suami sudah pastinya keadaan kehidupan mereka sudah berubah & sebagai pelakon Fouziah belum berfikir lagi untuk mengatur segala jadual dan kehidupan dirinya sebagai isteri. Walau bagaimana pun, suaminya membenarkan Fouziah untuk terus membina kerjayanya.

BACA: Gambar Di Sekitar Majlis Pernikahan Fouziah Gous & Zhafran Yusof

“Saya tidak menghalang dia untuk terus berlakon kerana itu adalah minat dan kerjayanya dan apa sahaja dia buat saya tetap akan menyokong. Lagipun saya tahu Fouziah sangat matang dan tahu membuat keputusan sama ada yang baik atau buruk,” kata Zhafran.

Fouziah juga turut memberikan sepatah dua kata apabila diajukan soalan ini kepada suaminya.

“Setakat ini saya belum terfikir lagi kerana masih sibuk dengan majlis perkahwinan kami dan mungkin apabila selesainya upacara pernikahan dan persandingan pada minggu hadapan sudah pastinya saya akan melihat semula jadual kerja dan cuba mengaturnya supaya ianya tidak sibuk”

#29 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Fouziah Gous & Zhafran Yusof - ROTIKAYA #31 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Fouziah Gous & Zhafran Yusof - ROTIKAYA #32 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Fouziah Gous & Zhafran Yusof - ROTIKAYA #39 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Fouziah Gous & Zhafran Yusof - ROTIKAYA #41 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Fouziah Gous & Zhafran Yusof - ROTIKAYA #46 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Fouziah Gous & Zhafran Yusof - ROTIKAYA

“Saya berharap dapat menjalankan tugas sebaik yang mungkin sebagai isteri kepada suami saya. Berkemungkinan saya akan bercuti rehat seketika sebelum memulakan kerja pada bulan hadapan,” kata Fouziah Gous.

Zhafran dan Fouziah juga tidak kisah sekiranya mereka mendapat cahaya mata dalam masa yang singkat ini dan tidak menetapkan sama ada lelaki atau perempuan.

“Sekiranya kami mendapat cahaya mata dalam masa yang singkat ini, kami bersyukur dan tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan asalkan dikurniakan tubuh badan yang sihat, cergas dan sempurna,” kata mereka berdua.

Pasangan ini juga tidak merancang lagi untuk berbulan madu di mana-mana lokasi kerana masing-masing masih lagi sibuk dengan upacara pernikahan dan juga bakal mengadakan majlis persandingan di Hotel JW Marriot Putrajaya, Sabtu depan.

“Setakat ini kami tidak terfikir lagi untuk ke mana-mana dan kalau boleh biarlah majlis kami ini berjalan dengan lancar dan tamat dengan sempurnya,” kata kedua-dua mempelai ini.

Rozita Che Wan Tidak Malu Isu Baju Dalam Merah

Posted: 22 Sep 2013 06:44 PM PDT

Kami fikir perkara ini tidak serius tetapi melihat reaksi media yang pergi mendapatkan kenyataan Rozita Che Wan berkaitan isu ini, terpanggil juga untuk menulis. Heh.

Hampir sebulan yang lalu, seorang individu tidak dikenali memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan baju dalam berwarna merah yang di’dakwa milik Rozita Che Wan dan individu itu sedang mencari pembeli yang berminat.

Dan, gambar itu pun mula popular di laman laman sosial sehingga menimbulkan satu persoalan adakah benar itu bra merah Rozita Che Wan yang di’dakwa datang dari mereka di belakang tabir yang mengutipnya di lokasi pengambaran sebuah drama.

Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Rozita Che Wan berkata beliau tahu akan perkara ini melalui adiknya Ayu Raudhah sekitar minggu lalu dan bagi beliau itu semua hanya kerja gila & tidak masuk akal.

“Saya hanya mampu tergelak besarlah sebab sampai baju dalam pun mereka mahu jadikan isu. Sebenarnya sampai sekarang saya tidak berhenti tergelak bila orang tanya tentang perkara itu”

“Bagi saya itu kerja orang gila dan tidak masuk akal. Selagi perkara seperti ini tidak menjejaskan periuk nasi dan imej, saya tidaklah mahu saman atau membawa isu ini ke pihak berkuasa”

Rozita Che Wan menambah yang beliau tidak malu dengan insiden ini tetapi meminta pihak yang bertanggungjawab untuk hentikan kerja yang tidak berfaedah ini.

“Saya tidak rasa malu sebab baju dalam itu bukan saya punya. Namun, sebab mereka gunakan nama saya & menarik orang untuk membaca apa yang ditulis, saya geram juga sebab nama Rozita Che Wan yang dijual. Kalau boleh tolonglah hentikan kerja-kerja yang tidak berfaedah ini”

Macam macam.

#01 Rozita Che Wan Tidak Malu Isu Baju Dalam - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...