RotiKaya

RotiKaya


Akui Bercinta Dengan Jutawan — Haliza Misbun Terima Hadiah Kondominium RM2 Juta

Posted: 22 Sep 2013 05:38 PM PDT

Dalam diam rupanya pelakon yang kini bergelar penulis buku, Haliza Misbun sudah mempunyai kekasih hati dan khabarnya lelaki yang bertuah ini bukan calang calang dan bergelar jutawan.

Laporan Berita Harian hujung minggu lalu menyebut yang Haliza Misbun telah menerima hadiah berupa sebuah kondominium bernilai RM2 juta sempena dengan ulangtahun kelahiran beliau yang ke 40 pada 14 Mei 2013 yang lalu.

Haliza Misbun yang di’temubual tidak menafikan perkara itu & berkata yang beliau kini sedang dilamun cinta dan sangat mencintai lelaki yang bergelar ahli perniagaan ini.

I really honestly love this man so much. Dia memberikan cinta yang tulus dan suci yang tak ternilai harganya jika dibandingkan dengan harta benda dan wang”

“Dia orang yang paling rapat dengan Liza sejak dua tahun kebelakangan ini. Orangnya lebih dewasa dari Liza. Dia orang Melayu dan ahli perniagaan. Liza serahkan soal jodoh kepada Allah, jika Allah temukan jodoh Liza ingin berkahwin,” ujar Haliza Misbun.

Pelakon ini turut berkata sifat matang & kebijaksaan lelaki itu sangat istimewa di mata beliau dan membuatkan dirinya tertarik. Bertuah badan ye ‘tak?

Haliza Misbun Terima Hadiah Kondominium RM2 Juta - ROTIKAYA

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.419)

Posted: 22 Sep 2013 09:24 AM PDT

VIDEO HARI INI: Dua orang comedian yang menjadi antara kegemaran kami mengimbas kembali kenangan mereka bersama sama memulakan kerjaya sekitar tahun 1993 dahulu.

Justin Timberlake membuat kejutan dalam 2013 iHeartRadio Music Festival dengan bawakan dua buah lagu baru yang akan muncul dalam album akan datang, The 20/20 Experience (2 of 2) berjudul True Blood dan Only When I Walk Away. – Just Jared

Gambar terbaru mengesahkan yang bekas tunang Miley Cyrus, Liam Hemsworth telah berjaya melupakan hubungan mereka selepas di’lihat bercumbu mesra dengan pelakon juga penyanyi seksi kelahiran Mexico, Eiza Gonzalez. Ouch! – US Magazine

Peserta dari Pulau Pinang, Darren terpaksa akur tersingkir pada minggu kedua program realiti TV Akademi Fantasia 2013 (AF2013) yang berlangsung pada malam Sabtu lalu. – mStar Online

Dalam sebuah video di sebalik tabir, Girls' Generation (SNSD) membawa anda melihat proses pembikinan video muzik untuk single kelapan mereka di Jepun, Galazy Supernova. – Soompi

Kanye West mengatakan secara terbuka yang dirinya adalah bintang rock nombor satu di atas muka bumi ini (The No. 1 Rock Star On The Planet) dalam satu temubual bersama BBC Radio 1 baru baru ini. Perasan much? – Huffington Post

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...