RotiKaya

RotiKaya


Ashraf Muslim Nafikan Isteri Kedua Sudah Hamil, Masih Mencuba

Posted: 02 Sep 2013 05:49 PM PDT

Lewat petang semalam, kami terima beberapa keping gambar yang menunjukkan pasangan pengantin baru Ashraf Muslim dan isteri keduanya, Sakinah luangkan masa bersama di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur.

Itu bukan perkara yang luar biasa, mereka sudah bergelar suami isteri — suka hati merekalah hendak lakukan apa pun bersama sama.

Tetapi, pengirim e-mail ini turut memberitahu kami yang fizikal Sakinah kelihatan seperti orang sedang mengandung selain perbuatan Ashraf Muslim yang mengusap perut isterinya itu di’khalayak ramai beberapa kali. Romantic much?

Kami menghubungi Ashraf Muslim untuk mendapatkan kepastian tentang khabar angin ini dan selebriti popular itu pantas menafikan yang isteri keduanya itu sudah hamil.

“Takdelah. Belum mengandung atau apa apa — insyaAllah kalau ada rezeki nanti,” jawab Ashraf Muslim ringkas di’ikuti ketawa penuh makna.

Isu anak ini menjadi topik perbualan utama di kalangan peminat dunia hiburan tempatan selepas perkahwinan kedua Ashraf Muslim diketahui umum kerana di’katakan itulah antara sebab kenapa pelakon ini berkahwin lain.

BACA: Ashraf Muslim Sangkal Dakwaan Kahwin Lain Kerana Zuriat

#03 Ashraf Muslim Nafi Isteri Kedua Sudah Hamil, Masih Mencuba - ROTIKAYA #02 Ashraf Muslim Nafi Isteri Kedua Sudah Hamil, Masih Mencuba - ROTIKAYA #01 Ashraf Muslim Nafi Isteri Kedua Sudah Hamil, Masih Mencuba - ROTIKAYA

Neelofa Lega Peminat Kurang Bercakap Tentang Hubungan Dengan Hans Isaac

Posted: 02 Sep 2013 10:49 AM PDT

Kalau bercakap tentang kisah peribadi Neelofa, memang tidak akan terlepas kisah hubungan beliau dengan Hans Isaac yang sebenarnya kini masih menjadi tanda tanya para peminat.

Namun sejak kebelakangan ini, memang agak terasa yang peminat sendiri sudah ramai mendiamkan dari terus berbicara tentang hubungan mereka dan perkembangan ini di’anggap Neelofa sebagai sesuatu yang positif untuk karier beliau.

“Jika bandingkan dengan dulu, sekarang orang dah kurang bercakap mengenai kami. Lagipun kami berdua tidak terlalu menonjolkan diri bersama atau menunjuk gambar bersama atau ke mana-mana bersama sama”

“Jadi lama kelamaan tidak ada isu yang perlu dimainkan lagi dan semua akhirnya akan diam juga,” ujar Neelofa kepada Sinar Harian, semalam.

“Tapi bagi Lofa sekarang fokus Lofa adalah pada kerjaya dan suatu hari nanti jika Lofa bersedia, barulah Lofa akan ke langkah seterusnya,” kenyataan Neelofa yang kami kurang faham — langkah seterusnya dalam percintaan dengan Hans Isaac? Heh.

Dalam perkembangan berkaitan, Neelofa baru sahaja menghabiskan percutian ke London selama lima hari sejak Khamis yang lalu dan mari kita tatap gambar selebriti ini menikmati masa rehatnya di tanah Eropah sana. Enjoice!

#47 Gambar Neelofa Sambut Hari Merdeka Di Kota London - ROTIKAYA #48 Gambar Neelofa Sambut Hari Merdeka Di Kota London - ROTIKAYA #49 Gambar Neelofa Sambut Hari Merdeka Di Kota London - ROTIKAYA #50 Gambar Neelofa Sambut Hari Merdeka Di Kota London - ROTIKAYA #51 Gambar Neelofa Sambut Hari Merdeka Di Kota London - ROTIKAYA #52 Gambar Neelofa Sambut Hari Merdeka Di Kota London - ROTIKAYA #53 Gambar Neelofa Sambut Hari Merdeka Di Kota London - ROTIKAYA #54 Gambar Neelofa Sambut Hari Merdeka Di Kota London - ROTIKAYA #55 Gambar Neelofa Sambut Hari Merdeka Di Kota London - ROTIKAYA #56 Gambar Neelofa Sambut Hari Merdeka Di Kota London - ROTIKAYA #57 Gambar Neelofa Sambut Hari Merdeka Di Kota London - ROTIKAYA #58 Gambar Neelofa Sambut Hari Merdeka Di Kota London - ROTIKAYA #59 Gambar Neelofa Sambut Hari Merdeka Di Kota London - ROTIKAYA #60 Gambar Neelofa Sambut Hari Merdeka Di Kota London - ROTIKAYA #61 Gambar Neelofa Sambut Hari Merdeka Di Kota London - ROTIKAYA #62 Gambar Neelofa Sambut Hari Merdeka Di Kota London - ROTIKAYA #63 Gambar Neelofa Sambut Hari Merdeka Di Kota London - ROTIKAYA #64 Gambar Neelofa Sambut Hari Merdeka Di Kota London - ROTIKAYA #65 Gambar Neelofa Sambut Hari Merdeka Di Kota London - ROTIKAYA #66 Gambar Neelofa Sambut Hari Merdeka Di Kota London - ROTIKAYA #67 Gambar Neelofa Sambut Hari Merdeka Di Kota London - ROTIKAYA

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.406)

Posted: 02 Sep 2013 09:36 AM PDT

VIDEO HARI INI: Seorang pegawai penjara wanita berusia 36 tahun, Sam Bailey akan membuat anda kagum dengan bakat nyanyian beliau dengan membawakan lagu Listen (Beyoncé).

Kembali menjadi tumpuan ketika persembahan di 2013 MTV VMA, ahli kumpulan *NSYNC Lance Bass kini telah mengikat tali pertunangan dengan teman lelakinya, Michael Turchin. – Just Jared

Mengambil inspirasi dari album terlaris beliau, Merry Christmas Mariah Carey telah bekerjasama dengan OPI untuk mengeluarkan koleksi pengilat kuku edisi terhad. – Entertainment Weekly

Menerusi beberapa gambar yang tersiar, Justin Bieber kelihatan terkejut selepas di’serang oleh seorang lelaki ketika berada di kelab malam sekitar jam 3.00 pagi. – TMZ

Selebriti popular Korea, Lee Hyori telah selamat mengahwini tunangnya seorang pemuzik Lee Sang Soon dalam satu majlis tertutup di kepulauan Jeju dan hanya di’hadiri oleh 90 orang ahli keluarga & rakan rapat pada Ahad lalu. – Soompi

Bekas pasangan kekasih Fizz Fairuz & Almy Nadia khabarnya datang bersama ke sebuah majlis baru baru ini tetapi tidak masuk bersama– elakkan spekulasi orang ramai? – Murai

Filem KL Zombi Kutip RM2 Juta Selepas 4 Hari Tayangan

Posted: 01 Sep 2013 11:51 PM PDT

Berita baik di sebalik kesuraman industri filem tahun ini. Filem terbaru memulakan tayangan pada 29 Ogos lalu, KL Zombi di’khabarkan telah mencapai kutipan RM2 juta hujung minggu lalu.

Filem di’bawah arahan MJ Woo dan menampilkan Zizan Razak, Siti Saleha & Iedil Putra ini juga berjaya menduduki tangga ketiga carta filem paling laris di Golden Screen Cinemas.

Screen Shot 2013-09-02 at 3.46.45 PM

KL Zombi merupakan versi filem untuk novel Fixi dengan judul Zombijaya dan telah menelan kos pembikinan sebanyak RM1.3 juta. Pergi ke panggung wayang untuk menonton jika belum.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...