RotiKaya

RotiKaya


Tasha Shilla Nafi Jadi Punca Prestasi Mahali Jasuli Merosot

Posted: 18 Sep 2013 06:10 PM PDT

Rasanya semua orang tahu akan hubungan yang terjalin di antara Tasha Shilla dan pemain bola sepak kebangsaan Mahali Jasuli walaupun kedua dua mereka tidak pernah mengakui yang mereka kini bercinta.

Terbaru, ada spekulasi timbul mengatakan prestasi permainan Mahali Jasuli kini merosot akibat gagal memberikan perhatian kepada kerjaya kerana terlalu sibuk bercinta & ini mengundang kata kata yang Tasha Shilla menjadi punca kemerosotan tersebut.

“Daripada awal lagi saya dah nyatakan yang saya hanya berkawan dengan Mahali. Saya sokong dia sebagai kawan, bukan teman istimewa,” Tasha Shilla mengulangi pendirian beliau tentang status hubungan mereka ketika ini.

“Mungkin sekarang ni dia tengah alami kecederaan, sebab itu dia tak dapat beraksi dengan baik. Kenapa nak libatkan saya kalau dia tak beraksi cemerlang? Kenapa bila dia tunjukkan prestasi cemerlang dia, tak pula orang sebut nama saya,” tambahnya lagi.

Tasha Shilla turut mengakui yang beliau memang sudah bersedia untuk berkahwin tetapi urusan jodoh ini beliau serahkan kepada Tuhan. How cliché.

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.417)

Posted: 18 Sep 2013 09:52 AM PDT

VIDEO HARI INI: Kami dapat rasakan yang gadis ini memang seorang yang positif sepanjang hidupnya walaupun punyai kelemahan tersendiri dan itu tidak menghalang beliau untuk memukau juri The X Factor USA. You go girl!

Elton John memberikan kenyataan tentang karier Miley Cyrus lebih lebih lagi dengan imej baru beliau dengan berkata kerjaya penyanyi itu mungkin tidak akan kekal lama. – Huff. Post

Lima bulan lalu, Zac Efron telah memasuki pusat pemulihan untuk mengubati ketagihan alkohol dan sumber terbaru mengatakan ia sebenarnya adalah ketagihan kokain. – Just Jared

Bintang sitkom TV Parks and Recreation, Rashida Jones kini dikhabarkan sedang berpacaran dengan seorang penulis Colin Jost & mereka berdua pernah menuntut di Harvard. – US Weekly

Siri drama TV yang banyak merangkul anugerah, Mad Men akam memasuki musim terakhir tidak lama lagi & penerbit memaklumkan yang musim terakhir ini akan di’bahagi kepada dua bahagian dan bersiaran selama dua tahun. – BBC News

Rozita Che Wan mengakui langkahnya memakai pakaian ketat sehingga menampakkan bentuk badan adalah salah satu cara untuk memudahkan dia menjaga berat badan. – mStar Online

Hafiz Suip Dicalon Di 2013 MTV Europe Music Awards

Posted: 18 Sep 2013 04:10 AM PDT

Jika tahun lepas kita ada Yuna sebagai wakil Malaysia yang dicalonkan, tahun ini nampaknya giliran Hafiz Suip untuk menjadi salah seorang calon untuk MTV Europe Music Awards (2013 MTV EMA) edisi tahun 2013 ini.

Hafiz Suip dicalonkan untuk merebut gelaran Best Southeast Asia Act dan akan bersaing dengan nama nama besar dari rantau ini seperti NOAH (Indonesia), Olivia Ong (Singapura), Sarah Geronimo (Filipina), Slot Machine (Thailand) dan My Tam (Vietnam).

Secara keseluruhan, pencalonan untuk MTV Europe Music Awards kali ini di’kuasai oleh Justin Timberlake dan juga Macklemore & Ryan Lewis dengan masing masing berentap dalam lima kategori dan bersaing sesama sendiri untuk Best US Act.

Di’sini peranan anda diperlukan jika mahu melihat wakil Malaysia kali ini berjaya membawa pulang anugerah dari benua Eropah. Pergi ke asia.mtvema.com dan undi Hafiz Suip untuk Best Southeast Asia Act. Dan, anda boleh mengundi berulang kali.Go!

2013 MTV Europe Music Awards akan di’siarkan secara langsung pada 10 November 2013.

Isteri Kedua Hamil 6 Minggu — Ashraf Muslim Seronok Bakal Bergelar Bapa

Posted: 17 Sep 2013 10:46 PM PDT

Antara kisah yang menjadi bualan hangat para peminat dunia hiburan beberapa hari ini adalah berita kehamilan isteri kedua Ashraf Muslim, Wan Sakinah yang memasuki usia 6 minggu dan di’sahkan oleh orang rapat dengan pasangan ini.

BACA: Isteri Kedua Ashraf Muslim Kini Hamil 6 Minggu (ext.)

Menerusi Sinar Harian hari ini, Ashraf Muslim dilaporkan teruja untuk bergelar bapa apabila dia mengetahui isterinya itu telah di’sahkan hamil enam minggu.

“Saya cukup seronok apatah lagi ini adalah anak pertama saya,” katanya sebelum meletakkan telefon kerana dikatakan perlu menghadiri mesyuarat.

Ya, kopi & pasta dari laporan.

Pasangan ini berkahwin pada 7 Julai yang lalu di Thailand & kalau anda masih ingat perkahwinan kedua Ashraf Muslim ini mencetuskan kontroversi nasional kerana ianya berlangsung tanpa keizinan isteri pertama.

Apa pun tahniah buat Ashraf Muslim & Wan Sakinah sekelurga atas berita kehamilan ini, pastinya kalian berdua tidak sabar untuk menimang cahayamata pertama ini ‘kan?

#02 Ashraf Muslim Teruja Bergelar Bapa - ROTIKAYA #01 Ashraf Muslim Teruja Bergelar Bapa - ROTIKAYA Ashraf Muslim Teruja Bergelar Bapa - ROTIKAYA

Masih Menunggu Jodoh — Anuar Zain Rancang Tinggal Di Rumah Orang Tua

Posted: 17 Sep 2013 08:22 PM PDT

Sehingga hari ini, pasti ramai peminat yang ingin tahu bilakah penyanyi popular Anuar Zain bakal bertemu jodoh dan dalam temubual bersama media baru baru ini pun soalan berkaitan teman hidup ini tidak boleh lari dari diajukan.

Memasuki usia 43 tahun kini, Anuar Zain mengulangi pendirian beliau bahawa ianya bukan satu perkara yang membimbangkan kerana jodoh pertuam itu semuanya urusan Tuhan.

“Belum sampai jodoh lagi. Saya tidak boleh bertanya kepada Dia (Allah) bila jodoh saya akan tiba. Apa-pun saya serahkan kepada-Nya,” ujarnya seperti di’laporkan Murai hari ini.

“Lagipun buat masa sekarang saya masih belum bertemu dengan mana-mana kenalan wanita. Saya tidak bimbang kerana itu semua urusan daripada-Nya”

Menariknya, Anuar Zain mempunyai rancangan sendiri jika tidak bertemu jodoh sehingga hari tuanya — tinggal di rumah jagaan orang orang tua kerana merasakan akan mendapat penjagaan rapi dari orang sepatutnya.

“Saya sudah bersedia jika ditakdirkan saya masih belum berkahwin dan menimang cahaya mata di usia yang lanjut. Malah saya sudah merancang untuk tinggal di pusat penjagaan rumah orang tua kerana di situ kita boleh dijaga rapi oleh orang yang sepatutnya”

“Pada saya tidak salah jika orang tua dibawa ke rumah penjagaan rumah orang-orang tua kerana banyak pusat-pusat penjagaan orang tua yang bagus dan selesa serta sesuai untuk usia begitu”

Anuar Zain turut berkata walaupun menjalani kehidupan bujang ketika ini, beliau merasa bahagia hidup bersama keluarganya selain mempunyai bilangan anak buah yang ramai. Good for you!

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...