RotiKaya |
- Kekasih Baru Nabila Huda?
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.416)
- Nad Zainal Nafi Sekedudukan Bersama Teman Lelaki
- Konsert The Killers Live In Malaysia Ahad Ini
| Posted: 17 Sep 2013 05:18 PM PDT Sepanjang minggu lalu, memang Nabila Huda menjadi tumpuan para media dan peminat ekoran kemalangan yang melanda dirinya & turut melibatkan anak beliau Keisha — selain kenyataan bapanya yang mendedahkan pelakon ini tidak balik beraya. Hari ini, timbul pula gossip mengatakan Nabila Huda kini sudah mempunyai kekasih baru selepas percintaan dengan DJ Nas-T beberapa bulan lalu tidak kesampaian dan jejaka ini khabarnya juga seorang DJ berasal dari Singapura. Sumber turut memberitahu yang insiden Nabila Huda tidak pulang beraya baru baru ini adalah kerana menghabiskan masa beraya bersama keluarga teman lelaki barunya ini di Singapura dan hubungan mereka sudah berlangsung empat bulan. Lebih menarik, pemberi maklumat tentang perkara ini mendakwa dirinya adalah kawan rapat Nabila Huda yang kini sudah menjauhkan diri dari terus bergaul dengan pelakon itu kerana merasakan kehidupan pelakon itu sudah banyak berubah dari yang di’kenali. Tentang arah tuju hidup beliau, Nabila Huda sendiri pun sudah matang untuk berfikir bukan? Apa yang kami mahu tahu ketika ini adakah benar beliau sudah bertemu buah hati baru? Heh. |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.416) Posted: 17 Sep 2013 09:33 AM PDT VIDEO HARI INI: Kami suka siri penjelasan fakta menarik tentang binatang terpilih oleh Ze Frank ini dan hari ini beliau kembali untuk merungkai misteri spesies katak. Pelakon yang menjadi bualan hangat beberapa minggu kebelakangan ini kerana telah berjaya memegang watak Batman seterusnya, Ben Affleck tampil buat pertama kali memberikan komen tentang reaksi negatif para peminat. – US Magazine Selepas tampil dengan lagu baru semalam, Britney Spears membuat pengumuman yang beliau akan menjadi artis residen Las Vegas dan akan tampil membuat persembahan di Planet Hollywood sebanyak 50 kali setahun. Ka-ching! – Just Jared Setelah lama menyepi tanpa album dan lagu baru, bintang remaja IU tampil dengan teaser untuk album penuhnya berjudul Modern Times yang akan muncul pada 7 Oktober ini. – allkpop Ianya campuran lama dan baru selepas Justin Timberlake dan juga Macklemore & Ryan Lewis mendahului senarai calon MTV Europe Music Awards tahun ini yang akan berlangsung di Amsterdam dengan lima pencalonan masing masing. – EW Black Mentor berasa pelik & hairan apabila ada pihak mempersoalkan status isteri beliau yang di’khabarkan janda sebelum berkahwin dengannya hujung minggu lalu. – Murai |
| Nad Zainal Nafi Sekedudukan Bersama Teman Lelaki Posted: 16 Sep 2013 08:51 PM PDT Ada gossip bertebaran khabarnya Nad Zainal yang kini popular menerusi siri TV Kampung Girl bersekedudukan dengan teman lelakinya, Azwan Kombos. Bosan gila introduksi. Menurut sumber yang menyampaikan gossip ini, teman lelakinya itu yang juga merupakan artis baru sering bertandang ke kediaman Nad Zainal di Ampang, Selangor. “Mengucap panjang saya apabila dapat tahu perkara ini, sepanjang saya berkawan dan bercinta dengannya selama ini saya tidak pernah melakukan perkara terkutuk seperti yang didakwa” “Saya tidak nafikan yang Azwan memang datang ke rumah saya tetapi dia datang ketika kedua ibu bapa saya ada di rumah. Kalau saya berseorangan dia tidak berani untuk bertandang” “Mungkin orang berkata begitu kerana terlihat Azman ke rumah saya pada lewat malam — kebiasaannya dia menghantar saya pulang. Maklumlah kadang-kadang saya balik rumah agak lewat kerana ada penggambaran,” tambah Nad Zainal. Pelakon ini turut menegaskan yang tidak mungkin beliau melakukan perkara keji sebegitu kerana tinggal bersama keluarga selain pelik dengan manusia yang suka mereka reka cerita tentang hidupnya. Selamat datang ke dunia artis Nad Zainal! |
| Konsert The Killers Live In Malaysia Ahad Ini Posted: 16 Sep 2013 08:34 PM PDT Kumpulan rock terkenal, The Killers bakal membuat persembahan pertama mereka di Sepang International Circuit (SIC) Helipad pada hari Ahad bersamaan dengan 22 September ini yang mana bagi mereka yang sudah pun membeli tiket boleh masuk tepat jam 8 malam. Kumpulan yang dianggotai oleh Brandon Flowers, Dave Keuning, Mark Stoermer and Ronnie Vannucci Jr ini popular menerusi lagu berjudul ‘Mr. Brightside’, ‘When We Are Young’, ‘Somebody Told Me’, ‘All The Things That I’ve Done’ dan banyak lagi. Kumpulan yang mula dikenali selepas album debut mereka, Hot Fuss meletup pada tahun 2004 sehingga kini kumpulan yang berasal dari Las Vegas, Nevada berjaya mengutip hasil penjualan album sebanyak 20 juta. Selepas Hot Fuss tanpa berhenti daripada menghiburkan peminat yang berada di seluruh dunia ketika itu, The Killers jelajah selama dua tahun dan telah membuat lebih daripada 400 persembahan. Antara lokasi persembahan yang sehingga kini diingati adalah Festival Eropah Terbesar, Glastonbury, The Reading dan juga festival Leeds dan Pukkelpop. Tidak ketinggalan kumpulan ini yang laris di lokasi berprestij Amerika Syarikat, Madison Square Garden. Bercakap dengan pengarah Future Sound Asia (FSA) Ben Law yang turut sama mengagumi kehebatan The Killers dan persembahannya kelak adalah yang ditunggu-tunggu. “Akhirnya kami berjaya membawa masuk lagenda rock yang disegani ke sini dan saya sebagai peminat kumpulan rock ini begitu teruja. Persembahan mereka kelak adalah yang tidak boleh dilupakan oleh para peminat mereka disini” Bagi mereka yang masih belum sempat membeli tiket boleh dapatkannya di kedai Rock Corner Berdekatan atau secara online di www.boxtix.asia. Jomm! |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.