RotiKaya

RotiKaya


Amy Search Diisytihar Muflis?

Posted: 16 Sep 2013 05:56 PM PDT

Kami sebelum ini ada juga dengar khabar angin mengatakan rocker popular ini mengalami masalah kewangan tetapi tidak mengambil peduli sangat kerana mana mungkin penyanyi yang sudah lama bertapak dalam dunia seni mempunyai masalah duit.

Dengan status lagenda rock yang beliau pegang, Amy Search pastinya tidak akan menghadapi masalah besar untuk menyelesaikan hutang peribadi. Namun, khabar yang sampai kepada kami mengatakan beliau menghadapi masalah untuk selesaikan hutang perniagaan.

Lebih tepat, Amy Search telah gagal untuk selesaikan satu hutang enam angka yang berkaitan dengan sebuah konsert jelajah kumpulan Search sekitar 2009 yang lalu dan perkara ini telah pun dibawa ke mahkamah sehingga beliau di’isytiharkan muflis.

#01 Amy Search Diisytihar Muflis? - ROTIKAYA

Di atas, kami menerima satu salinan dokumen rasmi mahkamah yang di’dakwa sebagai notis pengisytiharan muflis Amy Search.

Jika perkara ini benar, kami berharap Amy Search ada rancangan sendiri untuk menyelesaikan hutang di atas kerana pastinya sulit untuk beliau melakukan urusan kewangan di masa hadapan jika perkara ini berlarutan. Hmm.

Gambar Mesra Di Tepi Pantai — Hanez Suraya Enggan Dedah Identiti Lelaki Misteri

Posted: 16 Sep 2013 05:24 PM PDT

Hujung minggu lalu kami ada siarkan dua keping gambar Hanez Suraya mesra di tepian pantai bersama seorang lelaki yang tidak dapat di’kenalpasti identitinya & ianya akan terus misteri berdasarkan kenyataan terbaru pelakon ini.

BACA: Hanez Suraya Bersama Kekasih Baru Di Pantai?

Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Hanez Suraya mengakui gambar itu diambil baru baru ini ketika menjayakan program Cool terbitan RTM & lelaki itu datang pada hari terakhir pengambaran sebagai kejutan buat dirinya dan bukannya bercuti bersama.

“Dia kawan saya dan saya enggan mendedahkan lebih lanjut identitinya. Dia bukan orang dalam industri dan kami berkenalan melalui kawan. Bukan mahu berahsia tapi akibat keterbukaan saya sebelum ini telah memakan diri sendiri, jadi saya memilih untuk tidak berkongsi atau perbesarkan perkara ini. Cukup orang tahu kami sedang mengenali hati budi masing-masing”

Hanez Suraya turut mengakui yang beliau masih terluka akibat putus cinta dengan Awi Rafael tetapi tidak menolak kemungkinan untuk memberi peluang kepada lelaki lain untuk muncul dalam hidupnya kalau benar benar serius.

“Apabila saya benar-benar sudah bersedia saya akan berkongsi dengan peminat saya. Buat masa sekarang, kami sering keluar bersama-sama dan doakan yang terbaik untuk kami,” tambah Hanez Suraya lagi yang turut mengakui lelaki itu sangat romantik orangnya.

#21 Gambar Hanez Suraya Bersama Kekasih Baru Di Pantai? - ROTIKAYA #20 Gambar Hanez Suraya Bersama Kekasih Baru Di Pantai? - ROTIKAYA #18 Gambar Hanez Suraya Bersama Kekasih Baru Di Pantai? - ROTIKAYA #19 Gambar Hanez Suraya Bersama Kekasih Baru Di Pantai? - ROTIKAYA #17 Gambar Hanez Suraya Bersama Kekasih Baru Di Pantai? - ROTIKAYA #22 Gambar Hanez Suraya Bersama Kekasih Baru Di Pantai? - ROTIKAYA

Fasha Sandha Ingin Didik Anak Jadi Ahli Sukan

Posted: 16 Sep 2013 10:55 AM PDT

Lama kita tidak dengar berita tentang Fasha Sandha dan hujung minggu telah berlangsung majlis akikah dan cukur jambul anak sulung beliau yang kini sudah berusia genap lima bulan, Putra Rayfal. Cepat masa berlalu.

Majlis tersebut berlangsung di kediaman keluarga suami Fasha Sandha, Jejai di Ampang & ianya dimeriahkan dengan kehadiran saudara mara Fasha Sandha sendiri yang turun dari Perlis.

Bercakap kepada Berita Harian, Fasha Sandha mengakui yang kehadiran Putra Rayfal bukan sekadar pelengkap kehidupan rumahtangga mereka tetapi juga satu anugerah yang membuat kehidupan seluruh keluarga pasangan ini lebih bermakna.

Bercakap tentang masa hadapan Putra Rayfal, pasangan ini mengharapkan anak mereka itu membesar sebagai anak yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

“Kita berikan dia kebebasan untuk memilih kerjaya kelak. Kalau ikutkan, ayahnya mahu Rayfal dan abangnya, Putra Raykal menceburi sukan permotoran serta polo,” ujarnya.

Fasha Sandha turut berkongsi yang beliau kini lebih memilih dalam soal kerjaya tetapi tidak merancang untuk memperlahankan aktiviti seni beliau.

“Saya tidak lagi memikirkan populariti, sekarang adalah masa untuk saya menikmati kehidupan berkeluarga pula,” tambah Fasha Sandha lagi.

#09 Fasha Sandha Ingin Didik Rayfal Jadi Ahli Sukan - ROTIKAYA #08 Fasha Sandha Ingin Didik Rayfal Jadi Ahli Sukan - ROTIKAYA #02 Fasha Sandha Ingin Didik Rayfal Jadi Ahli Sukan - ROTIKAYA #01 Fasha Sandha Ingin Didik Rayfal Jadi Ahli Sukan - ROTIKAYA #05 Fasha Sandha Ingin Didik Rayfal Jadi Ahli Sukan - ROTIKAYA #03 Fasha Sandha Ingin Didik Rayfal Jadi Ahli Sukan - ROTIKAYA #04 Fasha Sandha Ingin Didik Rayfal Jadi Ahli Sukan - ROTIKAYA #07 Fasha Sandha Ingin Didik Rayfal Jadi Ahli Sukan - ROTIKAYA #06 Fasha Sandha Ingin Didik Rayfal Jadi Ahli Sukan - ROTIKAYA

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.415)

Posted: 16 Sep 2013 09:55 AM PDT

VIDEO HARI INI: Selamat kembali dari cuti yang panjang. Banyak makan di luar hujung minggu yang lalu? Video ini akan buat anda fikir dua kali selepas ini untuk makan makanan segera.

Nampaknya kutipan jualan tiket filem ini tidak mengecewakan selain sudah meraih RM10 juta di luar negara, Vikingdom berjaya meraih lebih RM1 juta sepanjang empat hari tayangan semenjak memulakan tayangan Khamis lepas. – Harian Metro

Ketika konsert beliau di San Paulo, Brazil BeyoncĂ© telah di’tarik jatuh dari pentas persembahan oleh seorang peminat namun penyanyi itu tidak mengalami apa apa kecederaan menurut laporan & meneruskan konsert seperti biasa. – Just Jared

Miley Cyrus dilaporkan telah berhenti menjadi follower tunangnya, Liam Hemsworth di Twitter dan ini menguatkan andaian yang hubungan mereka kini di ambang perpisahan. – US Magazine

UPDATE-1: Miley Cyrus & Liam Hemsworth Sah Putus Tunang

Britney Spears telah melancarkan single terbaru beliau berjudul Work Bitch lebih awal selepas versi berkualiti rendah lagu tersebut telah bocor ke internet. – E!

Sumber tertinggi dalam YG Entertainment mendedahkan yang kumpulan kpop sensasi, Big Bang bakal melancarkan sebuah lagu baru pada Oktober ini sebelum memulakan konsert jelajah mereka di Jepun. – Soompi

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...