RotiKaya |
- Fouziah Gous, Zhafran Umum Bakal Nikah Minggu Depan
- Black Hanifah, Naquia Yasirah Selamat Bergelar Suami Isteri
- Diana Danielle Sudah Banyak Terima Tawaran Kembali Berlakon
- Bront Palarae Batal Resepsi Di Kuala Lumpur Selepas Isu Nikah Tersebar
| Fouziah Gous, Zhafran Umum Bakal Nikah Minggu Depan Posted: 13 Sep 2013 05:31 AM PDT Petang tadi telah berlangsung satu sidang media khas yang di’anjurkan oleh Fouziah Gous dan tunangnya, Md Zhafran untuk mengumumkan tarikh pernikahan sekaligus perancangan majlis bahagia mereka kelak. Selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan, pasangan ini telah mengambil keputusan untuk bernikah pada 21 September 2013 & majlis mereka ini akan mengambil tempat di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, jam 8.00 malam. Fouziah Gous berkata yang tarikh itu telah pun d’pilih sejak tiga minggu yang lalu & memilihnya kerana semua ahli keluarga dari kedua dua belah pihak pengantin akan ada pada tarikh tersebut. Pelakon ini turut berkata yang mereka telah memilih konsep Pakistan untuk majlis itu nanti kerana beliau sendiri mempunyai darah campuran kacukan Cina-Pakistan. Majlis persandingan Fouziah Gous dan Zhafran pula akan berlangsung genap seminggu selepas pernikahan iaitu pada 29 September 2013 bertempat di Hotel J.W Marriot, Putrajaya. |
| Black Hanifah, Naquia Yasirah Selamat Bergelar Suami Isteri Posted: 12 Sep 2013 08:07 PM PDT Penyanyi yang dilahirkan menerusi program realiti TV Mentor, Hanifah Bin Md Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Black Hanifah selamat diijab kabulkan dengan wanita pilihannya, Naquia Yasirah Mohd Khairi sekitar 12.06 tengahari tadi. Pasangan yang mengenakan persalinan rona putih ini telah dinikahkan oleh Mohamad Khairi Abu Hassan yang merupakan bapa mertuanya sendiri dan disaksikan oleh Ustaz Mohammad Shukri Yaacob yang merupakan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara. Majlis yang dihadiri seramai 200 tetamu itu telah dijalankan di Zebra Square, Kuala Lumpur. Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak lelaki dan mas kahwin berjumlah RM80 dengan wang hantaran sebanyak RM12000. Pihak perempuan menerima hantaran berupa sepasang kasut berjenama Charles & Keith, beg tangan berjenama Channel, sebentuk cincin, set pewangi BVLGARI, iPad Mini, set kosmetik Kanebo, dan sepasang telekung. |
| Diana Danielle Sudah Banyak Terima Tawaran Kembali Berlakon Posted: 12 Sep 2013 06:20 PM PDT Kemunculan Diana Danielle di khalayak ramai malam tadi ketika berlangsungnya tayangan perdana filem Dampak memang menjadi buah tangan terbaik buat para media yang hadir untuk bertanyakan tentang kehidupan pelakon itu selepas berkahwin & bergelar ibu. Dalam temubual pendek bersama media malam tadi, Diana Danielle mendedahkan yang nama anaknya adalah Muhammad dan nama itu di’pilih oleh ibu Farid Kamil selain ianya mudah dan senang untuk disebut. “Nama anak saya Muhammad — mudah dan juga senang tapi kami panggil dia Sayang sahaja. Sebenarnya nama itu dipilih oleh nenek dia dan kami juga bersetuju dengan nama itu,” ujar Diana Danielle yang pulang ke Malaysia beberapa hari sebelum hari raya lalu. Aktress berusia 22 tahun ini juga mengakui sudah menerima banyak tawaran untuk kembali berlakon tetapi beliau kini masih dalam berpantang dan mengakui belum bersedia untuk kembali berlakon selain tidak percayakan orang lain untuk menjaga Muhammad. “Buat masa ini saya belum bersedia untuk kembali berlakon kerana kondisi saya yang lemah dan masih menyusukan Muhammad,” tambahnya lagi. |
| Bront Palarae Batal Resepsi Di Kuala Lumpur Selepas Isu Nikah Tersebar Posted: 12 Sep 2013 06:15 PM PDT Pelakon ini tetap dengan pendirian beliau untuk hanya berkongsi kisah perkembangan kerjaya dengan peminat & seboleh bolehnya ingin mengelakkan sebarang isu peribadi menjadi perhatian — tetapi, ini dunia selebriti penuh pancaroba bukan? Bront Palarae dalam satu temubual bersama media ketika tayangan telemovie New York Cinta berkata beliau mempunyai sebab sendiri untuk berdiam diri tentang pernikahan beliau kerana banyak hati di’sekeliling hidupnya yang perlu dijaga. “Saya tak rahsiakan. Tapi saya nak jaga hati banyak pihak. Saya ada ramai kawan, jadi kalau katakan saya jemput beberapa orang saja, nanti yang lain kecil hati pula” Tambah Bront Palarae lagi, beliau sebenarnya ada merancang untuk membuat resepsi perkahwinan di Kuala Lumpur menjemput rakan rakan namun ia terpaksa di’batalkan selepas kejutan yang dirancang tidak menjadi dengan isu nikah yang panas. “Memang saya merancang nak adakan resepsi dan jemput kawan-kawan. Tetapi sedang saya merancang, tiba-tiba tersebar pula cerita yang saya sudah bernikah” “Selepas apa yang dah berlaku ni, saya tak mungkin akan buat resepsi di Kuala Lumpur. Saya hanya akan buat majlis resepsi di Hatyai sekitar hujung tahun ini,” katanya. |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |































































No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.