RotiKaya |
- Gambar: Kemunculan Pertama Diana Danielle Di Khalayak Ramai Sejak Berkahwin
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.414)
- Vikingdom Berjaya Kutip RM10 Juta Sebelum Tayangan Di Malaysia
| Gambar: Kemunculan Pertama Diana Danielle Di Khalayak Ramai Sejak Berkahwin Posted: 12 Sep 2013 10:03 AM PDT Ini dia Diana Danielle yang menjadi perhatian ramai dan berada dalam ‘persembunyian’ sejak perkahwinan dengan Farid Kamil pada November 2012 yang lalu. Diana Danielle membuat kemunculan buat pertama kali sejak sekian lama menjadi perhatian para peminat & media di majlis tayangan perdana filem Dampak yang mana suaminya, Farid Kamil merupakan antara tunjang utama. BACA: Farid Kamil, Diana Danielle Bakal Umum Nama Anak Melalui Astro |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.414) Posted: 12 Sep 2013 09:44 AM PDT VIDEO HARI INI: Walaupun video muzik lagu ini sangat berseni & berani, kami sebenarnya sukakan lagu Wrecking Ball oleh Miley Cyrus ini dan versi lagu ini oleh The Gregory Brothers ini boleh tahan menarik, di’sampaikan dalam gaya country. Dengarkan. Aktress yang popular menerusi siri filem Twilight, Kristen Stewart di’khabarkan telah mengutip US$500,000 untuk tabung kebajikan ribut Sandy dengan hanya meluangkan masa 15 minit dengan seorang putera raja dari Timur Tengah. – The Wire Walaupun drama bersiri popular, Breaking Bad akan berakhir tidak lama lagi, para peminat boleh menarik nafas lega selepas siri terbaru Better Call Saul berkisar tentang perjalanan peguam Saul Goodman di’umumkan akan ke udara di AMC. – E! Stesen televisyen UK, BBC telah mengesahkan yang Kylie Minogue akan menyertai The Voice UK tahun hadapan sebagai tenaga pengajar di’samping will.i.am dan Tom Jones. – THR Nampaknya karier lakonan aktress ini dalam bahaya selepas penggiat industri mendedahkan yang ianya terlalu sukar untuk bekerja dengan Katherine Heigl di’tambah lagi dengan karenah yang bukan bukan ibunya yang juga pengurus kerjaya beliau. – US Magazine Nabila Huda dalam kenyataan terbaru berterima kasih kepada ayahnya, Amy Search atas doa beliau sehari sebelum kemalangan yang menjadi perhatian ramai Ahad lalu. Kami sangat pasti ini satu kenyataan sarkastik dari beliau. – GUA |
| Vikingdom Berjaya Kutip RM10 Juta Sebelum Tayangan Di Malaysia Posted: 12 Sep 2013 04:45 AM PDT Selepas dua tahun dalam pembikinan, filem terbaru terbitan KRU Studios Vikingdom: The Blood Eclipse kini sudah berada di pawagam seluruh Malaysia dan ini mungkin sebuah filem yang perlu anda tonton hujung minggu ini. Menurut pengarah filem ini, Yusry Abdul Halim Vikingdom telah pun berjaya menjana pulangan sebanyak RM10 juta hasil penjualan hak pengedaran filem berkenaan di Amerika Syarikat dan di 10 buah negara lain setakat ini. Itu satu pulangan yang agak baik setakat ini buat Vikingdom yang menelan belanja sebanyak RM20 juta & ianya hanya akan memulakan tayangan di Amerika Syarikat pada 4 Oktober depan. “Pihak Universal Pictures juga bersetuju untuk menjadi pengedar di negara-negara seperti United Kingdom, Australia, Sweden, Denmark dan Brazil,” ujar Yusry KRU ketika majlis tayangan bersama media di Sunway Pyramid semalam. Yusry KRU menambah lagi yang rakyat Malaysia harus bangga dengan filem Vikingdom kerana ianya menggunakan 100% tenaga tempatan walaupun membariskan pelakon antarabangsa. |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



























No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.