RotiKaya |
- Syazwan Zulkifli Kesal Dituduh Bercinta Dengan Nabila Huda, Mabuk Ketika Memandu
- Akim Ahmad: Ibu Saya Senang Dengan Stacy
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.413)
- Nabila Huda Beraya Dengan Rakan Kerana Bingung Dengan Keluarga
- Farah AF Diisytihar Muflis?
- Nora Danish Terkejut Dengan Isu Skandal Adi Putra
| Syazwan Zulkifli Kesal Dituduh Bercinta Dengan Nabila Huda, Mabuk Ketika Memandu Posted: 11 Sep 2013 06:10 PM PDT Pelakon ini secara relatifnya senyap dari memberikan sebarag kenyataan kepada media tentang kemalangan yang melibatkan diri beliau, Nabila Huda & anaknya Keisha yang menjadi perhatian ramai minggu ini — sehingga ada dakwaan beliau melarikan diri. Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Syazwan Zulkifli berkata bukan niat untuk melarikan diri tetapi beliau tidak dapat di’hubungi kerana telefon bimbitnya hilang ketika kemalangan berlaku. “Saya tidak lari atau takut sama sekali. Sebaliknya, telefon bimbit saya telah hilang sewaktu kemalangan berlaku. Saya sangat terkilan kerana pada waktu kami dalam kesusahan begitu, ada yang datang dengan cara ingin membantu tetapi rupa-rupanya punya agenda mahu mencuri” Syazwan Zulkifli juga melahirkan rasa kesal apabila ada segelintir peminat yang menyebarkan kisah yang beliau bercinta dengan Nabila Huda hanya kerana mereka terlibat dalam satu kemalangan yang sama. “Hanya kerana kemalangan itu, ada peminat sesuka hati membuat spekulasi sedangkan kami memang akrab. Saya mula berkawan dengan Abil sejak dia baik dengan Johan (As’ari). Takkan disebabkan kami terbabit dalam kemalangan, dengan mudahnya kami dituduh bercinta” Selain itu, pelakon Jodoh Itu Milik Kita ini juga berasa kesal dengan tuduhan tidak berasas sesetengah pihak yang mengatakan beliau mabuk ketika memandu sekaligus menjadi penyebab kemalangan Ahad lalu. “Secara logik, takkanlah saya mabuk pada siang hari apatah lagi saya membawa nyawa orang dalam kereta,” tambahnya yang mengakui masih rasa bersalah terhadap Nabila Huda & anaknya. |
| Akim Ahmad: Ibu Saya Senang Dengan Stacy Posted: 11 Sep 2013 05:28 PM PDT Penyanyi kelahiran AF, Akim Ahmad telah memberitahu kepada pihak media bahawa ibunya amat menyenangi sifat keperibadiaan yang dimiliki Stacy, dan Akim sebagai teman rapatnya juga turut mengakui suka akan sifat yang dimiliki Stacy. "Saya dengan Stacy sudah lama berkawan dan kami memamg rapat sejak dari dulu lagi, semua sudah sedia maklum bahawa apa sahaja kami selalu kongsikan bersama. Selain itu ibu saya sendiri amat senang dengan Stacy,"ujarnya. Akim turut memberitahu bahawa dia masih tidak memikirkan soal perkahwinan atau apa sahaja yang melibatkan hubungan kerana baginya biarlah dirinya mengejar cita-citanya terlebih dahulu dan apabila sudah mencapai jodohnya dia sendiri yang akan memaklumkan kepada pihak media dan peminat-peminatnya. "Buat masa sekarang saya tidak mahu memikirkan soal perkahwinan dan sekiranya saya ada jodoh bersama Stacy saya tidak menolak tetapi apa yang saya tegaskan di sini biarlah saya memberikan fokus tentang karier saya dan saya juga merasakan benda yang sama akan Stacy lakukan iaitu fokus mengenai kerjayanya terlebih dahulu, dan kami berdua juga masih terlalu muda untuk ke arah itu"katanya. Akim juga turut berlakon dalam klip video Musim Asmara nyanyian Soo Wincci dan ternyata itu semua pengalaman istimewa yang tidak boleh dilupakan olehnya. "Alhamdulillah apabila mendapat tawaran dari Wincci saya terus terima kerana sememangnya saya begitu teruja untuk menjadi model dalam klip video itu dan saya juga cukup bangga apabila dipilih Wincci sedangkan ramai lagi pelakon-pelakon hebat yang lain. Saya juga cukup berpuas hati apabila klip video ini sungguh begitu cantik dan memuaskan seolah-olah saya melihat sebuah filem," ujarnya ikhlas. |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.413) Posted: 11 Sep 2013 09:46 AM PDT WTF HARI INI: Kami sendiri tidak pasti apakah motif lagu ini, apatah lagi video muzik ini — tetapi masih boleh layan, lebih 16,000,000 tontonan di Youtube dalam masa seminggu. Salah seorang ahli kumpulan Sleeq iaitu Syariff bakal mengikut jejak langkah mentornya, Aaron Aziz untuk menetap di Malaysia bermula pada Oktober 2013 ini. – mStar Online Filem terbaru siri Pirates of the Caribbean di’laporkan telah di’tunda tarikh tayangannya dari musim panas 2015 ke satu masa yang belum ditentukan kerana isu skrip & kegagalan filem The Lone Ranger di seluruh dunia sebelum ini. – THR Bekas pasangan suami isteri, Ashton Kutcher dan Demi Moore di’lihat terbang bersama dalam satu pesawat baru baru ini tetapi mereka kembali bersama untuk aktiviti yayasan yang mereka asaskan bersama iaitu THORN: Digitial Defenders of Children. – Just Jared Aktress filem Blood Ties, Zoe Saldana dalam senyap senyap mengikat tali perkahwinan dengan kekasih Marco Perego dalam satu majlis kecil & tertutup di London sekitar Jun lalu. – US Weekly Jika anda peminat drama Korea, ini sesuatu yang menarik. Aktor Lee Bum Soo dan ahli Girls' Generation (SNSD) YoonA di’khabarkan dalam perbincangan untuk menjadi pelakon utama dalam satu drama terbaru di KBS bertajuk Prime Minister and I. – Soompi |
| Nabila Huda Beraya Dengan Rakan Kerana Bingung Dengan Keluarga Posted: 11 Sep 2013 12:08 AM PDT Atau itu kesimpulan yang kami dapat dari membaca kenyataan balas Nabila Huda tentang dakwaan ibu tirinya, Nourish Hassan yang mana Amy Search kecewa apabila pelakon itu tidak pulang beraya baru baru ini. Mungkin tersalah baca. BACA: Amy Search Sedih Bila Nabila Huda Tidak Balik Beraya Nabila Huda mendakwa yang sebelum tibanya Aidilfitri lalu, beliau menerima undangan untuk menyambut hari mulia itu dari ibu kandungnya di Klang & juga bapanya Amy Search yang pulang ke kampung di Johor. Dan, beliau bingung untuk membuat keputusan. “Dek kerana sukar untuk membuat pilihan di antara kedua-duanya, akhirnya saya pun memilih untuk bertukar angin dan beraya di negara jiran, Singapura bersama rakan-rakan saya. Boleh tahan meriah juga sambutan di sana,” ujar Nabila Huda kepada portal Murai. Pelakon drama bersiri Teduhan Kasih ini juga berkata yang beliau ada menghantar SMS untuk mengucapkan selamat hari raya dan memohon maaf kepada Amy Search tetapi sehingga ke hari ini tiada berbalas — selain gagal untuk menembusi talian telefon bapanya itu. “Tapi, tidak mengapa kerana jika diizinkan Tuhan, saya dan Keisha boleh sambut raya bersama mereka di tahun akan datang,” tambahnya lagi. |
| Posted: 10 Sep 2013 11:11 PM PDT Kalau benar apa yang di’katakan ramai ini, nampaknya kita ada dua selebriti yang diisytihar muflis dalam masa terdekat ini. Awal Ogos 2013 lalu vokalis kumpulan MOJO, Aweera mengaku yang dirinya berstatus muflis. Seorang penggiat forum Cari mengirimkan sekeping gambar hari ini menunjukkan satu keratan notis di sebuah akhbar tempatan yang merujuk kepada individu dengan nama Farah Diana Binti Anuar, err .. diisytihar muflis? Ini menimbulkan spekulasi yang individu di’maksudkan dalam notis itu adalah Farah AF kerana nama penuhnya sama dengan apa yang di’paparkan. Farah AF baru baru ini mencuri tumpuan para peminat hiburan dengan satu tuduhan yang kemudian beliau nafikan. BACA: Farah AF Nafi Mencuri Seperti Didakwa, Hanya Salah Faham Seorang lagi penggiat forum Cari mendakwa alamat yang tertera paa notis itu merupakan alamat rumah ibu bapa Farah AF — adakah benar itu dirinya atau sekadar kebetulan individu lain dengan nama yang sama? Hmm. |
| Nora Danish Terkejut Dengan Isu Skandal Adi Putra Posted: 10 Sep 2013 07:34 PM PDT Kenapa tiba tiba Nora Danish di’kaitkan dengan kisah skandal Adi Putra ini? Tahun lepas ketika rumahtangga Adi Putra goyah & hampir bercerai, Nora Danish di’gossipkan sebagai antara faktor kepada keretakan hubungan pasangan itu. BACA: Adi Putra Tarik Balik Permohonan Cerai Itu cerita lama & pastinya apabila kontroversi sekali lagi melanda rumahtangga Adi Putra, komen daripada Nora Danish pasti menjadi perhatian & pelakon itu mengakui beliau terkejut. “Saya tak nak komen lebih mengenai isu ini dan biarlah siasatan penuh dijalankan dahulu. Apa yang boleh saya katakan kini, secara peribadi, saya tidak percaya dan agak terkejut apabila mengetahui mengenai isu ini” “Saya pernah juga mengalami situasi yang sama di mana saya difitnah oleh orang dan sudah tentu saya juga tidak mahu diganggu oleh sesiapa dan memerlukan masa bagi meredakan keadaan,” katanya yang di’temui di tayangan media filem Lagenda Budak Hostel. Nora Danish juga berkata yang beliau ada menghantar SMS kepada Adi Putra dan isterinya supaya kuat dan tabah menghadapi dugaan yang melanda sekarang ini. |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |













No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.