RotiKaya |
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.412)
- Amy Search Sedih Bila Nabila Huda Tidak Balik Beraya
- Anne Ngasri Selamat Lahirkan Anak Keempat, Dilantik Ketua Puteri UMNO
- Erra Fazira Tunggu Masa Untuk Dedah Spekulasi Rumah Tangga
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.412) Posted: 10 Sep 2013 09:57 AM PDT VIDEO HARI INI: Kalau anda pengikut tegar trend semasa internet pasti anda tahu akan video twerking paling gagal dalam sejarah ini — dan rupanya ia merupakan satu video viral ciptaan hos rancangan lewat malam popular, Jimmy Kimmel. Bintang remaja, Vanessa Hudgens tampil penuh glamor sebagai penghias muka hadapan Marie Claire terbaru & dalam temubual bersama majalah itu beliau mengatakan mahu menggenggam Oscar & mempunyai anak sendiri sebagai satu impian satu hari nanti. – Just Jared Sharon Osbourne dalam rancangan bual bicaranya baru baru ini mendedahkan beliau pernah mempunyai hubungan dengan hos sensasi Jay Leno di awal kemunculan dalam dunia hiburan & sebelum bergelar ahli keluarga Osbourne. – US Magazine Walaupun berada dalam senarai individu & wanita paling berpengaruh di dunia, Oprah Winfrey baru baru ini mendedahkan yang beliau sebenarnya seorang yang takutkan belon. – People Mungkin bukan untuk anda semua tetapi pastinya peminat Infinite ingin tahu yang kumpulan ini akan menghabiskan masa lebih seminggu di Amerika Syarikat untuk siri konsert jelajah mereka di’sana termasuk New York & California. – Soompi Kumpulan art-pop dari Iceland, Sigur Rós dilaporkan bakal membuat kemunculan istimewa dalam musim keempat Game of Thrones tidak lama lagi nanti. – EW |
| Amy Search Sedih Bila Nabila Huda Tidak Balik Beraya Posted: 09 Sep 2013 08:52 PM PDT Nampaknya ada kisah di’sebalik kenyataan Amy Search yang mengatakan kemalangan menimpa Nabila Huda & anaknya, Keisha merupakan petanda kecil dari Tuhan untuk diri anaknya itu. BACA: Amy Search Anggap Petunjuk Kecil Dari Tuhan Untuk Nabila Huda Isteri Amy Search & juga ibu tiri Nabila Huda, Nourish Hassan mendedahkan yang suaminya itu pernah meluahkan rasa sedih selepas anaknya itu tidak pulang beraya pada Aidilfitri yang lalu. “Sebagai isteri, saya tahu isi hati sebenar abang Amy yang berkata sedemikian rupa terhadap anaknya itu. Mungkin segalanya berpunca daripada sikap Nabila sendiri yang hingga kini tidak pulang beraya dan mengirimkan sebarang pesanan SMS Aidilfitri memohon maaf. “Pagi sebelum kemalangan terjadi, abang Amy ada meluahkan kesedihan dan bertanya adakah Nabila sudah lupakan dia selepas berada di puncak kerjaya sebagai artis” “Abang Amy sudah berusia 55 tahun dan bapa mana yang tidak berkecil hati jika anak tidak mengingatnya langsung pada hari raya” “Dia juga berdoa agar Allah tunjukkanlah sedikit pengajaran terhadap anaknya itu. Saya harap dengan apa yang terjadi, Nabila sedikit-sebanyak akan berubah,” cerita Nourish. Menurutnya lagi, Amy Search sangat berkecil hati apabila Nabila Huda tidak pulang berhari raya ke rumah tetapi rela meluangkan masa di rumah rakannya di Singapura. |
| Anne Ngasri Selamat Lahirkan Anak Keempat, Dilantik Ketua Puteri UMNO Posted: 09 Sep 2013 07:36 PM PDT Bunyi macam misleading walaupun itu bukan cara kami, tetapi benar Anne Ngasri telah pun berjaya memegang jawatan Ketua Puteri UMNO bahagian Dataran Merdeka selepas dia dilantik dalam satu mesyuarat cawangan itu baru baru ini. Kami tidak pandai tentang hal politik apatah lagi isu pertandingan jawatan ini. Bacaan lanjut untuk anda yang ingin tahu ada di blog Warisan Bonda. Itu satu perkara, lagi satu menerusi akaun Twitter hari ini Anne Ngasri mengumumkan yang beliau telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 9 September 2013 yang lalu. Bayi seberat 3.4 kilogram ini merupakan anak keempat Anne Ngasri dan yang pertama hasil perkahwinan beliau dengan suaminya, Mohd Sumali Reduan pada bulan Disember tahun lalu. “Syukur alhamdulilah pada 9 Sept. 2013 saya selamat melahirkan baby boy 3.4kg. Terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah” Tahniah buat Anne Ngasri & Mohd Sumali sekeluarga atas berita gembira ini. |
| Erra Fazira Tunggu Masa Untuk Dedah Spekulasi Rumah Tangga Posted: 09 Sep 2013 06:35 PM PDT Tahun tahun kebelakangan ini, kalau bercakap tentang Erra Fazira pastinya tidak akan lari akan persoalan isu rumahtangga beliau yang sehingga hari ini masuh belum ada jawapan pasti. Erra Fazira bercakap kepada Murai baru baru ini yang beliau kecewa apabila kisah peribadinya di’tokok tambah dan ianya lebih memburukkan keadaan. “Buat masa ini saya sibukkan diri dengan penggambaran drama untuk mengelakkan daripada terbeban dengan memikirkan perkara yang melibatkan peribadi saya yang menjadi bualan umum,” jelasnya lagi yang percaya masih berhutang penjelasan dengan orang ramai. Erra Fazira juga percaya apabila sampai masanya nanti, semua persoalan tentang spekulasi rumahtangganya akan terjawab jua — “..apabila semuanya jelas saya tidak mahu lagi bercakap pasal perkara ini” — tambahnya lagi. Hasil perkongsian hidup Erra Fazira dengan suaminya, Engku Emran mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia empat tahun. |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.