RotiKaya |
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.393)
- Cerai Rita Rudaini Melalui SMS — Aidil Zafuan Enggan Mengulas Lanjut, Hormati Ramadan
- Astro On-The-Go Tawar Kandungan Dari Saluran Popular: HBO, One HD & WWE
- Reda Dengan Keputusan Aidil Zafuan — Rita Rudaini Sahkan Dicerai Talak Satu Melalui SMS
- Nabil Ahmad Sertai ERA fm, Ganti Tempat Aznil Hj. Nawawi Di MeleTOP 40 ERA
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.393) Posted: 05 Aug 2013 05:34 AM PDT VIDEO HARI INI: Bersempena kedatangan Barcelona ke Malaysia hujung minggu ini nanti, ini dia bintang mereka Lionel Messi dalam persalinan neon untuk iklan terbaru bersama Adidas. Vokalis kumpulan Mojo, Aweera mengesahkan nama yang tertera dalam notis isytihar muflis seperti disiarkan di akhbar dan telah muflis ekoran menanggung beban hutang lama. – Utusan Malaysia Pemain skuasy Malaysia dan pemegang takhta nombor satu dunia, Nicol Ann David muncul sebagai penghias muka hadapan majalah August Man edisi Ogos 2013. Beza, memang berbeza. – August Man Aktress The Big Bang Theory, Kaley Cuoco di’lihat keluar bersama pemain tenis Ryan Sweeting selepas kisah cintanya yang tidak kekal lama dengan hero Man of Steel Henry Cavill sebelum ini. – US Weekly Pelakon wanita Korea, Kim Bin Woo mendedahkan sejak 12 tahun yang lalu beliau hanya menjamah makanan sekali sahaja dalam sehari untuk mengelakkan berat badan naik. – Soompi Nampaknya Katie Holmes menambah satu lagi karier atau kerjaya beliau dalam resumé selepas bersetuju untuk terlibat dengan proses mereka palet kompak bersama jenama kosmetik Bobbi Brown. – People |
| Cerai Rita Rudaini Melalui SMS — Aidil Zafuan Enggan Mengulas Lanjut, Hormati Ramadan Posted: 04 Aug 2013 11:29 PM PDT Kecoh dunia hiburan hari ini apabila laporan akhbar menyebut Aidil Zafuan telah bertindak menceraikan isterinya, aktress Rita Rudaini hanya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) semalam. BACA: Rita Rudaini Sahkan Dicerai Melalui SMS Petang Ahad Lalu Ada juga cakap cakap mengatakan kemuncak dinginnya hubungan mereka apabila Rita Rudaini meluahkan perasaan bengang terhadap Aidil Zafuan yang kini menjalinkan hubungan dengan wanita bernama Zarema. Bercakap kepada Utusan Malaysia hari ini, Aidil Zafuan meminta supaya semua pihak menunggu perbicaraan kesnya di mahkamah bagi menjawab isu lafaz cerai terhadap isterinya, pelakon Rita Rudaini. “Saya tidak akan kata ya atau tidak sekarang ini. Tunggu saja di mahkamah nanti,” katanya memilih enggan mengulas mengenai cerita cerai sebagai menghormati Ramadan dan Syawal yang akan menjelang. “Lagi pun, dia (Rita Rudaini) adalah ibu kepada anak-anak saya. Jika ada apa-apa yang berlaku antara kami, lebih elok jika ianya diselesaikan di mahkamah nanti,” tambah Aidil Zafuan lagi. |
| Astro On-The-Go Tawar Kandungan Dari Saluran Popular: HBO, One HD & WWE Posted: 04 Aug 2013 11:20 PM PDT Untuk kami orang sibuk dan tiada masa untuk duduk menonton televisyen seperti orang lain, Astro On-The-Go memang penyelesaian terbaik untuk menikmati hiburan pada bila bila masa, di mana sahaja. Dan sekarang ini pula, Astro On-The-Go menawarkan kandungan hebat dari tiga saluran popular untuk dinikmati oleh semua pelanggan iaitu HBO, ONE HD dan WWE. Kami sebagai peminat tegar drama bersiri popular Game of Thrones dan juga The Newsroom sangat teruja dengan berita ini kerana kini kita semua boleh menonton episod terbaru walaupun berada dalam LRT. HBO menerusi Astro On-The-Go juga menawarkan pelbagai siri televisyen popular lain seperti Veep & Boardwalk Empire dan semua ini boleh diakses oleh pelanggan Movie Pack & pelanggan Astro-On-The-Go sendiri. Berikut merupakan trailer untuk musim terbaru Game of Thrones yang kini boleh anda akses di mana mana sahaja & bila bila masa menerusi Astro On-The-Go — di peranti iOS & peranti Android terpilih. Berita gembira juga buat peminat dunia hiburan Korea Selatan apabila kandungan terpilih ONE HD kini boleh ditonton menerusi Astro On-The-Go dan lebih menarik program hebat ini kini boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia — tidak kira sama ada pelanggan Astro atau tidak. Melalui tawaran baru ini, pastinya anda peminat drama Korea boleh menonton drama bersiri popular seperti The Great Seer, Full House Take 2 dan Jang Ok Jung menerusi komputer anda, telefon bimbit & peranti mudah alih yang anda miliki bila bila masa. Mahukan aksi? Program program gusti popular, WWE kini ada ditawarkan bersama Astro On-The-Go dan anda boleh menonton 50 Greatest Finishing Moves in WWE History (2013) yang pastinya menawarkan aksi gusti terbaik & juga memilih pertarungan hebat terdahulu menerusi koleksi The Best PPV Matches of the Year. Daftar dengan Astro On-The-Go hari ini untuk menikmati tawaran di atas dengan segera. Televisyen kini boleh anda bawa bersama ke mana sahaja anda pergi dengan Astro On-The-Go. Maklumat lanjut tentang program dan cara langganan, layari laman rasmi Astro On-The-Go. |
| Reda Dengan Keputusan Aidil Zafuan — Rita Rudaini Sahkan Dicerai Talak Satu Melalui SMS Posted: 04 Aug 2013 07:29 PM PDT Rupa rupanya, ada laporan akhbar menyebut tentang Aidil Zafuan yang menceraikan Rita Rudaini melalui sistem pesanan ringkas (SMS) — dan kejadian ini berlaku petang Ahad sebelum waktu berbuka. Laporan Berita Harian hari ini menyebuut yang Rita Rudaini mengesahkan menerima kiriman SMS daripada Aidil Zafuan petang semalam selepas berlaku perang SMS antara mereka sebelum itu. Rita Rudaini turut mendedahkan yang antara butiran SMS yang di’terima dari Aidil Zafuan bertulis “Aku ceraikan kau talak satu”. “Selepas hampir dua tahun kes penceraian kami berdua berlangsung di mahkamah, akhirnya hari ini (semalam) Aidil menceraikan saya dengan talak satu menerusi SMS,” ujar Rita Rudaini. “Saya perlu terima keputusan ini dengan hati yang terbuka hanya beberapa jam sebelum masuk waktu berbuka. Kini segala galanya sudah jelas, Aidil akhirnya menceraikan saya” “Bagaimanapun, kehidupan perlu diteruskan dan saya perlu lebih tabah,” tambahnya lagi yang kini berada di Perlis untuk menyambut Aidilfitri. |
| Nabil Ahmad Sertai ERA fm, Ganti Tempat Aznil Hj. Nawawi Di MeleTOP 40 ERA Posted: 04 Aug 2013 06:54 PM PDT Popular dengan tagline Muzik Hits Terbaik, ERA fm terus gah berdiri sebagai stesen radio pilihan pendengar di Malaysia dan tanggal 1 Ogos yang lalu meyaksikan stesen radio ini menyambut ulangtahun yang ke 15. Bertepatan dengan tagline mereka, pada 1 Jun yang lalu ERA fm telah memperkenalkan dua muka baru yang bakal menceriakan hari anda iaitu Aril (AF7) dan juga Nabil Ahmad yang bakal mengendalikan slot MeleTOP 40 ERA jam 8 malam hingga 12 tengah malam. Bercakap dengan Pengurus Radio ERA fm Nazri Noran, pengambilan Nabil sebagai pengganti Datuk Aznil Hj. Nawawi adalah kerana mereka berani dan percaya dengan kehadiran Nabil di dalam industri serta sudah lama mengenali Nabil ketika dia masih lagi menjadi penyampai radio di sebuah stesen radio swasta sebelum ini. “Kalau ikutkan Nabil sudah bersama kami bermula pada tahun 2008 ketika itu dia bersama Saiful Apek. Selepada dia menjuari satu anugerah popular tahun lalu saya ada menyuarakan hasrat untuk membawa dia masuk namun ketika itu rezeki masih belum berpihak kepada kami. Tambahan pula, saya percaya Nabil mampu mengendalikan segmen ini dengan caranya tersendiri berbeza dengan Pak Nil” “Sebelum Nabil menerima tawaran untuk menyertai kami juga saya telah memberi idea kepadanya untuk menjadikannya sama seperti penyampai radio terkenal luar negara contohnya Rick Dees Top 40 dan dia menyukainya” Nazri Noran yang telah mengendalikan stesen ini bermula pada tahun 2009 memberitahu dia mahukan segmen yang dikendalikan oleh Nabil mampu menandingi penangan yang diterima oleh JoHaRa pagi di Era yang telah keudara dua tahun lalu bermula Januari. Selain itu, pada 31 Ogos ini akan diadakan perlawanan bola sepak yang diberi nama Fiesta Muzik & Bolaa ERAVAGANZA bertempat di Stadium Hang Jebat, Melaka bermula jam 3 petang. Antara selebriti sukan yang turut beraksi seperti Santokh Singh, So Chin Aun, Ramli Joned, Azlan Johar, Anuar Abu Bakar, Azmi Mahmud, Azman Adnan, Hafizal Hamad, Nazab, Asmawi dan ramai lagi yang menggelarkan diri mereka sebagai Arena Allstars FC. Barisan profesional ini akan menentang pasukan Era yang menggelarkan diri mereka sebagai Eravengers FC. |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





















No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.