RotiKaya

RotiKaya


Aidil Zafuan Cerai Rita Rudaini Talak Satu Menerusi SMS?

Posted: 04 Aug 2013 05:44 PM PDT

Berita ini belum dapat disahkan dari sumber sumber yang sahih tetapi laman hiburan popular Beautiful Nara menulis stesen berita radio Malaysia melaporkan Aidil Zafuan sudah melafazkan cerai.

Aidil Zafuan atau nama sebenar Mohammad Aidil Zafuan Abdul Razak di’laporkan telah menceraikan Rita Rudaini dengan talak satu menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).

Tidak pula di’nyatakan bila dan kenapa Aidil Zafuan mengambil tindakan drastik sebegitu terhadap Rita Rudaini sedangkan kes rumahtangga mereka masih berjalan di mahkamah.

Semalam, Rita Rudaini menerusi Berita Harian meluahkan rasa bengang terhadap sikap Aidil Zafuan yang mempunyai kini hubungan sulit dengan seorang wanita bernama Zarema.

“Bagi saya kecurangan Aidil sangat memalukan saya dan anak anak. Zarema pula memang suka cari publisiti murahan, dia memang nak orang tahu ketika ini dia keluar dengan Aidil,” ujar Rita Rudaini.

“Saya sebenarnya nak muntah membaca atau melihat gambar Aidil keluar dengan perempuan lain. Secara jujur saya sedih dengan kehidupan Aidil hari ini, tak ada siapa yang membimbingnya”

Adakah Aidil Zafuan ambil keputusan nekad untuk bercerai ekoran luahan rasa Rita Rudaini di akhbar semalam?

Aidil Zafuan Cerai Rita Rudaini Talak Satu Menerusi SMS - ROTIKAYA

Tiz Zaqyah, Daniel Haziq Sudah Ada Tarikh Kahwin

Posted: 04 Aug 2013 05:17 PM PDT

Semua tahu yang Tiz Zaqyah memang bersikap terbuka dalam hubungan cintanya kali ini bersama jejaka bernama Daniel Haziq dan perkembangan terbaru ini satu berita baik buat semua peminat.

BACA: Tiz Zaqyah Bakal Beraya Di Rumah Kekasih

Bercakap kepada Berita Harian baru baru ini, Tiz Zaqyah berkata beliau tiada masalah untuk membawa kekasihnya ke mana mana majlis sebagai teman kerana mereka memang tiada apa yang hendak di’sorok.

“Tapi untuk ditemu bual atau dirakam gambar, saya tak fikir dia mahu — lagipun, dia tak mahu berada dalam limelight. Biarlah saya seorang sahaja,” kata Tiz Zaqyah.

Tiz Zaqyah turut mengakui yang beliau ada berbincang soal masa hadapan dengan Daniel dan secara spesifik mereka memang ada perancangan untuk berkahwin. Lagi cepat lagi bagus ‘kan?

“Kami ada berbincang soal perkahwinan. Malah, tarikh perkahwinan juga sudah ada. Cuma biarlah saya simpan dalam hati saja,” tambahnya lagi.

#04 Tiz Zaqyah, Daniel Haziq Sudah Ada Tarikh Kahwin - ROTIKAYA #03 Tiz Zaqyah, Daniel Haziq Sudah Ada Tarikh Kahwin - ROTIKAYA #02 Tiz Zaqyah, Daniel Haziq Sudah Ada Tarikh Kahwin - ROTIKAYA #01 Tiz Zaqyah, Daniel Haziq Sudah Ada Tarikh Kahwin - ROTIKAYA

Amar Asyraf, Nelydia Senrose Kembali Untuk ‘Setia Hujung Nyawa Raya’

Posted: 04 Aug 2013 09:14 AM PDT

Nampaknya drama yang pernah mencetus fenomena di kalangan peminat hiburan, Setia Hujung Nyawa akan kembali dengan kisah baru dalam telefilem berjudul Setia Hujung Nyawa Raya.

Telefiem yang menampilkan semula lakonan mantap Amar Asyraf, Nelydia Senrose dan Shah Iskandar ini akan mengisahkan tentang pasangan muda yang baru berkahwin, El dan Zain.

El sedang sarat mengandung cenderung untuk lebih sensitif dan mudah tersinggung. Malah sikap El juga menjadi semakin pemalas, Namun Zain hanya mampu bersabar biarpun dilayan seperti bibik.

Sudah seminggu Ramadan berlalu dan El hanya tidur sahaja, pelbagai cara Zain cuba memujuk El untuk aktif namun tidak berjaya. Selepas ibu bapa El dan Zain pergi menunaikan Umrah, Zain mengambil keputusan balik ke kampungnya. Dan krisis pun bermula.

Ketika berada di kampung, hubungan El dan Zain mula goyah setelah sepupu Zain, Maisarah muncul dalam kehidupan mereka. Zain sememangnya menyenangi perangai Maisarah yang kelakar sehingga membuatkan El cemburu dan mengurung diri di dalam bilik.

Jangan ketinggalan menyaksikan Setia Hujung Nyawa Raya pada malam pertama Raya, pukul 9.15 malam hanya di TV3.

Setia Hujung Nyawa Raya - Tunggak utama, Amar Ashraf dan Nelydia Senrose Setia Hujung Nyawa Raya - Zain menjaga El yang sedang sarat mengandung Setia Hujung Nyawa Raya- Anzalna memegang watak sebagai Maisara dan Shah Iskandar memegang watak sebagai Syawal Setia Hujung Nyawa Raya- watak Maisara (Anzalna) dan Syawal (Shah Iskandar) memeriahkan lagi telemovie Setia Hujung Nyawa Raya Setia Hujung Nyawa Raya - Zain berusaha menceriakan El dengan membuat buku skrap pelakon Korea, Lee Min Ho Setia Hujung Nyawa Raya - Zain rajin membantu El

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...