RotiKaya

RotiKaya


Filem KL Gangster 2 Bocor Ke Internet – Salah Satu Strategi Pemasaran?

Posted: 28 Aug 2013 10:06 AM PDT

Terkejut kami malam tadi apabila seorang peminat dunia hiburan kongsikan satu pautan yang menawarkan muat turun penuh filem terbaru arahan Syamsul Yusof, KL Gangster 2.

Awalnya kami sangka yang ini satu pautan (link) spam tetapi apabila kami muat turun sendiri, nyata fail yang di’tawarkan mengandungi filem penuh KL Gangster 2 yang memang di’tunggu ramai.

Syamsul Yusof cuba kami hubungi ketika berita ini sampai tetapi telefon bimbit beliau tidak berjawab — mungkin sudah tidur.

Kami paparkan beberapa screenshot dari fail yang di’dakwa sebagai filem penuh KL Gangster 2 ini untuk tatapan anda. Kalau minta pautan terus, memang tidak dapat kami berikan, maaf.

UPDATE-1: Syamsul Yusof menerusi akaun Facebook beliau meluahkan rasa kesal dengan penyebaran filem terbaru beliau ini dan akan mengambil tindakan sekeras kerasanya terhadap mereka yang bertanggungjawab.

KL Gangster 2 yang menampilkan pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra & Rosyam Nor di’jadualkan bakal menemui penonton pada 3 Oktober ini.

#01 Filem KL Gangster 2 Bocor Ke Internet, Satu Strategi Pemasaran? - ROTIKAYA

#28 Filem KL Gangster 2 Bocor Ke Internet, Satu Strategi Pemasaran? - ROTIKAYA #27 Filem KL Gangster 2 Bocor Ke Internet, Satu Strategi Pemasaran? - ROTIKAYA #26 Filem KL Gangster 2 Bocor Ke Internet, Satu Strategi Pemasaran? - ROTIKAYA #25 Filem KL Gangster 2 Bocor Ke Internet, Satu Strategi Pemasaran? - ROTIKAYA #24 Filem KL Gangster 2 Bocor Ke Internet, Satu Strategi Pemasaran? - ROTIKAYA #23 Filem KL Gangster 2 Bocor Ke Internet, Satu Strategi Pemasaran? - ROTIKAYA #22 Filem KL Gangster 2 Bocor Ke Internet, Satu Strategi Pemasaran? - ROTIKAYA #21 Filem KL Gangster 2 Bocor Ke Internet, Satu Strategi Pemasaran? - ROTIKAYA #20 Filem KL Gangster 2 Bocor Ke Internet, Satu Strategi Pemasaran? - ROTIKAYA #19 Filem KL Gangster 2 Bocor Ke Internet, Satu Strategi Pemasaran? - ROTIKAYA #18 Filem KL Gangster 2 Bocor Ke Internet, Satu Strategi Pemasaran? - ROTIKAYA #17 Filem KL Gangster 2 Bocor Ke Internet, Satu Strategi Pemasaran? - ROTIKAYA #16 Filem KL Gangster 2 Bocor Ke Internet, Satu Strategi Pemasaran? - ROTIKAYA #15 Filem KL Gangster 2 Bocor Ke Internet, Satu Strategi Pemasaran? - ROTIKAYA #14 Filem KL Gangster 2 Bocor Ke Internet, Satu Strategi Pemasaran? - ROTIKAYA #13 Filem KL Gangster 2 Bocor Ke Internet, Satu Strategi Pemasaran? - ROTIKAYA

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.344)

Posted: 28 Aug 2013 09:49 AM PDT

VIDEO HARI INI: Teaser sikit untuk single terbaru kumpulan K-Pop KARA, Damaged Lady

Disebabkan isu sentimen perbalahan kaum 13 Mei 1969 yang ditunjukkan di dalam filem ‘Tanda Putera’ Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengarahkan agar filem tersebut yang dijangka mula ditayangkan mulai esok supaya tidak menayangkan di seluruh negeri Pulau Pinang. – Astro Awani

Baru sahaja Metallica datang ke Malaysia kini kumpulan Metal dari Amerika Syarikat, Lamb Of God pula di bawa masuk. Namun ada beberapa NGO yang membantah kemasukkan mereka yang dijangka membuat persembahan pada 28 September ini kerana sentimen keagamaan. – Utusan Malaysia

Pasangan Hollywood yang sudah bersama hampir 4 tahun, Khloe Kardashian dan Lamar Odom sebelum ini dikatakan bakal bercerai disebabkan Lamar mempunyai masalah dadah namun begitu sumber tersebut nyata meleset selepas sumber memberitahu Lamar balik ke rumah dan berbincang secara serius bersama Khloe yang ingin membantu selepas beberapa hari menghilangkan diri. – TMZ

Percintaan di antara Sarimah Ibrahim dan jejaka berbangsa Perancis selama dua tahun akhirnya menemui jalan buntu selepas dua faktor yang menyebabkan mereka berpisah iaitu Agama dan juga budaya. – Murai

Chef selebriti yang berdarah campuran Filipina-China, Chef Bruce Lim pernah bercita-cita untuk menjadi tentera laut sebelum membuat keputusan untuk bergelar tukang masak. – mStar Online

Gambar: Di Sekitar Majlis Tayangan Filem ‘Psiko Pencuri Hati’

Posted: 27 Aug 2013 11:32 PM PDT

Filem bergenre suspen, ‘Psiko Pencuri Hati‘ arahan Namron satu percubaan yang baik apabila mengandingkan nama pelakon berbakat seperti Bront Palare, Sharifah Amani dan juga Sein Ruffedge.

Mengisahkan tentang Sidi (Bront Palare) seorang penulis Novel yang mahu menyelidik seorang pembunuh upahan akhirnya bertemu dengan Wani lakonan Sharifah Amani di sebuah pulau. Perjalanan cerita yang agak menarik pasti menarik minat penonton di Malaysia untuk pergi menonton, tayangan filem ini bakal bermula pada 5 September, nantikan!

Sebelum itu kami selitkan momen-momen selebriti yang hadir ke majlis tayangan yang berlangsung di Cineleisure, e@Curve, Damansara semalam.

INA_9766 INA_9777 INA_9785 INA_9798 INA_9813 INA_9831 INA_9868 INA_9870 INA_9877 INA_9821

Sein Bakal Timang Cahaya Mata Yang Ke-3?

Posted: 27 Aug 2013 10:05 PM PDT

Bertemu pelakon Sein, di Majlis Pra Tonton Filem Psiko Pencuri Hati di Cathay Cineplex semalam telah memberitahu kepada pihak media bahawa dia sedang menantikan cahaya matanya yang ke-3. Menurutnya kini kandungan isterinya telah memasuki 4 ke 5 bulan.

"Alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan kehidupan yang saya lalui buat masa sekarang kerana bagi saya semuanya cukup sempurna dan sungguh bahagia. Terasa semuanya lengkap. Tambahan lagi isteri saya akan melahirkan anak yang ke-3 kami. Usia kandungannya pula telah memasuki 4 ke 5 bulan,"katanya.

Sementara itu, ketika ditemui dia yang diberi peranan sebagai Dr. Khai dalam filem terbaru arahan pelakon dan juga pengarah Namron telah sedikit sebanyak mengubah watak-wataknya sebelum ini.

"Saya sangat suka dengan watak ini kerana ia berbeza dari watak-watak yang pernah saya lakonkan sebelum ini dan bekerja dengan Namron amat menyeronokkan dan juga pelakon-pelakon lain yang hebat. Jadi saya berharap peminat-peminat di luar sana jangan lupa untuk saksikan filem ini pada 5 September ini,".

Para peminat-peminat filem tempatan jangan lupa untuk saksikan filem yang bercorak thriller ini kerana banyak aksi yang mencabar dan berlainan dalam filem ini yang perlu anda tonton sendiri. Ayuh jangan lupa untuk singgah ke pawagam-pawagam seluruh tanah air untuk menyaksikan filem terbaru berjudul Psiko Pencuri Hati bermula 5 September ini.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...