RotiKaya

RotiKaya


Man Bai Bakal Rakam Single Terbaru Selepas ‘Kau Ilhamku’

Posted: 26 Aug 2013 05:03 PM PDT

‘Kau Ilhamku’ Lagu berhantu bagi mereka yang melalui era 80-an dan sehingga kini masih lagi menjadi pilihan di karaoke dan siulan anak muda di sini yang menandakan lagu tersebut tidak lapuk ditelan dek zaman.

Selepas senyap hampir 20 tahun Man Bai yang membuat kemunculan istimewa baru-baru ini sempat berkongsi cerita bakal merakamkan single terbaru bersama bekas kumpulannya, Gersang.

Bagi peminat di luar sana pasti menginginkan percubaan mereka menjadi.

Menurut Man Bai, konsepnya sudah ada yang mana masih mengetengahkan konsep 80-an namun diberi nafas segar untuk lagu yang masih lagi dalam proses perbincangan lanjut bersama anggota lain iaitu Acis, Man Greng, Jojet dan Kid.

Jika tiada aral melintang, tahun depan peminat setia boleh mendengar single mereka yang dijangka siap.

Sebelum itu, untuk kekalkan mood rajin anda di tempat kerja, kami selitkan lagu ‘Berhantu’ ini untuk ingat kembali momen manis anda bersama seseorang.

Selepas Filem KL Gangster 2, Syamsul Bakal Tamat Zaman Bujang

Posted: 26 Aug 2013 04:24 PM PDT

Pelakon dan juga pengarah yang kacak bergaya, Syamsul Yusof berkongsi berita gembira apabila memberitahu bakal menamatkan zaman bujang selepas penanyangan filem paling ditunggu dan diyakini kualitinya, KL Gangster 2 pada 3 Oktober depan. Tahun depan ke?

Namun begitu menurutnya yang kini digosipkan sedang bercinta denga puteri Sarah tidak mahu menghebohkan lagi identiti sebenar bakal isterinya sehinggalah sampai waktu yang sesuai.

Tambah Syamsul lagi, keluarganya selaku penerbit filem yang menelan belanja sebanyak 4.5 juta itu tidak pernah mendesak dan ada juga bertanya bila mahu menamatkan zaman bujang namun begitu disebabkan kesibukan yang terlampau melambatkan proses tersebut.

Iyelah, filem yang ditunggu ini rupanya sudah dua tahun tertangguh dek kesibukan Syamsul di dalam melakukan pekerjaan lain seperti berlakon dan mahu kualiti terbaik untuk buah tangan terbarunya ini.

Antara filem yang pernah diarahkan oleh anak muda yang berbakat besar ini jumlahnya 7 buah, KL Drift, Aku Bukan Tomboy dan Bohsia:Jangan Pilih Jalan Hitam.

p/s: Yakin dengan kredibiliti anak muda dalam bidang pengarahan.

Zalif Belum Temui Cinta Baru, Sibuk Dalami Bidang Pengarahan

Posted: 26 Aug 2013 03:51 PM PDT

Namanya sebelum ini biasa-biasa namun selepas kontroversi kisah percintaan yang putus di tengah jalan bersama Fida Ibrahim, Zalif Sidek tampak lebih fokus dan terkini dia diberi peluang oleh Mejar David Teo selaku CEO Metrowealth International Group (MIG) untuk mendalami bidang pengarahan.

Menurut Zalif, sasaran untuk berkahwin pada umur 35 tahun bukanlah satu kerisauan kepadanya asalkan wanita tersebut memahami dirinya dan pernah disarankan oleh keluarga untuk mencari pasangan yang berlainan bidang.

Ciri-ciri wanita pilihan pula saya tidak terlalu kisah, asalkan dia seorang yang memahami saya. Bagaimanapun keluarga pernah meminta saya untuk mencari isteri yang bukan berasal dari bidang ini.”

Peluang untuk bekerja di belakang tabir amat bagus untuk Zalif yang ternyata bidang lakonan bukanlah fokus utamanya menceburi industri hiburan.

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.342)

Posted: 26 Aug 2013 08:03 AM PDT

VIDEO HARI INI: Walaupun demam gusti di Malaysia sudah lama hilang, namun aksi berani mereka walau kita tahu banyak yang palsu masih menakutkan kita kadang kadang, Heh.

Dah namapun Taylor Swift, dia nampaknya tidak malu untuk menunjukkan reaksi membenci bekas kekasihnya yang juga salah seorang anggota kumpulan One Direction, Harry Style yang dikenali dengan sikap ‘playboy’ di hadapan ramai apabila mengeluarkan kata kesat ketika kumpulan tersebut naik ke pentas bagi sesi penyampaian hadiah di Anugerah VMA’S – Us Weekly

Kalau kita imbas kembali di awal kemunculannya, Zehra Zamri ketika berusia 18 tahun pasti ramai yang mengagak dia mengikut trend kerana ketika itu genre irama Malaysia amat popular yang ketika itu dimonopoli hampir keseluruhan oleh dua penyanyi hebat, Noraniza Idris dan juga Dato’ Siti Nurhaliza. Dah Tahun 2013, dia masih lagi kekal dengan genre tersebut, dan bakal keluar dengan Single terbaru berjudul Semalakama. Masih single. - Utusan Malaysia

Filem yang sepatutnya mendapat tempat di hati para penonton di Malaysia yang kekurangan jati diri & juga pengetahuan am mengenai tragedi 13 Mei. Barisan pelakon filem arahan Shuhaimi Baba, Rushdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan juga Linda Hashim berkongsi pengalaman mereka di dalam melakonkan watak besar di dalam sejarah Malaysia di dalam filem ‘Tanda Putera’ – Kosmo

Aih k-pop, apa sahaja yang dilakukan pasti untuk peminat. Apa yang lebih mengujakan, salah seorang penyanyi kumpulan wanita paling popular kami agak, Girl Generation yang comel dan kepandaian nyanyiannya yang agak baik berbanding yang lain, Taeyeon menunjukkan teaser gambar yang dikatakan untuk single terbaru mereka berjudul ‘Galaxy Supernova’. – Allkpop

Kos membaik-pulih pusara Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isterinya Puan Seri Saloma yang beharga RM 25,000 haram di sisi Islam. antara kata-kata Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata ‘Islam mengharamkan sesebuah pusara itu dihias secara berlebih-lebihan apatah lagi pengubahsuaian itu dilakukan di atas sebuah tanah wakaf’. – mStar Online

JoHara Diancam Bunuh Lepas Gelar Pemain Sarawak ‘Cap Ayam’

Posted: 25 Aug 2013 07:45 PM PDT

Selain isu politik yang amat sensitif di kalangan rakyat Malaysia, isu bola sepak juga tidak kurang hebatnya di sini apabila insiden Liga Perdana Sarawak digelak “Cap Ayam” oleh penyampai radio Era FM.

Dan yang terbaru, Johan, Ray dan juga Haniff diarah untuk memohon maaf dalam rancangan mereka JohaRa Pagi Era minggu depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio Sdn Bhd (Astro Radio) Dr Jake Abdullah berkata beliau sudah memanggil deejay berkenaan semalam dan memberi amaran kepada mereka agar tidak lagi mengeluarkan komen negatif berkaitan mana-mana pasukan bola sepak di negara ini.

“Minggu depan, anda akan mendengar permohonan maaf berhubung perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas perasmian majlis peluasan Era FM, hitz FM dan MY fm ke Bandar Miri hari ini.

Beliau mengaku benar-benar kecewa selepas mengetahui insiden itu, yang menimbulkan kemarahan peminat Sarawak sehingga terdapat ancaman bunuh terhadap Johara.

“Orang yang tidak ghairah dengan bola sepak tidak akan faham,” katanya sambil menambah Era FM sentiasa menyokong Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sejak 2010.

Kenyataan negatif itu dikeluarkan apabila Sarawak kalah 1-2 kepada Perak pada perlawanan Piala Malaysia baru-baru ini, dan deejay berkenaan didakwa memberi komen Sarawak menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang mana semua pasukannya adalah ‘cap ayam’ atau tidak berkualiti.

Deejay berkenaan juga didakwa menyifatkan Sarawak sebagai pasukan yang tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya boleh bermain di peringkat Liga Perdana.

Komen itu menimbulkan kemarahan peminat tempatan serta ahli politik di sini dan kebanyakan mereka melahirkan kekecewaan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter serta menggesa program Astro itu diboikot selain timbul ancaman bunuh terhadap Johan dan Ray, jika mereka berkunjung ke Sarawak.

Vince AF1 Bakal Kahwin Pramugari Mac Depan

Posted: 25 Aug 2013 06:57 PM PDT

Penyanyi popular yang mula dikenali selepas menjuari rancangan realiti Akademi Musim pertama, Vince bakal menamatkan zamat bujang bersama gadis pilihan, Fiona Edward, 32 yang juga bekerja di syarikat penerbangan Malaysia Airline System (MAS).

Memilih untuk melangsungkan upacara perkahwinan di Janda Baik adalah kerana bersesuaian dengan jiwa Vince yang gemarkan kedamaian dan konsep perkahwinan itu nanti adalah bertemakan dalam taman.

“Saya akan melangsungkan perkahwinan pada Mac tahun depan, namun tarikh sebenar nanti saya beritahu kemudian kerana masih dalam perbincangan.

“Setakat ini kami merancang untuk mengadakan majlis secara sederhana bersama keluarga terdekat dan rakan-rakan dalam suasana taman dan alam semula jadi,” katanya.

Menurut Vince lagi, keakraban tunangnya itu dengan keluarganya membuatkan dia memilih Fiona sebagai bakal isteri tambahan pula perangainya yang mudah bertolak ansur dan memahami dirinya yang agak panas baran.

Pasangan ini telah pun bertunang pada 30 September lalu di Bali, Indonesia.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...