RotiKaya |
- Reebonz Malaysia : Diskaun 56% Untuk 56 Beg Mewah Sempena 56 Tahun Merdeka
- Rita Rudaini Nafi Berbohong, Bidas Kenyataan Aidil
- Syanie Kini Tunangan Orang, Bakal Nikah 1 Mac 2014
Reebonz Malaysia : Diskaun 56% Untuk 56 Beg Mewah Sempena 56 Tahun Merdeka Posted: 25 Aug 2013 05:50 PM PDT Nice eh? Bukan selalu kita dapat tawaran barangan berjenama mewah pada potongan melebih separuh harga. Reebonz Malaysia kini menawarkan untuk anda khas bersempena sambutan hari kemerdekaan Malaysia ke 56. Sepanjang minggu terakhir bulan Ogos ini, Reebonz Malaysia ingin meraikan 56 tahun kemerdekaan negara kita bersama anda semua dengan memberikan 56% potongan kepada harga 56 barangan terpilih. Jualan Merdeka Sale ini akan bermula secara atas talian (online) pada 25 sehingga 31 Ogos 2013 manakala di ruang pameran Reebonz SPACE, Bangsar pada 26 sehingga 30 Ogos 2013. Kepada yang belum tahu, Reebonz SPACE merupakan ruang jualan fizikal yang di’buka pada 29 Mac yang lalu & bertempat di lokasi strategik Level 3A, Menara BRDB, Bangsar. Antara jenama & terkenal yang pasti boleh anda beli melalui jualan khas ini adalah Prada, Coach, Burberry dan Kate Spade. Reebonz adalah jenama atas talian paling dipercayai untuk membeli dan menjual produk mewah pelbagai jenama terkenal dari seluruh dunia. Barisan jenama mewah yang pernah ditawarkan Reebonz sehingga kini adalah Balenciaga, Prada, Coach Longchamp, Marc Jacobs, Mulberry, Reed krakoff, Givenchy, Tom Ford, Bally, Dior, Bottega Veneta, Paul Smith, Tod's, Vera Wang, Breitling, Burberry dan banyak lagi. Ahli Reebonz boleh membeli belah secara online atau menerusi aplikasi telefon bimbit mereka untuk barangan mewah dan rekaan pereka terkenal untuk wanita & juga lelaki. Lebih menarik, apabila anda membeli belah di Reebonz yang dijamin 100% ketulenan produk mereka, anda mempunyai pilihan untuk membayar secara 0% ansuran sehingga 24 bulan dengan 8 buah bank (AmBank, Citibank, OCBC, HSBC, Public Bank, RHB, MFB, Alliance). Dan, anda tidak perlu membayar lebih untuk kos penghantaran kerana ianya percuma (free shipping) dan barangan idaman anda akan dihantar dalam signature Black & Gold packaging. Jangan tunggu lagi! Merdeka Sale ini hanya berlangsung seminggu sahaja. Daftarkan diri anda sekarang di Reebonz & boleh terus nikmati diskaun 56% ke atas 56 barangan terpilih sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 56 ini. |
Rita Rudaini Nafi Berbohong, Bidas Kenyataan Aidil Posted: 25 Aug 2013 05:17 AM PDT Masih tetap mahu mempertahankan hak, sekali lagi aktres Rita Rudaini menjawab dakwaan yang telah ditempiaskan oleh bekas suaminya yang juga pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Aidil Zafuan minggu lalu. Pada kenyataan tersebut Aidil mendakwa Rita berbohong dan suka memburukkan dirinya. Dan pada laporan b*pop minggu ini, Rita tampil dengan kenyataan yang marah berbaur kecewa. “Saya berbohong? Hanya Allah SWT sahaja yang tahu siapa sebenarnya yang berbohong! Kalau Aidil seorang lelaki dan bapa yang bertanggungjawab kenapa sebelum ke Jepun tidak menyelesaikan kelengkapan Raya anak-anak? Kenapa ketika di Jepun baru nak SMS saya?” “Saya tidak nafikan Aidil ada memberi nafkah tapi pada tahun ini sahaja baru setiap bulan bagi duit! Tahun lepas mana, sejak Januari? Mana bukti dan tolong tunjuk! Dia mempertikaikan tidak cukup? saya nak beritahu, dia mana tahu perbelanjaan anak kerana sejak dahulu, saya yang banyak keluar duit untuk anak dan dirinya. Mana dia ambil tahu berapa banyak saya keluar duit untuk sara dia dan anak-anak!” Menurut Rita lagi, nafkah yang diberikan hanya RM500 dan jumlah tersebut tidak cukup untuk menampung kos perbelanjaan anak-anak yang mahal sekarang “Hidupnya hanya bola dan makan. Mana dia ambil tahu pasal keperluan rumah dan anak-anak. Tapi saya jenis tak ambil kisah asalkan keluarga bahagia dan tidak bergaduh. Jangan nak nafikan hakikat itu, dia ini spesis manusia yang tidak kenang budi ketika tidak berduit dulu. Bila sudah senang lupa diri!” |
Syanie Kini Tunangan Orang, Bakal Nikah 1 Mac 2014 Posted: 25 Aug 2013 05:17 AM PDT Memilih tiga syawal sebagai tarikh keramat, pelakon, Syanie kini menjadi tunangan kepada rakan lama yang telah dikenali 7 tahun lalu, Nadi Putera. Kegagalan rumah tangga pertama 11 tahun lalu akhirnya membuka pintu hati Syanie untuk menerima Nadi yang mulai rapat selepas dipertemukan kembali pada Disember tahun lalu dan mula bercinta pada awal tahun ini. Menurut Syanie lagi, mereka berdua merancang untuk mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2014. “Insya-Allah jika jodoh kami kuat, majlis perkahwinan akan berlangsung pada 1 Mac depan. Saya sendiri mendoakan yang terbaik untuk hubungan kami. Keputusan untuk mendirikan rumah tangga ini juga bukan untuk diri sendiri tetapi keluarga tersayang.” Tidak berfikir akan melalui fasa perkahwinan lagi, Syanie memberitahu keserasian yang ada pada mereka berdua telah membawa kepada pertunangan ini. Tambahnya lagi, Nadi menerima dirinya dan juga saiz badan seadanya dan masing-masing turut gemar menikmati makanan. Terdahulu, bakal suaminya itu memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama. |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.