RotiKaya |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.341) Posted: 22 Aug 2013 11:44 AM PDT VIDEO HARI INI: Iklan Merdeka Petronas kali ini penuh mesej penuh bermakna untuk menyambut kemerdekaan negara kita yang ke-56. Seramai lebih dari 30,000 penonton hadir pada konsert kumpulan Trash Metal Veteran, Metallica yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil semalam. Harapan untuk mereka kembali lagi ke Malaysia sangatlah tinggi! – Utusan Malaysia Lebih 7 tahun dia mendaftarkan nama di dalam Tabung Haji Siti Saida berasa syukur apabila sejurus sahaja dia berhijrah namanya telah dipilih. - mStar Salah seorang aktor “Prison Break”, Wentworth Miller baru mengesahkan dia sebenarnya seorang gay. Say What? TMZ Excited. Gambar Rain yang sempat dirakam yang ketika itu bakal berlepas ke Thailand untuk menjayakan konsert pertamanya selepas meninggalkan askar. – allkpop Pelbagai gaya dan rupa tapi yang pasti, pelakon Jennifer Love Hewit kelihatan rock dengan potongan rambut terbarunya. Us Weekly |
Aliff Aziz Fokus Kerjaya, Tak Mahu Perkara Lepas Berulang Posted: 21 Aug 2013 06:29 PM PDT Penyanyi dan Pelakon Aliff Aziz telah memberitahu bahawa sudah tiba masanya untuk memfokuskan dirinya dalam kerjaya seni yang kini mencurah-curah rezekinya lebih-lebih lagi dalam dunia lakonan. “Alhamdulillah saya bersyukur sekali dengan rezeki yang dikurniakan Allah S.W.T dalam diari kerjaya seni saya apabila tawaran berlakon dan menyanyi datang dalam keadaan serentak dan ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk bekerja,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka anjuran RIM bertempat di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur. Jelasnya lagi pengalaman lepas mengajarnya menjadi lebih matang dalam soal percintaan. “Sebelum ini banyak orang bercerita mengenai kisah percintaan saya yang ‘separuh jalan’ itu dan saya tak nafikan bahawa saya ‘frust’ juga tetapi tidaklah sampai seteruk yang mungkin kerana apabila difikirkan semula banyak lagi tanggungjawab yang perlu saya pikul dan saya cukup bersyukur sekali kerana keluarga dan sahabat banyak membantu dan menyokong saya supaya terus bersemangat dalam menghadapi dugaan”. Aliff Aziz juga turut berkongsi menceritakan mengenai persiapan albumnya yang ke-4, yang akan muncul pada sekitar tahun hadapan. “Kini saya dalam proses untuk mengumpul material yang ada, dan InsyaAllah single akan keluar tidak lama lagi dan album penuh akan dilancarkan pada tahun hadapan”, katanya. Dia juga turut memuatkan lagu-lagu cover yang dinyanyikannya di dalam laman sosial YouTube sebagai medium untuk berinteraksi dan berkongsi lagu-lagu yang dinyanyikannya bersama peminat. “Peminat-peminat semua boleh ke laman YouTube untuk menyaksikan saya menyanyi lagu-lagu cover dan apa sahaja di sana. Saya juga akan membuat satu channel khas di situ untuk peminat-peminat saya.” ![]() ![]() ![]() ![]() |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.