RotiKaya |
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.340)
- Uqasha, Pekin Ibrahim Mahu Tunang & Nikah Pada Hari Yang Sama
- “Aiman Lelaki Kedua Selepas Ayah Saya!” – Fathia Latiff
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.340) Posted: 21 Aug 2013 06:32 AM PDT VIDEO HARI INI: baru pertama kali mendengar kumpulan yang digelar Pentatonix menyanyi. Dianggotai oleh 5 orang yang masing-masing punyai kehebatan tersendiri. Dengarkan mereka cover lagu “Cant Hold Us” nyanyian asal oleh rapper Amerika Macklemore. Salah seorang ahli kumpular Super Junior, Kangin berkongsi rahsia hanya memakan 1 buah strawberi jika berasa lapar & tidak meminum banyak air untuk mendapatkan badannya yang sekarang. Tempoh diet yang dilakukan selama 27 hari telah membuatkan dia turun sebanyak 15 kg. - Allkpop Satu yang mengujakan untuk rancangan realiti Televisyen popular, Akademi Fantasia 2013 apabila mengambil nama-nama besar sebagai tenaga pengajar. Antaranya ialah Dato’ Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan juga Melly Goeslow. – Utusan Malaysia Dah namapun anak berada sudah pastilah sambutan hari jadi pun tidak kurang hebatnya. Anak kepada pasangan terkenal Kris Jenner & Bruce Jenner iaitu Kylie Jenner yang baru sahaja menyambut hari ulangtahun yang ke-16 baru baru ini menerima hadiah yang jika diconvert boleh mencecah hampir RM 500,000. Umph! – TMZ Filem yang terpaksa ditangguhkan lebih kurang setahun disebabkan kontroversi politik kini bakal ditayangkan. Pengarah filem tersebut, Shuhaimi Baba turut meminta agar jangan ada media yang cuba membuat provokasi untuk filem ini dan mengaitkan isu politik. – mStar Rasanya ramai yang tidak tahu, pelakon yang popular menerusi filem komedi “Just Go With It” Jennifer Anniston yang kini berusia 44 tahun rupanya takut menaiki kapal terbang. - MSN |
Uqasha, Pekin Ibrahim Mahu Tunang & Nikah Pada Hari Yang Sama Posted: 20 Aug 2013 08:07 PM PDT Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose mengaku filem Paku Pontianak menjadi permulaan kisah percintaan mereka. Dari malu-malu kucing di set, mereka akhirnya rapat sehingga bakal mendirikan rumah tangga dalam masa setahun saja lagi. Jelas kedua pasangan ini ketika ditemui di majlis pra-tonton filem MIG, di Sunway Pyramid, filem yang menjalani penggambaran sekitar Februari lalu telah menerbitkan perasaan kasih sayang dalam diri mereka. Mereka sebenarnya sudah saling mengenali namun masing-masing tidak berpeluang bertegur sapa. “Saya dah lama kenal Uqasha. Tapi tak pernah bercakap. Kami sama-sama duduk Subang. Jadi memang selalu nampak dia. Lagi pun masa tu saya masih ada girlfriend,” Jelas Pekin. Bagi yang terlambat mengikuti kisah percintaan Pekin dan Uqasha, majlis merisik pasangan ini telahpun berlangsung Julai lalu. Ditanya kepada Pekin, pasangan ini lebih selesa jika mengadakan majlis bertunang pagi dan pada sebelah petang terus dijalankan majlis akad nikah. Bagi Pekin majlis merisik sudah dikira bertunang. Kerana keluarga masing-masing sudah saling mengenali. Malah Pekin sering bercuti bersama keluarga Uqasha. Bagi Uqasha, tempoh setahun yang telah dipersetujui sebelum berkahwin, akan digunakan untuk mengumpul duit bagi majlis kelak. Tidak lama dulu terbit gosip Uqasha dan Pekin berperang dan sudah putus hubungan. Namun kenyataan itu dinafikan oleh Pekin dan mengumumkan bahawa hubungan mereka baik-baik sahaja malah Pekin mengumumkan berita gembira, sudah menghantar rombongan merisik kepada keluarga Uqasha. Bagi Uqasha, ketegasan dan sifat peramah Pekin membuatkan hatinya terpikat. Uqasha menambah, Pekin sangat memahami dirinya. Mungkin berada di bidang sama membolehkan keserasian mudah diperolehi oleh pasangan ini. “Pekin ni jenis serius dan tegas. Kita kena pandai tackle dia. memang susah sebenarnya. Sha senang dengan sikap peramah and hormat orang tua yang ada pada Pekin.” Pekin pula mengharapkan perhubungan yang terjalin hampir 8 bulan ini berjaya. “Kalau ikutkan saya, esok saya boleh cakap nak kawin. Tapi banyak proses nak kawin. Bukan senang main petik je. Saya mengharapkan hubungan ni sukses.” “Sebenarnya saya tak pernah fikir pasal kawin. Saya lelaki yang paling tak ambil kisah pasal perkahwinan. Tapi entah magik apa dalam kepala saya, bila saya terpandangkan Sha dekat office masa tu, saya terus ajak dia kawin. Saya tanya dia terus terang. Bila jumpa dia, saya tau, dialah calon untuk saya.” “awak nak kawin dengan saya tak? Kalau awak nak, lepas habis shoot filem (Paku Pontianak) ni saya jumpa parents awak” ujar Pekin mengulang balik dialog semasa melamar Uqasha. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
“Aiman Lelaki Kedua Selepas Ayah Saya!” – Fathia Latiff Posted: 20 Aug 2013 07:12 PM PDT kenyataan yang menampakkan betapa pentingnya Aiman Ridza Hakim atau lebih mesra disapa Hakim terhadap aktres semakin meningkat naik, Fathia Latiff. Mula dilihat intim ketika trip kerja ke Paris, Fathia Latiff yang ditemubual wartawan Kosmo! memberitahu mereka berdua masih lagi di dalam fasa perkenalan namun begitu di satu akhbar mingguan Fathia sudah mengaku bercinta. Biasalah. Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Fathia memberitahu sikap yang ada pada Aiman yang jujur membuat Fathia selesa berkawan dengannya & turut memberitahu dia amat selesa digandingkan bersama dengan Aiman di dalam mana-mana penggambaran. “Ya, kami memang rapat tapi belum ada sebarang perancangan. Aiman lelaki kedua selepas ayah saya!” simpul Fathia yang seperti memberi gambaran bahawa Aiman sebagai lelaki penting dalam hidupnya.” Bercakap mengenai drama terbaru lakonan mereka, Diandara kini sudah pun bersiaran di slot Lestary TV3 setiap hari Selasa bermula jam 9 malam. ![]() ![]() ![]() ![]() |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.