RotiKaya

RotiKaya


Percutian Awal Ashaari & Scha al-Yahya Ke Mount Buller, Australia

Posted: 20 Aug 2013 10:00 AM PDT

Selepas puas beraya di Malaysia, agaknya musim selebriti kita semua bercuti ke luar negara menghabiskan baki cuti yang mereka ada. Mungkin.

BACA: Aaron Aziz & Isteri Sambut Ulangtahun Perkahwinan Di Maldives

Kali ini, kita ada pasangan Awal Ashaari & Scha al-Yahya yang kini sedang berada di Mount Buller, Victoria, Australia menikmati cuti mereka.

Tiba di bumu Australia pada Isnin lalu, Awal Ashaari menerusi akaun Instagram beliau kongsikan beberapa gambar mereka berdua menikmati cuaca sejuk di lokasi tumpuan sukan salji popular itu.

Pasangan ini nampaknya tidak hanya pergi berdua apabila beberapa orang rakan rapat mereka termasuk adik Scha al-Yahya sendiri dapat di’lihat dalam beberapa gambar yang di’kongsi.

#01 Percutian Awal Ashaari & Scha al-Yahya Ke Mount Buller, Australia - ROTIKAYA #02 Percutian Awal Ashaari & Scha al-Yahya Ke Mount Buller, Australia - ROTIKAYA #03 Percutian Awal Ashaari & Scha al-Yahya Ke Mount Buller, Australia - ROTIKAYA #04 Percutian Awal Ashaari & Scha al-Yahya Ke Mount Buller, Australia - ROTIKAYA #05 Percutian Awal Ashaari & Scha al-Yahya Ke Mount Buller, Australia - ROTIKAYA #06 Percutian Awal Ashaari & Scha al-Yahya Ke Mount Buller, Australia - ROTIKAYA #07 Percutian Awal Ashaari & Scha al-Yahya Ke Mount Buller, Australia - ROTIKAYA #08 Percutian Awal Ashaari & Scha al-Yahya Ke Mount Buller, Australia - ROTIKAYA #09 Percutian Awal Ashaari & Scha al-Yahya Ke Mount Buller, Australia - ROTIKAYA #10 Percutian Awal Ashaari & Scha al-Yahya Ke Mount Buller, Australia - ROTIKAYA #11 Percutian Awal Ashaari & Scha al-Yahya Ke Mount Buller, Australia - ROTIKAYA #12 Percutian Awal Ashaari & Scha al-Yahya Ke Mount Buller, Australia - ROTIKAYA #13 Percutian Awal Ashaari & Scha al-Yahya Ke Mount Buller, Australia - ROTIKAYA #14 Percutian Awal Ashaari & Scha al-Yahya Ke Mount Buller, Australia - ROTIKAYA #15 Percutian Awal Ashaari & Scha al-Yahya Ke Mount Buller, Australia - ROTIKAYA #16 Percutian Awal Ashaari & Scha al-Yahya Ke Mount Buller, Australia - ROTIKAYA

Shah Rukh Khan, Madhuri Dixit Adakan Konsert Di Malaysia Oktober Ini

Posted: 20 Aug 2013 09:32 AM PDT

Bintang terkemuka Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan akan menghiburkan peminatnya di Kuala Lumpur menerusi konsert Temptation Reloaded di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Oktober ini.

Sebut sahaja nama Shah Rukh Khan, sudah tentu peminat-peminat Bollywood seluruh dunia akan mengenali beliau dengan lakonannya yang cukup berkesan walaupun nyanyiannya yang bersifat 'miming' sahaja.

Filem-filem seperti Kuch Kuch Ho Tai, Dil To Pagal Hai, Mohabbatein dan lain-lain lagi merupakan antara filem yang mendapat kutipan box-office bukan sahaja di India malah negara-negara Asia yang lain terutamanya, negara tercinta Malaysia.

Pihak penganjur Hitman Solutions Sdn Bhd dan 2SPICY Entertainment Sdn Bhd menjangka diva Madhuri Dixit dan rapper Honey Singh akan turut serta bersama kumpulan penari dan penghibur.

Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal berkata pelakon berusia 47 tahun itu akan mengetuai konsert selama tiga jam itu yang dipenuhi muzik, tarian dan gimik.

Beliau berkata tiket yang berharga antara RM99 hingga RM1,999 akan mula dijual minggu hadapan di The Gardens, Mid Valley. Anda juga boleh melayari www.vip.my untuk mendapatkan tiket dan maklumat lanjut mengenai konsert ini.

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.398)

Posted: 20 Aug 2013 09:04 AM PDT

VIDEO HARI INI: Video ini berusia hampir lima tahun lamanya tetapi masih comel untuk di’lihat. Cara cara bagaimana untuk berlawan jika perlu.

Bintang siri TV popular Setia Hujung Nyawa, Amar Asyraf memilih pulau percutian di selatan Thailand sebagai lokasi bulan madu kerana beliau dan isteri sama sama sukakan pantai. – Sinar Harian

Justin Timberlake dan rakan rakan beliau dalam *NSYNC di’laporkan akan kembali bersatu di atas pentas MTV Video Music Award (VMA) 2013 yang akan berlangsung hujung minggu ini. – Page Six

Nampaknya semacam ada harapan untuk pasangan Robert Pattinson dan Kristen Stewart yang telah putus cinta selepas mereka di’khabarkan ada bertemu dan ada mungkin kembali bersama. – US Magazine

Gambar yang di’kirimkan peminat ini menunjukkan kumpulan idol Korea paling senior, Shinhwa di’lihat sedang aktif merakamkan satu episod bersama rancangan variasi popular, Running Man. – Soompi

Kuasa media sosial, Pepsi dan Katy Perry bekerjasama membawakan hashtag #KatyNow yang bertujuan memberi peluang kepada peminat untuk memilih single terbaru mana wajar di’keluarkan pennyanyi itu. – AdWeek

Black Umum Bakal Nikah Pada 13 September 2013

Posted: 20 Aug 2013 12:40 AM PDT

Selepas pelbagai dugaan sepanjang pertunangan akhirnya juara Mentor musim ketiga, Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah bakal bernikah pada 13 September di Zebra Square, Kampung Pandan, KL.

Black bertunang dengan gadis pilihan yang dikenali lebih kurang dua bulan dan menganggap ianya sebagai jodoh dikenali sebagai Chira Khairi atau nama sebenarnya Naquira Yasira, 28, pada 26 Januari yang lalu .

Persandingan bakal diadakan di tempat yang sama pada 14 September bertemakan English Garden manakala persandingan yang ketiga bakal diadakan di rumah keluarga sebelah lelaki di Flat PPR, Kerinchi.

Jika sebelum ini dia memilih untuk tidak menghebohkan identiti sebenar bakal isterinya untuk menjaga hati ramai pihak kini Black lebih terbuka selepas mengumumkan tarikh pernikahannya siang tadi.

“Saya mengenali dia menerusi seorang kawan dan perjumpaan pertama kami adalah di Dataran Merdeka ketika itu saya ada buat persembahan di sama. Nak dijadikan cerita, dia adalah jodoh saya dan tidak sampai tiga bulan kami merancang untuk bertunang terus.”

Tambahnya lagi, dia tidak merasakan status tunangnya orang biasa itu satu masalah kerana dia merasakan Chira sendiri sudah dapat contoh terbaik apabila bapa saudaranya juga suami kepada selebriti terkenal, Datin Paduka Umie Aida iaitu Dato’ Paduka Khairuddin Abu Hassan.

Tunangnya itu turut difahamkan berasal dari Pulau Pinang dan pernah belajar di Melbourne, Australia.

Semoga segalanya berjalan dengan lancar sehingga ke tarikh pernikahan nanti!

#01 Black (Mentor) Umum Bakal Nikah 13 September 2013 - ROTIKAYA #09 Black (Mentor) Umum Bakal Nikah 13 September 2013 - ROTIKAYA #06 Black (Mentor) Umum Bakal Nikah 13 September 2013 - ROTIKAYA #05 Black (Mentor) Umum Bakal Nikah 13 September 2013 - ROTIKAYA #04 Black (Mentor) Umum Bakal Nikah 13 September 2013 - ROTIKAYA #03 Black (Mentor) Umum Bakal Nikah 13 September 2013 - ROTIKAYA #02 Black (Mentor) Umum Bakal Nikah 13 September 2013 - ROTIKAYA #12 Black (Mentor) Umum Bakal Nikah 13 September 2013 - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...