RotiKaya

RotiKaya


Aaron Aziz Dan Isteri Sambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-10 Di Maldives

Posted: 19 Aug 2013 05:53 PM PDT

Sedar tidak sedar, perkahwinan Aaron Aziz dan isterinya Diyana Halik kini sudah mencecah usia 10 tahun dan untuk meraikan ulangtahun penuh bermakna ini pastinya percutian indah menjadi pilihan mereka.

Aaron Aziz & isteri kini berada di kepulauan Maldives untuk menikmati percutian mereka dan menyambut ulangtahun perkahwinan ke-10.

Mereka di’fahamkan menginap di Conrad Maldives Hotel & percutian kali ini tidak di’sertai oleh anak anak namun melalui tulisan di Instagram, Aaron Aziz ada berjanji akan membawa mereka bersama di masa hadapan.

Aaron Aziz & Diyana Halik bernikah pada 3 Ogos 2003. Semoga keluarga yang di’bina & perkahwinan mereka ini kekal selamanya.

#12 Aaron Aziz & Isteri Sambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-10 Di Maldives - ROTIKAYA #11 Aaron Aziz & Isteri Sambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-10 Di Maldives - ROTIKAYA #10 Aaron Aziz & Isteri Sambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-10 Di Maldives - ROTIKAYA #09 Aaron Aziz & Isteri Sambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-10 Di Maldives - ROTIKAYA #08 Aaron Aziz & Isteri Sambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-10 Di Maldives - ROTIKAYA #07 Aaron Aziz & Isteri Sambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-10 Di Maldives - ROTIKAYA #06 Aaron Aziz & Isteri Sambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-10 Di Maldives - ROTIKAYA #05 Aaron Aziz & Isteri Sambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-10 Di Maldives - ROTIKAYA #04 Aaron Aziz & Isteri Sambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-10 Di Maldives - ROTIKAYA #03 Aaron Aziz & Isteri Sambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-10 Di Maldives - ROTIKAYA #02 Aaron Aziz & Isteri Sambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-10 Di Maldives - ROTIKAYA #01 Aaron Aziz & Isteri Sambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-10 Di Maldives - ROTIKAYA

Lisa Surihani Rasa Tidak Layak Digelar Pelawak

Posted: 19 Aug 2013 11:28 AM PDT

Meski berjaya menggondoli trofi Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) dengan menewaskan nama nama besar lain seperti Yana Samsudin pada malam Anugerah Lawak Warna yang berlangsung di Istana Budaya Jumaat lalu, Lisa Surihani tidak menganggap dirinya layak digelar pelawak.

Jelas Lisa dia hanya mengetahui namanya turut tercalon dalam kategori tersebut sehari sebelum anugerah itu berlangsung.

Ujar Lisa dia langsung tidak meletak sebarang harapan sejurus mengetahui namanya tercalon. Dia sendiri sedar dia hanya mampu melawak ketika bersama ahli keluarga dan teman rapat sahaja.

“Bayangkan Lisa sendiri baru tahu Lisa bertanding semalam. Ingatkan Lisa kena sampaikan anugerah buat pemenang sahaja. Sampaikan ucapan Lisa pun entah apa-apa je tadi”

“Lisa sememangnya hendak mengucapkan syukur dan terima kasih kepada Bernard Chauly kerana dia yang bertanggungjawab menonjolkan sisi lain dalam diri Lisa”

“Pada Lisa, kalau selepas ni ada yang menawarkan watak komedi, Lisa akan terima tapi nak menjadikan komedi sebagai Lisa punya keutamaan, belum mampu lagi agaknya,” ujar Lisa Surihani tersenyum penuh makna.

Pada malam Anugerah Lawak Warna, filem Istanbul Aku Datang arahan Bernard Chauly telah menggondol empat anugerah utama selain di’angkat sebagai penerima anugerah Filem Komedi Terbaik.

Filem yang dibintangi Lisa Surihani dan Beto Khusyairi itu berjaya memenangi kategori Filem Komedi Terbaik, Pengarah Filem Komedi Terbaik, Filem dan Lakon Layar Komedi Terbaik dan Pelakon Komedi Wanita Terbaik.

Pada perkembangan lain, Lisa Surihani bakal menjadi hos untuk sebuah program berbentuk hiburan berkerjasama dengan RTM bermula pada bulan hadapan.

ROTIKAYA_192 Lisa Surihani Rasa Tidak Layak Digelar Pelawak - ROTIKAYA ROTIKAYA_193 Lisa Surihani Rasa Tidak Layak Digelar Pelawak - ROTIKAYA ROTIKAYA_194 Lisa Surihani Rasa Tidak Layak Digelar Pelawak - ROTIKAYA ROTIKAYA_195 Lisa Surihani Rasa Tidak Layak Digelar Pelawak - ROTIKAYA ROTIKAYA_196 Lisa Surihani Rasa Tidak Layak Digelar Pelawak - ROTIKAYA ROTIKAYA_197 Lisa Surihani Rasa Tidak Layak Digelar Pelawak - ROTIKAYA ROTIKAYA_198 Lisa Surihani Rasa Tidak Layak Digelar Pelawak - ROTIKAYA ROTIKAYA_199 Lisa Surihani Rasa Tidak Layak Digelar Pelawak - ROTIKAYA

Rasa Terkilan, Ahmad Idham Cabar Wartawan Untuk Duduk Bersemuka

Posted: 19 Aug 2013 10:07 AM PDT

Hujung minggu lalu menerusi ruangan gossip, wartawan dengan nama samaran Kak Pora menulis akan satu kenyataan Ahmad Idham yang mahu badan berwajib melihat industri perfileman yang semakin tenat.

Menjawab tulisan Kak Pora, Ahmad Idham berkata tulisan wartawan itu lebih sebagai satu serangan balas peribadi dan menyalahkan pengarah itu selain menyifatkan ianya sebagai pendek akal.

“Saya cukup kesal dengan apa yang ditulis oleh wartawan terbabit. Isu seperti ini, bukanlah seperti kisah peribadi artis yang boleh diletakkan dalam ruangan gosip”

“Ini merupakan isu industri yang sepatutnya dibincangkan bersama secara terbuka. Bukannya baling batu sembunyi tangan,” jelas Ahmad Idham dalam satu kenyataan media hari ini.

“Bagi saya, tindakan yang dilakukan oleh wartawan tersebut, dilihat cukup 'pendek akal.' Apa yang ditulisnya, lebih bersifat peribadi”

“Dalam saya meluahkan kegusaran apabila melihat masalah serius yang berlaku dalam industri filem, dia (wartawan terbabit) dilihat lebih seronok menyalahkan saya, sepatutnya dia berusaha untuk bersama-sama membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi”

“Saya mencabar wartawan ini. Kalau dia berani, jom kita jumpa dan bersemuka. Kalau dia tidak sahut cabaran ni, saya tahulah yang dia tidak cukup pandai dan sampai bila-bila sekadar duduk dan bersembunyi di belakang ruangan gosip seperti Kak Pora”

Di tanya kewajaran cabaran ini, Idham menambah “Dengan tindakan itu juga, massa lebih percaya kredibiliti wartawan tersebut, begitu juga pengiat bidang perfileman kita”

“Saya tidak marah, tetapi dalam keadaan sekarang di mana para wartawan mempunyai tahap pendidikan dan intelek yang tinggi, masih ada wartawan seperti ini yang menjadi 'parasit' merosakkan industri,” jawab Ahmad Idham ditanya mengenai perasaannya.

Industri perfileman tempatan mengalami kemerosotan dari segi kutipan di pawagam dengan jumlah kutipan kasar tiket pada tahun 2012 sekadar RM97.29 juta (76 filem), berbanding RM126.49 juta (49 filem) pada tahun 2011.

Lima bulan pertama 2013, menyaksikan penyusutan lebih kritikal apabila kutipan kasar filem filem tempatan di pawagam seluruh Malaysia sekadar RM40.39 juta sahaja.

#01 Ahmad Idham Cabar Wartawan Untuk Bersemuka - ROTIKAYA

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.397)

Posted: 19 Aug 2013 09:14 AM PDT

VIDEO HARI INI: Filem terbaru lakonan Zizan Razak dan Siti Saleha yang diadaptasi dari novel FIXI, KL Zombi akan mula ditayangkan pada 29 Ogos 2013, ini trailer penuhnya. Enjoice!

Macam tidak boleh percaya tetapi ini yang berlaku — sebuah lagu yang di’dakwa sebagai duet antara mendiang Michael Jackson dan sensasi pop kini Justin Bieber muncul di internet. Hmm. – EW

Selepas lama menyepikan diri dari laman sosial semenjak melahirkan anak kedua, Jessica Simpson kembali berkongsi gambar anak perempuan sulungnya yang berusia setahun, Maxwell Drew. – Huff. Post

Ketika sidang media filem This Is Us, Liam Payne mendedahkan yang Zayn Malik hampir di’buang dari terus menjadi anggota One Direction kerana selalu lambat hadir ke sesi latihan. – Mirror

Semalam merupakan hari yang istimewa buat salah satu nama besar dalam industri hiburan Korea di’mana BIG BANG menyambut ulangtahun ke-7 sejak penubuhan mereka. – allkpop

Diana Amir mengakui selesa jarang bertemu dengan tunangnya iaitu seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah iaitu Mohd Habibbullah A Rahman agar tidak berlaku fitnah. – mStar Online

Perang Status Di Twitter — Zaquan Adha Bidas Kenyataan Rita Rudaini

Posted: 18 Aug 2013 10:11 PM PDT

Sebelum ini Rita Rudaini ada keluarkan kenyataan di media akan keputusan Aidil Zafuan menceraikannya melalui SMS pada Ramadan lalu seperti tidak menghormati agama dan disebabkan itu juga dia dan juga keluarganya telah digelar cetek agama.

Kenyataan yang dikeluarkan itu membuatkan kembar Aidil, Zaquan Adha yang juga merupakan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) tidak berdiam diri dan menulis status di laman Twitter yang seakan ditujukan kepada Rita Rudaini.

Zaquan Adha turut mengajak Rita untuk bersemuka kerana di dalam kenyataan Rita sebelum ini, dia telah mengaitkan keluarganya yang turut dituduh cetek agama.

Tambah Zaquan yang juga merupakan suami kepada aktres terkenal, Ayu Raudhah meminta Rita supaya berhenti menagih simpati dan jangan cuba mengheret nama keluarganya pula ke dalam masalah rumah tangga mereka berdua yang tidak berkesudahan itu.

Rita Rudaini dalam masa yang sama menulis melalui akaun Twitter beliau membalas kembali kenyataan Zaquan Adha mendakwa pemain bola sepak itu sengaja mencari publisiti murahan & enggan melayan.

#04 Perang Status Di Twitter -- Zaquan Adha Bidas Kenyataan Rita Rudaini - ROTIKAYA #03 Perang Status Di Twitter -- Zaquan Adha Bidas Kenyataan Rita Rudaini - ROTIKAYA #02 Perang Status Di Twitter -- Zaquan Adha Bidas Kenyataan Rita Rudaini - ROTIKAYA #01 Perang Status Di Twitter -- Zaquan Adha Bidas Kenyataan Rita Rudaini - ROTIKAYA

Datuk Yusof Haslam Pengsan & Dikejarkan Ke Hospital

Posted: 18 Aug 2013 08:57 PM PDT

Penerbit dan pengarah filem, Datuk Yusof Haslam dikejarkan ke Hospital Tawakal di sini setelah rebah di rumahnya kira-kira pukul 9 pagi ini.

Menurut anaknya yang juga seorang pengarah & pelakon, Syamsul Yusof, keadaan ayahnya masih belum diketahui kerana pihak hospital perlukan sedikit masa bagi mengenal pasti masalah kesihatan pengarah tersebut.

Laporan terbaru mStar Online menyebut yang Yusof Haslam akan menjalani pembedahan petang ini selepas doktor mengesahkan beliau menghidap penyakit batu karang dan perlu menjalani pembedahan segera.

“Keadaan suami sekarang stabil selepas doktor memberikan ubat tahan sakit sebelum menjalani pembedahan yang dijadualkan pada petang ini”

“Doakan supaya dia selamat menjalani pembedahan itu dan kembali sihat,” kata isteri Datuk Yusof Haslam, Datin Patimah Ismail yang di’hubungi.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...