RotiKaya |
- Neelofa Bakal Ke Hollywood Tahun Hadapan
- Elak Jadi Bahan Ketawa, Maya Karin Tolak Cinta Sesama Artis
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Pergi Beraya Hari Ini (N.396)
- Hanya Bermesra, Zul Ariffin Nafi Sedang Bercinta Dengan Nasha Aziz
Neelofa Bakal Ke Hollywood Tahun Hadapan Posted: 15 Aug 2013 05:39 PM PDT Mesti ada peminat Neelofa yang teruja mendengar pelakon filem Lemak Kampung Santan ini bakal ke Hollywood. Neelofa bukannya pergi untuk membintangi mana mana filem terbitan dari sana. Neelofa berkata beliau akan menjalani kursus selama dua bulan bagi meningkatkan lagi kemahiran dunia seninya di Sekolah Filem dan Lakonan Akademi Filem New York, Los Angeles (NYFA), Amerika Syarikat. “Insya-Allah pada awal tahun depan saya akan ke Amerika bagi menjalani kursus lakonan di NYFA. Memang sudah lama saya mahu ke Hollywood dan belajar di NYFA hanyalah satu titik permulaan” “Memandangkan Liyana Jasmay pernah mengambil kursus di NYFA, saya ada juga tanya dia sedikit informasi terutamanya mengenai hal tempat tinggal,” ujarnya yang pernah berputus ada dalam lakonan. “Diakui saya pernah hampir putus asa kerana tidak dapat memberi fokus dengan pelajaran dan pada masa sama ketika itu saya sedang sibuk dengan penggambaran filem Pilot Cafe (arahan Osman Ali). “Bagaimanapun bila di fikir-fikirkan balik, ia hanya sementara. Lagipun sejak sekolah lagi, saya cemerlang dalam kesemua peperiksaan. Jadi takkan saya nak sia-siakan hasil usaha saya sebelum ini begitu sahaja” ![]() ![]() ![]() ![]() |
Elak Jadi Bahan Ketawa, Maya Karin Tolak Cinta Sesama Artis Posted: 15 Aug 2013 05:16 PM PDT Pelakon yang popular menerusi filem box-office Ombak Rindu, Maya Karin menegaskan bahawa dia tidak mahu bercinta sesama rakan artis ketika bertemunya semasa majlis sidang media Dialog Inspirasi Kepada Wanita, L’orĂ©al semalam. Jelasnya dia lebih selesa untuk berkasih atau bercinta dengan seseorang lelaki yang luar dari bidang hiburan ini. “Saya lebih berminat atau seboleh-bolehnya mengelak untuk bercinta sesama artis kerana industri kita kecil dan apabila kita putus ianya akan menjadi satu bahan ketawa orang dan saya juga terfikir apabila terserempak di mana-mana acara anugerah dan juga apabila digandingkan untuk photoshoot dan juga dalam lakonan, kalau boleh saya memang tidak mahu untuk bercinta sesama artis dalam industri ini,” ujarnya bersungguh. Maya juga turut diasak dengan soalan seperti adakah dia sudah jelak dengan pertanyaan orang ramai apabila asyik bertanyakan bilakah dia akan menamatkan zaman bujangnya, dan dengan pantas dia memberitahu bahawa dia seperti biasa menjelaskan bahawa dia lebih selesa menjalankan kehidupan solonya dan baginya ini membuatkan dia lebih berhati-hati untuk berumah tangga pada masa depan. “Tidak saya tidak pernah berasa bosan apabila soalan ini dikemukakan kerana sememangnya jelas orang akan bertanyakan soalan ini, dan pada hari ini sekali lagi saya ingin mengatakan bahawa setiap orang mempunyai persepsi atau tanggapan berbeza apabila menyentuh soal perkahwinan, ada yang mengatakan bahawa sekiranya seseorang itu mempunyai anak maka lengkaplah kehidupan wanita itu, tetapi tidak bagi saya kerana sekiranya seseorang itu tidak bahagia, tidak ada gunanya juga, dan buat masa sekarang saya memilih untuk menjalani kehidupan solo, kerana banyak yang perlu saya bermuhasabah, berfalsafah dan tidak perlu untuk saya berfikir secara terburu-buru walaupun umur saya sudah memasuki 33 tahun,” ujarnya panjang lebar. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Pergi Beraya Hari Ini (N.396) Posted: 15 Aug 2013 09:21 AM PDT VIDEO HARI INI: Ini Janos Karancz dan beliau merupakan Raja Yo-yp dunia. Ini pula merupakan rutin yang di’bawakan beliau ketika 2013 World Yo-Yo Contest. Minda = meletup. Bintang Hollywood, Amanda Seyfried di’khabarkan kini dalam proses mengenal hati budi aktor Justin Long & ada cakap cakap juga mengatakan yang mereka sudah masuk fasa bercinta. – Just Jared Beliau sudah menyatakan dengan jelas sebelum ini tidak akan kembali membawakan watak superhero ikonik ini tetapi Christian Bale khabarnya di’tawar US$50 juta untuk kembali sebagai Batman. – EW Bercakap tentang kembali, semenjak jenama Star Wars menjadi milik Disney, ada khabar mengatakan siri televisyen untuk kisah sains fiksyen itu mungkin dalam pembikinan. Berbaloikah? – The Guardian Pengacara nombor satu Korea Selatan, Yoo Jae Suk telah menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 42 baru baru ini & seperti di’jangka peminat dari seluruh dunia tampil memberikan ucapan mereka. – Soompi Penerbit, pengarah & pelakon filem Lemak Kampung Santan, Hans Isaac menafikan yang beliau kecewa dengan kegagalan filem tersebut di panggung wayang tetapi ada sebab lain – GUA |
Hanya Bermesra, Zul Ariffin Nafi Sedang Bercinta Dengan Nasha Aziz Posted: 14 Aug 2013 06:42 PM PDT Baru baru ini ada timbul satu gossip mengatakan seorang pelakon lelaki muda yang sering berpacaran dengan wanita berusia & kini sudah punyai kekasih ada jalinkan hubungan cinta di lokasi. Walaupun gossip itu tidak menyertakan nama, peminat dunia hiburan mula berspekulasi yang pelakon lelaki tersebut adalah Zul Ariffin dan khabarnya telah jatuh cinta dengan Nasha Aziz ketika bekerja sama. Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Zul Ariffin tidak menafikan yang dirinya mesra dengan Nasha Aziz di lokasi penggambaran Kasih Bersulam Daun Palas tetapi tidak lebih dari sekadar mencari keserasian. “Tidak salah kalau saya hendak bermesra dengan Nasha bagi mencari keserasian, tetapi tidaklah sampai ke tahap yang lebih serius” “Penggambaran itu dibuat pada bulan puasa, jadi sudah tentu akan ada sedikit tekanan. Untuk menghilangkannya, saya wujudkan suasana ceria seperti mengusik Nasha serta pelakon dan kru produksi yang lain” “Jadi, saya tidak menolak kemungkinan bahawa semua gosip ini timbul akibat salah faham beberapa pihak terhadap kelakuan saya sepanjang seminggu penggambaran tersebut,” jelas Zul Ariffin yang turut berkata hubungan dengan kekasihnya Gayatri masih seperti biasa tetapi perkahwinan masih belum di’putuskan. |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.