RotiKaya |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Pergi Beraya Hari Ini (N.395) Posted: 13 Aug 2013 09:11 AM PDT VIDEO HARI INI: Untuk episod terbaru siri Youtube Clueless Gamer, Conan O’Brien mengimbau memori dengan bermain permainan video klasik di Atari 2600 — kami yang tua ini tidak pernah main. Heh. Selepas Harisson Ford sah menggantikan Bruce Willis, Expandables 3 menyaksikan dua orang lagi nama besar akan menyertai siri filem itu iaitu Antonio Banderas dan juga Mel Gibson. Fuyoo! – THR Menjana lebih US$10 juta sepanjang tahun lalu, perbelanjaan Britney Spears untuk pakaian dan juga dandanan diri beliau jauh lebih murah dan mengejutkan pada US$35,000. Penjimat meh? – TMZ Nampaknya pasangan Katy Perry & John Mayer membawa hubungan cinta mereka ke satu tahap baru apabila melahirkan sebuah lagu bersama berjudul Who You Love yang ke udara baru baru ini. – US Weekly Dalam satu temubual, penyanyi solo Korea Lee Jung Hyun mendedahkan yang beliau berminat untuk terlibat dengan program We Got Married & memilih ahli Big Bang, G-Dragon sebagai pasangan. – Soompi Berkata yang sambutan Aidilfitri kini tidak semeriah ketika arwah ayah masih ada, Nur Fazura akan membawa ibunya ke London untuk bercuti dan akan berada di sama selama dua minggu. – Berita Harian |
Gambar: Nora Danish & Nedim Nazri Cuti Bersama Ke Bali Posted: 12 Aug 2013 07:42 PM PDT Nampaknya mereka berdua kini agak terbuka dengan hubungan yang terjalin. Selepas Nora Danish kongsikan gambar mereka bersama ketika di Danok, Thailand kini mereka berada di Bali, Indonesia untuk bercuti. Jika sebelum ini hanya gambar mereka bersama rakan rakan di’kongsikan, Nora Danish melalui akaun Instagram beliau kini lebih berani menyiarkan gambar mereka berdua sahaja dalam setting penuh romantik. Pasangan ini bagaimana pun di’fahamkan tidak pergi berdua sahaja ke Bali. Percutian kali ini turut di’sertai oleh anak Nora Danish, Rayqal dan beberapa orang ahli keluarga juga rakan rapat. Dalam kenyataan sebelum ini, Nora Danish ada menyebut yang beliau dan jejaka bergelar anak menteri itu hanya kenalan biasa dan mereka sudah berkawan selama tujuh tahun — gossip bercinta tidak benar. Namun dengan perkembangan sebegini, nampaknya kita semua boleh menjangkakan yang hubungan Nora Danish & Nedim Nazri ini kini sudah lebih dari sekadar kawan. Kenapa tidak ‘kan? ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.