RotiKaya |
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Pergi Beraya Hari Ini (N.394)
- Siti Nurhaliza Mengaku Sudah Lama Berbaik Dengan Bekas Isteri Datuk K
- Bekas Suami Atilia, Ariff Johan Meninggal Dunia Akibat Kanser
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Pergi Beraya Hari Ini (N.394) Posted: 11 Aug 2013 06:54 AM PDT VIDEO HARI INI: Ada kembar banyak kebaikan sebenarnya — contohnya anda boleh lakukan prank yang awesome begini. Heh. Nampaknya lagu terbaru bintang pop, Katy Perry telah bocor awal ke internet dan anda boleh dengarkan sekarang lagu berjudul Roar ini yang juga sebahagian dari album terbaru beliau nanti. – Just Jared Bekas penari latar dan juga bekas suami Britney Spears, Kevin Federline telah selamat mengikat tali perkahwinan dengan teman wanitanya Victoria Prince baru baru ini di Las Vegas. – People Selepas beberapa minggu Hollywood suram dengan filem hebat, Elysium berjaya tampil pada Jumaat lalu dengan kutipan tiket US$11.2 juta mendahului filem lain yang turut membuka tayangan. – EW Terus di’label Wedding of the Year oleh media di Korea Selatan, majlis perkahwinan aktress Lee Min Jung & aktor popular Lee Byung Hun dihadiri lebih 900 orang termasuk para selebriti. – Soompi Selepas berkahwin, pelakon dan penyanyi Izzue Islam lebih menjaga batas dalam pergaulan bersama pelakon wanita supaya ia tidak menimbulkan salah faham pihak lain. – mStar Online |
| Siti Nurhaliza Mengaku Sudah Lama Berbaik Dengan Bekas Isteri Datuk K Posted: 11 Aug 2013 06:17 AM PDT Kemunculan sekeping gambar di akaun Instagram Asyraf menunjukkan Datuk Siti Nurhaliza & bekas isteri Datuk K, Datin Tengku Zawiyah Tengku Izham menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat. Ramai beranggapan yang hubungan kedua dua mereka kini sudah pun baik selepas di’khabarkan agak tegang beberapa tahun sebelum ini atas sebab sebab yang tidak perlu kami uraikan. Datuk Siti Nurhaliza menerusi Berita Harian bagaimana pun berkata yang hubungan beliau & Tengku Zawiyah sudah lama baik dan mengharap para peminat tidak memberikan persepsi negatif lagi terhadap mereka. “Hubungan kami memang baik & mungkin disebabkan gambar itu baru saja tersiar menyebabkan ramai yang menyangkakan kami baru saja berbaik,” ujar Siti Nurhaliza yang turut mengakui sudah banyak kali bertemu ibu Asyraf sebelum ini. “Bersempena hari baik bulan baik ini, adalah lebih baik mengeratkan lagi tali silaturahim yang sedia ada,” tambahnya lagi. |
| Bekas Suami Atilia, Ariff Johan Meninggal Dunia Akibat Kanser Posted: 11 Aug 2013 05:29 AM PDT Lambat kami kongsikan berita ini. Pada 7 Ogos yang lalu, Atilia menerusi akaun Instagram beliau kongsikan berita sedih yang bekas suaminya, Ariff Johan Abdul Jalil telah pergi menemui Ilahi. Ariff Johan di’laporkan meninggal dunia akibat penyakit kanser pada pagi 7 Ogos itu dan sudah pun selamat di’kebumikan selepas di’solatkan di Masjid Bukit Damansara. Atilia dan Ariff Johan pernah mendirikan rumahtangga pada 18 Disember 1998 namun bercerai selepas 10 tahun bersama. Ibu Atilia dan juga penyanyi Salamiah Hassan berkata walaupun Ariff Johan merupakan bekas menantunya, pemergian lelaki itu masih sesuatu yang menyedihkan buat seluruh keluarga. “Waktu saya melawat dia di hospital sebelum kematian dia, dia masih ingat saya lagi. Sedih sekali, dia pergi pada usia yang muda & saya pasti ibunya adalah orang yang paling sedih sekali di atas kematiannya itu” Takziah di’ucapkan buat keluarga Ariff Johan Abdul Jalil atas pemergian beliau. |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |












No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.