RotiKaya

RotiKaya


Ibu Arja Lee Meninggal Dunia

Posted: 01 Aug 2013 05:43 PM PDT

Selepas 13 tahun bertarung dengan kanser lelangit yang di’hidapinya, ibu kepada Arja Lee, Salmah Aziz telah kembali ke rahmatullah sekitar 4.00 pagi tadi di Pallative Care Unit (PCU), Hospital Selayang.

Jenazah allahyarhamah telah pun selesai dimandikan, dikafan di Hospital Selayang dan disembahyangkan di Surau Al-Syakirin Seksyen 1 Bandar Mahkota Cheras. Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Cheras Perdana sebelum solat Jumaat, hari ini.

Menurut Arja Lee, pemergian ibunya cukup dirasai kerana beliau itu adalah orang yang banyak memberikan semangat untuknya melalui liku liku perjalanan sebagai insan seni selama ini.

Takziah dari kami buat Arja Lee sekeluarga dan semoga tabah menerima pemergiaan ibu tercinta. al-Fatihah.

Video: Syamsul Yusof Kongsi Trailer Pertama KL Gangster 2

Posted: 01 Aug 2013 05:20 PM PDT

Selamat kami katakan yang filem ini sudah mendapat status filem paling di’nanti ramai sejak munculnya filem pertama pada tahun 2011 yang lalu. Sedutan aksi epik KL Gangster 2 kini boleh anda tonton.

Menelan belanja mencecah RM4 juta, KL Gangster 2 diakui oleh penerbitnya Datuk Yusof Haslam sebagai filem termahal yang diterbitkan syarikat produksi mereka, Skop Production Sdn Bhd.

Filem prekuel kepada KL Gangster (2011) ini di’bintangi oleh Aaron Aziz, Rosyam Nor, Adi Putra, Zizan Razak dan Syamsul Yusof sendiri sebelum ini menjalani penggambaran selama 68 hari.

Menerusi akaun Youtube peribadi beliau hari ini, Syamsul Yusof kongsikan trailer pertama filem KL Gangster 2 yang mana kami dapat rasakan ianya akan menjadi hasil terbaik dari pengarah muda ini.

Enjoice!

ROTIKAYA_220 Trailer Pertama Filem KL Gangster 2 - ROTIKAYA ROTIKAYA_221 Trailer Pertama Filem KL Gangster 2 - ROTIKAYA ROTIKAYA_222 Trailer Pertama Filem KL Gangster 2 - ROTIKAYA ROTIKAYA_223 Trailer Pertama Filem KL Gangster 2 - ROTIKAYA ROTIKAYA_224 Trailer Pertama Filem KL Gangster 2 - ROTIKAYA ROTIKAYA_225 Trailer Pertama Filem KL Gangster 2 - ROTIKAYA ROTIKAYA_226 Trailer Pertama Filem KL Gangster 2 - ROTIKAYA ROTIKAYA_227 Trailer Pertama Filem KL Gangster 2 - ROTIKAYA ROTIKAYA_228 Trailer Pertama Filem KL Gangster 2 - ROTIKAYA ROTIKAYA_229 Trailer Pertama Filem KL Gangster 2 - ROTIKAYA ROTIKAYA_230 Trailer Pertama Filem KL Gangster 2 - ROTIKAYA ROTIKAYA_231 Trailer Pertama Filem KL Gangster 2 - ROTIKAYA ROTIKAYA_232 Trailer Pertama Filem KL Gangster 2 - ROTIKAYA ROTIKAYA_233 Trailer Pertama Filem KL Gangster 2 - ROTIKAYA ROTIKAYA_234 Trailer Pertama Filem KL Gangster 2 - ROTIKAYA ROTIKAYA_235 Trailer Pertama Filem KL Gangster 2 - ROTIKAYA

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.392)

Posted: 01 Aug 2013 09:32 AM PDT

VIDEO HARI INI: Sedutan 99 buah filem epik dalam sebuah video berdurasi 6 minit. Kompilasi yang cukup rencah & awesome!

Oleh kerana membela lebih 20 ekor kucing di rumah, Tiz Zaqyah sanggup untuk tidak pulang terlalu lama ke kampung berhari raya kerana risau akan keadaan kesemua kucing peliharaan beliau. – Malaysian Digest

Bintang How I Met Your Mother, Jason Segel tampil lebih kemas dan lebih kurus dalam satu majlis baru baru ini dan imej terbaru beliau itu sebagai persedian untuk filem baru, Sex Tape. – US Weekly

Penyanyi popular, Rihanna baru baru ini telah menang kes mahkamah terhadap rangkaian pengedar pakaian terkenal Topshop yang menjual baju berimej wajah penyanyi itu tanpa kebenaran. – EW

Pelakon popular Korea, Song Joong Ki mengumumkan berita sedih buat para peminat yang mana beliau akan menjalani khidmat wajib tentera selama dua tahun bermula 27 Ogos ini. – Soompi

Album terbaru Selena Gomez, Stars Dance berjaya menyingkirkan album epik Jay Z, Magna Carta Holy Grail untuk berada di tempat teratas carta Billboard 200. Yang pertama buat penyanyi ini. – Billboard

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...