RotiKaya

RotiKaya


Masih Belum Bergelar Kekasih — Johan As’ari Rancang Tunang Hujung Tahun

Posted: 31 Jul 2013 05:29 PM PDT

Jodoh dan pertemuan, ajal dan maut semuanya ketentuan Illahi. Itulah yang telah diungkapkan oleh pelakon yang popular menerusi drama bersiri Karlos, Johan As’ari.

Bercerita mengenai kehidupan jejaka yang berusia 27 tahun ini, dia mengakui sudah mempunyai target untuk mengikat tali pertunangan dan seterusnya berkahwin. Tetapi bagi peminat-peminat tegar Johan Asaari terutamanya peminat perempuan, anda janganlah bersedih kerana Johan masih belum mempunyai kekasih yang benar-benar istimewa kerana ini hanyalah sasarannya sahaja pada tahun ini.

Namun Johan As’ari mengakui ada seseorang yang kini sedang rapat dalam hidupnya tetapi enggan mendedahkan identiti gadis bertuah itu kerana bimbang hubungan yang di’harapkan tidak kesampaian.

“Kami belum menjadi pasangan kekasih, begitu juga masing masing tidak isytiharkan wujudnya apa apa hubungan istimewa antara kami. Jika benar dia ditakdirkan untuk saya, kami akan bertunang Disember depan”

“Sebenarnya ini adalah target saya sahaja, sebetulnya saya masih tidak mempunyai mana-mana teman wanita. Saya akui saya mempunyai ramai kawan-kawan perempuan tetapi semuanya bukanlah serius dengan saya, mereka semua hanyalah sebagai kawan-kawan biasa sahaja”

“Kita hidup mesti kena ada target untuk kita rancang apa yang kita mahukan dalam setiap peringkat umur yang kita lalui. Umur pun sudah semakin meningkat jadi eloklah sekiranya saya memikirkan pula kehidupan saya yang seterusnya. Tapi untuk berkahwin dalam masa yang terdekat ini, lebih kurang 5 bulan sebelum masuk tahun 2014 ini adalah mustahil kerana untuk melakukan sesebuah majlis perkahwinan bukannya suatu yang mudah dan memerlukan perancangan yang rapid dan teliti,” katanya ketika ditemui di Majlis Raikan Anak-anak Yatim Darul Kifayah anjuran Grand Brilliance.

Johan juga tidak memilih sekiranya bakal isterinya bukanlah dari kalangan artis atau seumpamanya.

“Seperti yang saya katakan, jodoh semua di tangan Allah, saya tidak pernah memilih atau tidak kisah sekiranya isteri saya bukannya dari kalangan artis. Malah sekiranya dia tidak menjadi artis pun saya tidak mempunyai langsung sebarang masalah. Saya akan menerimanya seadanya. Kalau sudah sampai jodoh, maka tanggungjawab saya juga besar dan beralih menjadi seorang suami pula selepas ini, InsyaAllah sekiranya saya sudah bersedia dan mempunyai pilihan hati anda semua akan saya maklumkan,” katanya ringkas.

Pada tahun ini, Johan akan beraya bersama-sama keluarganya di Damansara Kuala Lumpur, dan seterusnya bakal beraya bersama teman rapatnya iaitu pelakon Que Haidar pada hari raya yang kedua.

ROTIKAYA_219 Johan As'ari Rancang Tunang Hujung Tahun - ROTIKAYA ROTIKAYA_218 Johan As'ari Rancang Tunang Hujung Tahun - ROTIKAYA ROTIKAYA_217 Johan As'ari Rancang Tunang Hujung Tahun - ROTIKAYA ROTIKAYA_216 Johan As'ari Rancang Tunang Hujung Tahun - ROTIKAYA

Video: Alih Suara JoHaRa ERA fm Untuk Parodi The Avengers ‘Esok Raya Ke?’

Posted: 31 Jul 2013 02:47 PM PDT

Tinggal seminggu sahaja lagi untuk kita semua menyambut hari raya Aidilfitri dan sebagai hiburan ringan anda, krew JoHaRa dari ERA fm tampil dengan sebuah video parodi alih suara untuk anda semua.

Mengambil 4 minit babak pertarungan hebat dalam filem blockbuster The Avengers, dialog yang di’lontarkan secara bersahaja oleh Johan, Haniff & Ray ini memang boleh buat pecah perut ketawa.

Tunggu saat Captain America perli Ironman, “Terbang tak bawak charger”

#LOL

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.391)

Posted: 31 Jul 2013 09:41 AM PDT

VIDEO HARI INI: Oleh kerana iklan raya yang keluar saban tahun sedih sedih belaka, kami rasa inilah yang berlaku di bilik mesyuarat untuk lahirkan idea untuk iklan raya. ‘Kan? (via www.maafzahirbatin.com)

Walaupun tidak pernah mengakui bercinta namun selepas hubungan mereka semakin renggang & ‘putus’, Aliff Aziz akui tidak boleh berkawan mahu pun bersikap professional terhadap Adira AF. – Murai

Juri popular beberapa program realiti TV, Simon Cowell kini sedang menanti kelahiran anak pertama beliau bersama Lauren Silverman yang secara teknikal masih bergelar isteri orang lain. – US Weekly

Ingat lagi imej badan berisi penyanyi ini di The Voice? Christina Aguilera mengejutkan ramai pihak apabila tampil lebih kurus dan kembali menawan dalam satu acara baru baru ini. – Huff. Post

Dalam satu program variasi, ayah kepada Suzy (miss A) mendedahkan yang anaknya itu hadiahkan sebuah cafĂ© buat ibunya selain membelikan kereta & rumah yang lebih besar buat keluarganya. – Soompi

Aktress Hollywood, Penelope Cruz khabarnya telah bersedia untuk bergelar pengarah buat pertama kali dengan mengarahkan iklan sebuah jenama pakaian dalam terkenal, Agent Provocateur. – RTE

Wawa Zainal: Saya Senang Berkawan Dengan Aeril Zafril

Posted: 30 Jul 2013 07:39 PM PDT

Sejak gossip hubungan cinta mereka timbul hujung minggu lalu menerusi sebuah laporan akhbar, ini rasanya kenyataan pertama timbul dari mulut Wawa Zainal menjawab persoalan para peminat.

BACA: Aeril Zafril Sedang Bercinta Dengan Wawa Zainal?

Bercakap kepada Sinar Harian, Wawa Zainal mendakwa sebenarnya tiada apa yang mahu di’sorokkan tentang hubungan dengan Aeril Zafril kerana mereka memang rapat dan sudah berkawan lama.

“Sebenarnya tiada apa yang kami sorokkan kerana kami memang sudah lama berkawan rapat & dia lelaki yang paling rapat dalam hidup saya kini”

“Saya tak mahu uar-uarkan kami bercinta, tapi bila tak menjadi, kami juga yang mendapat malu. Cukuplah saya katakan kami rapat dan saya amat senang berkawan dengannya,” jelas Wawa Zainal.

Dalam laporan sama, Wawa Zainal memberitahu yang dirinya kini semakin pulih selepas menjalani rawatan tradisional akibat terkena buatan orang dan banyak berehat di Sabah sepanjang bercuti.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...