RotiKaya

RotiKaya


Astro On-The-Go Tambah Tiga Saluran Popular: HBO, One HD & WWE

Posted: 30 Jul 2013 04:48 PM PDT

Untuk kami orang sibuk dan tiada masa untuk duduk menonton televisyen seperti orang lain, Astro On-The-Go memang penyelesaian terbaik untuk menikmati hiburan pada bila bila masa, di mana sahaja.

Dan sekarang ini pula, Astro On-The-Go menawarkan tiga lagi saluran tambahan untuk dinikmati oleh semua pelanggan iaitu HBO, ONE HD dan WWE — menjadikan 22 saluran yang ditawarkan hingga kini.

Kami sebagai peminat tegar drama bersiri popular Game of Thrones dan juga The Newsroom sangat teruja dengan berita ini kerana kini kita semua boleh menonton episod terbaru walaupun berada dalam LRT.

HBO menerusi Astro On-The-Go juga menawarkan pelbagai siri televisyen popular lain seperti Veep & Boardwalk Empire dan semua ini boleh diakses oleh pelanggan Movie Pack & pelanggan Astro-On-The-Go sendiri.

Berikut merupakan trailer untuk musim terbaru Game of Thrones yang kini boleh anda akses di mana mana sahaja & bila bila masa menerusi Astro On-The-Go — di peranti iOS & peranti Android terpilih.

Berita gembira juga buat peminat dunia hiburan Korea Selatan apabila saluran ONE HD kini boleh ditonton menerusi Astro On-The-Go dan lebih menarik saluran program hebat ini kini boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia — tidak kira sama ada pelanggan Astro atau tidak.

Melalui tawaran baru ini, pastinya anda peminat drama Korea boleh menonton drama bersiri popular seperti The Great Seer, Full House Take 2 dan Jang Ok Jung menerusi komputer anda, telefon bimbit & peranti mudah alih yang anda miliki bila bila masa.

#01 Astro On-The-Go Perkenal Tiga Saluran Baru - ROTIKAYA

Mahukan aksi? Saluran untuk program gusti popular, WWE kini ada ditawarkan bersama Astro On-The-Go dan anda boleh menonton 50 Greatest Finishing Moves in WWE History (2013) yang pastinya menawarkan aksi gusti terbaik & juga memilih pertarungan hebat terdahulu menerusi koleksi The Best PPV Matches of the Year.

Daftar dengan Astro On-The-Go hari ini untuk menikmati tawaran di atas dengan segera. Televisyen kini boleh anda bawa bersama ke mana sahaja anda pergi dengan Astro On-The-Go. Maklumat lanjut tentang program dan cara langganan, layari laman rasmi Astro On-The-Go.

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.390)

Posted: 30 Jul 2013 09:57 AM PDT

VIDEO HARI INI: Buat peminat siri televisyen epik ini jika tidak berdebar jantung menonton trailer musim terbaru Breaking Bad, anda memang tidak layak bergelar peminat. Heh. Kembali 11 Ogos ini.

Bersempena perkahwinan Barney & Robin, John Lithgow akan kembali untuk satu episod sebagai ayah kepada pengantin lelaki dalam musim ke-9 dan terakhir How I Met Your Mother. – EW

Lea Michele akhirnya bersuara selepas senyap sejak kematian teman lelakinya, Cory Monteith dengan berkata lelaki itu akan selamanya berada di hati beliau. Aww. – Just Jared

Kisah terbaru dari parti sambutan hari lahir Selena Gomez mengatakan penyanyi itu menangis dan terkejut ketika Justin Bieber hadir sendiri bersama sekuntum bunga ros di tangan. – People

Berita baik buat kumpulan SHINee kerana Minho akan kembali ke kaca televisyen selepas telah bersetuju untuk terlibat dengan satu projek drama bersiri Medical Top Team. – Soompi

Selepas Robert Downey Jr., Forbes kini menobatkan pula Angelina Jolie sebagai aktress yang menerima bayaran paling tinggi sepanjang setahun lalu dengan jumlah pendapatan US$33 juta. – Reuters

Tiz Zaqyah Bakal Berhari Raya Di Rumah Kekasih?

Posted: 29 Jul 2013 07:55 PM PDT

Kisah cinta mereka menjadi perhatian ramai apatah lagi si aktress ini di’katakan kembali ligat & aktif bersosial selepas bersama dengan kekasih sekarang ini. Setiap perkembangan harus peminat ikuti ‘kan?

Bertemu pelakon Tiz Zaqyah bersempena dengan majlis pelancaran drama bersiri Jodoh Itu Milik Kita di Lot 10, kelmarin telah memberitahu bahawa dia dan kekasihnya akan bergilir beraya di rumah masing-masing.

“Raya pada tahun ini saya dan kekasih akan bersama-sama mengunjungi rumah masing-masing. Seperti sedia maklum saya dan kekasih sebenarnya sudah saling lama mengenali cuma kami belum ada jodoh ketika itu, dan sekarang barulah dapat kami bersama-sama,” katanya.

Ditanya juga mengenai perancangan untuk ke fasa seterusnya dalam perhubungan mereka dan Tiz terus mengatakan bahawa biarlah jodoh dan ketentuan Illahi dalam menentukan hala tuju perhubungannya.

“Setakat ini saya masih tidak mempunyai sebarang perancangan mengenai hubungan kami ini, saya serahkan segala-galanya pada Allah S.W.T.

“InsyaAllah sekiranya saya ingin ke fasa seterusnya dalam perhubungan kami saya akan memberitahu kepada semua peminat-peminat saya dan juga anda rakan-rakan media,” ujarnya ringkas.

ROTIKAYA_208 Tiz Zaqyah Bakal Beraya DI Rumah Kekasih - ROTIKAYA ROTIKAYA_209 Tiz Zaqyah Bakal Beraya DI Rumah Kekasih - ROTIKAYA ROTIKAYA_210 Tiz Zaqyah Bakal Beraya DI Rumah Kekasih - ROTIKAYA ROTIKAYA_211 Tiz Zaqyah Bakal Beraya DI Rumah Kekasih - ROTIKAYA ROTIKAYA_212 Tiz Zaqyah Bakal Beraya DI Rumah Kekasih - ROTIKAYA ROTIKAYA_213 Tiz Zaqyah Bakal Beraya DI Rumah Kekasih - ROTIKAYA ROTIKAYA_214 Tiz Zaqyah Bakal Beraya DI Rumah Kekasih - ROTIKAYA ROTIKAYA_215 Tiz Zaqyah Bakal Beraya DI Rumah Kekasih - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...