RotiKaya |
- Cicak Man 3 Tonjol Kelainan — Gandingkan Lisa Surihani Dan Zizan Razak
- Kahwin Lain Bukan Kerana Zuriat — Ashraf Muslim: Saya Bukannya Manusia Sempurna
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.387)
- Nora Danish Beraya Bersama Keluarga Bekas Mertua & Fasha Sandha
Cicak Man 3 Tonjol Kelainan — Gandingkan Lisa Surihani Dan Zizan Razak Posted: 25 Jul 2013 05:17 PM PDT Filem sains fiksyen pertama di Malaysia kini memperkenalkan sekuel Cicak Man, Cicak Man 3 yang mengandingkan Zizan Razak dan juga Lisa Surihani sebagai peneraju utama. Tambahan pula, filem ini nanti bakal menampakkan kerjasama di antara tiga syarikat penerbitan filem, Kru Studio, Grand Brilliance dan juga Astro Shaw yang mana masing-masing bakal melabur untuk tujuan promosi dan kos produksi yang bakal menjalani penggambaran bermula 15 Ogos nanti. Bercakap kepada media semalam, Zizan Razak yang ditemui di majlis pelancaran filem sekuel Cicak Man 3 & Majlis Berbuka Puasa KRU Studio memberitahu pengalaman pertama bekerja di bawah arahan Yusry Abd. Halim ditambah pula ianya merupakan pertama kali beliau memegang watak suami kepada Lisa Surihani (Linda) dan juga bapa kepada Rykal (Boboy) adalah kelainan yang cuba ditunjukkan di dalam filem ini. Jika dua filem terdahulu Saiful Apek yang memegang watak utama di dalam filem Cicak Man, kini tanggungjawab tersebut telah diserahkan kepada Zizan Razak untuk terus menghiburkan hati penonton. “Saya tahu lakonan Saiful Apek macam mana, dan orang tahu lakonan Zizan. Pada saya jika orang dah biasa tengok kami berdua berlakon tidak timbul isu perbandingan kerana masing-masing ada kekuatan tersendiri.” “Ini juga pengalaman pertama saya melakonkan watak suami. Pada masa yang sama saya mahu mencuba pelbagaikan watak, mana tahu selepas ini akan dapat offer berlakon jadi kekasih pula,” ujarnya dalam nada berseloroh. Antara pelakon lain yang akan menjayakan filem ini adalah Fizz Fairuz, Yus Jambu (Superbro/Adam), Azizah Mahzan (Puan Zaleha), Rashidi Ishak (Komisyener Kahar) dan Kaza (Hassan). ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Kahwin Lain Bukan Kerana Zuriat — Ashraf Muslim: Saya Bukannya Manusia Sempurna Posted: 25 Jul 2013 10:08 AM PDT Petang tadi berlangsung sidang media khas bersama Ashraf Muslim untuk pelakon & juga pengamal perubatan Islam itu memberikan kenyataan tentang kontroversi pernikahan kedua beliau. Melalui mStar Online, Ashraf Muslim di’laporkan menyangkal dakwaan ramai yang mengatakan beliau berkahwin lain kerana kegagalan mendapat zuriat dalam perkahwinan pertama dengan Noor Dayana. “Saya berkahwin dengan Sakinah kerana memang hati saya terdetik untuk menikahi dia dan bukan kerana alasan zuriat” “Saya mengenali Sakinah sudah lama tapi kami hanya berkawan sebelum saya berkahwin dengan Dayana lagi. Saya bukan manusia sempurna” Ashraf Muslim menjelaskan lagi keputusan beliau untuk bernikah di negara Thailand pada 7 Julai lalu adalah kerana berlaku beberapa perkara yang tidak di’jangka — namun tidak di’jelaskan apa yang telah berlaku. “Saya mahu jaga hati ramai pihak dan pada asalnya ingin memberitahu semua selepas semuanya selesai,” jelas Ashraf Muslim. “Namun sebelum sempat untuk beritahu Dayana sudah mengetahui terlebih dahulu apabila menjumpai beberapa bukti dan tiket penerbangan di dalam beg saya,” terangnya lagi yang kini dalam proses menenangkan kedua dua belah pihak keluarga selain ikhlas meminta maaf atas apa yang terjadi. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.387) Posted: 25 Jul 2013 09:12 AM PDT VIDEO HARI INI: Filem ini di’buat berdasarkan kisah benar 47 pahlawan Jepun pada abad ke-18 yang menuntut bela kematian ketua mereka tetapi dengan Keanu Reeves, semuanya menjadi satu fantasi. Penerbitan berprestij, Forbes baru sahaja menobatkan Robert Downey Jr. sebagai pelakon yang menerima bayaran tertinggi untuk tempoh Jun 2012 sehingga Jun 2013 dengan US$75 juta. – Forbes BeyoncĂ© khabarnya telah menolak cadangan 50 buah lagu untuk di’muatkan dalam album terbaru beliau dan ini membuatkan pihak penerbit perlu memulakan proses dari kosong semula. Diva much? – Guardian Kalau kaya & ternama, duit memang bukan satu masalah. Kim Kardashian & Kanye West baru baru ini di’laporkan membelanja sebanyak US$767,000 untuk tandas bersalut emas di rumah mereka. – Huff. Post Dalam sidang media petang semalam, Ashraf Muslim memberitahu yang hubungan isteri pertamanya Noor Dayana & isteri kedua Wan Sakinah kini sudah pulih & semakin baik. – Media Hiburan Penyanyi & pelakon Korea, Lee Seung Gi telah di’pilih dalam satu kajian sebagai calon ideal nombor satu untuk di’jadikan suami berdasarkan pendidikan, keluarga & kerjayanya kini. – Soompi |
Nora Danish Beraya Bersama Keluarga Bekas Mertua & Fasha Sandha Posted: 24 Jul 2013 06:53 PM PDT Atas sebab yang tidak perlu kami jelaskan lanjut di’sini, hubungan unik antara Nora Danish & Fasha Sandha sentiasa menjadi tumpuan media dan juga para peminat sehingga ke hari ini. Bercakap kepada GUA semalam di majlis Anugerah Syawal TV3, Nora Danish berkata beliau berkemungkinan akan beraya bersama sama Fasha Sandha kali ini di rumah keluarga bekas mertuanya di Ipoh, Perak. “Raya pertama saya akan balik beraya di rumah bekas mertua saya di Ipoh, Perak & selepas itu barulah saya akan membawa anak saya Rayqal pergi bercuti pula” “Ini sudah menjadi tradisi saya dan keluarga apabila pulang beraya pada hari raya pertama di rumah bekas mertua di Perak. Lagipun saya memang suka pulang untuk menjamah makanan yang enak seperti rendang tok yang amat popular dan sedap untuk dijamah pada hari raya pertama” “Kemungkinan besar juga saya akan beraya bersama-sama dengan Fasha Sandha di sana,” tambahnya lagi. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.