RotiKaya |
- Rozita Che Wan & Zain Saidin Kahwin Disember Ini?
- Nelydia Senrose Tidak Pasti Uqasha Dah Bertunang?
- Hattan Selamat Nikahi Bekas Isteri, Arianie Petang Tadi
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.386)
- Gambar: Para Selebriti Sekitar Rakaman Program Melodi Raya 2013
Rozita Che Wan & Zain Saidin Kahwin Disember Ini? Posted: 24 Jul 2013 05:57 PM PDT Tidak salah jika kami katakan yang perkahwinan pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan memang di’nanti ramai — tidak kira sama ada peminat atau mereka yang skeptikal dengan hubungan mereka berdua. Jika sebelum ini Rozita Che Wan ada berkata yang mereka akan dedahkan tarikh perkahwinan mereka selepas Aidiltfitri nanti, hari ini timbul pula cerita yang jemputan ke majlis mereka sudah pun beredar. Harian Metro menulis menerusi ruangan gossip mereka yang Zain Saidin & Rozita Che Wan akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Disember tetapi sumber mereka tidak mendedahkan tarikh yang tepat. Pasangan berbeza umur 13 tahun ini khabarnya juga telah memilih Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam sebagai lokasi pernikahan mereka nanti. Jika benar seperti apa yang di’khabarkan, seperti biasa ribuan tahniah kami dahulukan dan kalau sudi jemputlah kami untuk membuat liputan. Heh. ![]() ![]() ![]() ![]() |
Nelydia Senrose Tidak Pasti Uqasha Dah Bertunang? Posted: 24 Jul 2013 05:02 PM PDT Pelakon yang popular menerusi drama rantaian Setia Hujung Nyawa, Nelydia Senrose memberitahu bahawa dia tidak pasti apakah yang didakwa oleh sesetengah media bahawa kakaknya yang juga pelakon yang sedang meningkat naik, Uqasha Senrose sudah bertunang. Hakikatnya, apa yang telah diberitahu oleh Nelydia bahawa kakaknya itu hanyalah dirisik oleh Pekin Ibrahim dalam majlis sederhana yang telah diadakan di kediaman Nelydia Senrose. “Sebenarnya saya tidak berapa tahu dan pasti apakah benar kakak saya itu sudah bertunang kerana apa yang diberitahu kakak saya hanya dirisik. Saya juga tidak berapa tahu disebabkan ketika majlis itu berlangsung saya tiada di rumah kerana terbabit dengan penggambaran, dan disebabkan itulah saya tidak boleh mengulas lebih panjang mengenai hal ini kerana rasanya biarlah pihak yang sepatutnya memberikan penjelasan ini” Sebelum ini juga ada dakwaan yang mengatakan bahawa Pekin seorang yang panas baran, samseng dan kaki pukul, ternyata dakwaan tersebut tidak benar kerana apa yang dilihat Nelydia bahawa Pekin ini merupakan seorang lelaki yang bertanggungjawab dan 'protective' terhadap kakaknya. “Saya tidak melihat sikap Pekin yang diuar-uarkan oleh peminat sebelum ini yang mengatakan Pekin seorang samseng dan sebagainya. Jelasnya di sini dia cukup baik dan mempunyai sikap yang sangat 'protective' terhadap kakak saya. Walaubagaimanapun, saya sendiri tidak berani untuk bercakap lebih, kerana apa yang penting kita berdoa agar jodoh mereka kuat untuk disatukan,” katanya. Sementara itu, mengenai hubungannya bersama dengan Qi Razali yang sebelum ini didakwa bahawa telah diberikan cincin oleh Qi. “Tiada apa pun sebenarnya, itu hanyalah hadiah birthday saya 'in-advance' kerana selepas ini Qi tidak menyambut birthday bersama-sama dengan saya kerana dia akan terlibat dengan penggambaran di Argentina,” tambahnya lagi ringkas. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Hattan Selamat Nikahi Bekas Isteri, Arianie Petang Tadi Posted: 24 Jul 2013 10:32 AM PDT Bertempat di Marriott Putrajaya hari ini penyanyi popular, Datuk Hattan telah selamat mendirikan rumah tangga dengan Arianie Mohd. Abidin yang juga merupakan bekas isterinya. Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Sahabuddin selamat bergelar suami kepada Arianie dengan dua kali lafaz sekitar jam 6.00 petang dalam satu majlis yang di’adakan penuh ringkas. Pasangan itu disatukan dengan mas kahwin sebanyak RM300. Hattan dan Arianie sebelum ini pernah bernikah pada 17 Disember 1996 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Eiman sebelum berpisah dengan talak satu pada 10 Mac 2005. Berikut merupakan beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan Hattan & Arianie yang sempat jurugambar kami rakamkan untuk tatapan anda semua. Tahniah buat pasangan pengantin baru ini. Heh. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.386) Posted: 24 Jul 2013 09:18 AM PDT VIDEO HARI INI: Video kali ini sudah bertahun usianya namun kami masih terkesan dengan mesej yang ingin di’sampaikan melaluinya, plus, lagu latarnya juga cukup awesome. Dan kalau anda mencari video terbaru untuk di’layan, filem Gravity yang menampilkan George Clooney dan Sandra Bullock sebagai teraju utama baru sahaja melancarkan trailer terbaru. – Just Jared Untuk peminat dunia kereta pantas & ganas, Sony di’laporkan sedang dalam perancangan untuk menerbitkan sebuah filem dengan inspirasi Gran Turismo bersama penerbit filem The Social Network. – Engadget Teraju utama filem JOBS, Ashton Kutcher dikhabarkan bakal bersetuju dengan bayaran sebanyak US$10 juta untuk terlibat dengan promosi dan menjadi jurucakap jenama komputer, Lenovo. – NY Post Ini bukan yang pertama kali buat mereka, lagu terbaru kumpulan 2NE1 berjudul Falling In Love telah berjaya bergelar Best Song of the Summer di MTV Iggy melalui satu undian peminat. – Soompi Tidak menunggu lama, Kate Middleton dan Prince William telah tampil di’khalayak ramai bersama bayi sulung mereka untuk tatapan ramai & juga khabarnya wajah bayi diraja itu mirip si ibu. – US Magazine |
Gambar: Para Selebriti Sekitar Rakaman Program Melodi Raya 2013 Posted: 23 Jul 2013 07:45 PM PDT Semalam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), berlangsung rakaman untuk program Melodi Raya dan juga penyampaian Anugerah Melodi 2013 kepada para selebriti. Pastinya kehadiran para selebriti menjadi tumpuan lensa kamera dan mereka hadir dengan fesyen tersendiri untuk menjayakan suasana Aidilfitri walaupun kini berada di pertengahan Ramadan. Heh. Anugerah Melodi 2013 mempertandingkan lima kategori iaitu Artis Dinamik, Pasangan Pujaan, Artis Wanita Pilihan, Artis Lelaki Pilihan dan juga Artis Sensasi. Siapa pemenangnya? Untuk tahu keputusannya, haruslah anda tonton siaran khas Melodi Raya yang akan ke udara pada 11 Ogos 2013 nanti di TV3. Melodi Raya dihoskan oleh Zizan Razak dan Awal Ashaari & menampilkan Raja Azura sebagai hos jemputan. Turut memeriahkan program adalah persembahan dari Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Jamal Abdillah, Saleem, Ajai, Amy Mastura dan ramai lagi. Sementara itu, kita layankan fesyen raya para selebriti yang ada hadir ke rakaman program Melodi Raya semalam. Enjoice! ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.