RotiKaya |
- Pekin Ibrahim Nafi Putus Cinta — Akui Sudah Bertunang Dengan Uqasha Senrose
- Siti Nurhaliza Tidak Benarkan Suami Kembali Tunggang Motosikal
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.384)
- Gossip: Uqasha Senrose Dan Pekin Ibrahim Putus Cinta?
Pekin Ibrahim Nafi Putus Cinta — Akui Sudah Bertunang Dengan Uqasha Senrose Posted: 22 Jul 2013 05:12 PM PDT Selepas Uqasha Senrose berikan kenyataan menafikan gossip putus cinta, Pekin Ibrahim pula tampil mengesahkan yang hubungan mereka cinta masih berjalan seperti biasa dan tiada masalah. BACA: Uqasha Senrose & Pekin Ibrahim Putus Cinta? “Memang kebelakangan ni status dia nampak sedih sebab dia mengadu terlalu penat shooting disebabkan jadual pengambaran yang padat — sebenarnya puisi tu tak bermaksud apa-apa pun,” ujar Pekin Ibrahim. Kenyataan Pekin Ibrahim itu merujuk kepada status Uqasha Senrose di media sosial sejak kebelakangan ini yang menimbulkan spekulasi bahawa hubungan mereka kini mempunyai masalah. Pelakon ini turut menambah yang orang mula berspekulasi mungkin kerana ada beberapa keping gambar mereka berdua telah pun di’padam dari laman sosial kerana menampakkan suasana ketika merisik. “Ya, saya dan keluarga telah menghantar rombongan merisik dan saya dan Uqasha sudah bertunang pada awal bulan ini,” kata Pekin Ibrahim tanpa berkongsi sebarang butiran lanjut. ![]() ![]() ![]() ![]() |
Siti Nurhaliza Tidak Benarkan Suami Kembali Tunggang Motosikal Posted: 22 Jul 2013 04:52 PM PDT Nampaknya kemalangan melibatkan suaminya yang berlaku lebih tujuh bulan lalu masih berbekas di hati Datuk Siti Nurhaliza sehingga ketika ini beliau tidak membenarkan suaminya kembali menunggang motosikal. Siti Nurhaliza berkata ketika di’temui media baru baru ini sebagai isteri beliau menyayangi suaminya dan tidak mahu Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa atau Datuk K mengalami perkara sama sekali lagi. “Berikutan kejadian itu, beberapa motosikal berkuasa tinggi dimiliki suami diberikan kepada saudara-mara terdekat yang membuktikan dia masih fobia menggunakan kenderaan tersebut” “Walau bagaimanapun, program bersama persatuan motosikal berkuasa tinggi tetap saya akan sertai terutama membabitkan perhimpunan besar atau aktiviti kebajikan,” tambahnya lagi. Dalam perkembangan terbaru beliau, Siti Nurhaliza bakal keluar dengan album baru di bawah label Universal Music Malaysia yang khabarnya mencecah kos RM200,000. Pasti dahsyat hasilnya. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.384) Posted: 22 Jul 2013 09:34 AM PDT VIDEO HARI INI: Ianya tahun 2013 dan Backstreet Boys punya lagu baru berjudul In A World Like This. Itu sahaja. Menepis gossip yang timbul, Uqasha Senrose menafikan yang hubungan cinta dengan Pekin Ibrahim sudah berakhir selain menyangkal sikap kaki perempuan kekasihnya itu. – GUA Nampaknya kehamilan Kate Middleton memang mengundang perhatian dunia & berita terbaru mengatakan Duchess of Cambridge itu kini berada di hospital untuk menanti saat bersalin. – People Berkaitan sedikit, Penelope Cruz tampil di khalayak ramai di Festival Muzik Los Veranos de la Villa baru baru ini menampakkan kandungan beliau yang bakal lahir bila bila masa sahaja. – US Weekly Pelakon & ahli kumpulan 2PM, Taecyeon berharap kumpulan beliau mampu bertahan lama dalam industri muzik seperti mana kumpulan senior Shinhwa yang mampu kekal popular sehingga kini. – Soompi Marvel telah mengumumkan tajuk rasmi untuk filem sekuel yang bakal menjadi penantian ramai, Avengers: The Age of Ultron dan mendedahkan filem ini akan lebih berat dari sebelum ini. – MTV |
Gossip: Uqasha Senrose Dan Pekin Ibrahim Putus Cinta? Posted: 21 Jul 2013 07:19 PM PDT Lebih dua bulan yang lalu, Pekin Ibrahim ada tampil memberikan satu kenyataan yang hubungan beliau dan Uqasha Senrose kini berada di tahap serius & merancang untuk berkahwin tidak lama lagi. BACA: Pekin Ibrahim Ingin Kahwini Uqasha Senrose Segera Namun, ada khabar yang sampai kepada kami ketika ini mengatakan yang hubungan Uqasha Senrose & Pekin Ibrahim ini sudah pun berakhir. Semua ini gara gara sikap aktor tersebut yang sebenarnya tidak serius. Walaupun sedang menjalin hubungan cinta dengan Uqasha Senrose, Pekin Ibrahim khabarnya masih dengan perangai memasang dua tiga perempuan keliling pinggang sebagai peneman jika sunyi. Katanya ‘lah. Status terbaru Uqasha Senrose di Instagram baru baru ini juga ada mengundang tanda tanya di kalangan para peminat akan status hubungan dengan Pekin Ibrahim ketika ini. Uqasha Senrose mengirimkan sekeping puisi dengan tajuk Letting Him Go dan ini membuatkan para peminat berspekulasi mengatakan hubungan cinta aktress ini dengan Pekin Ibrahim sudah pun berakhir. Hmm. ![]() ![]() ![]() ![]() |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.