koleksi gambar artis malaysia dan indonesia

koleksi gambar artis malaysia dan indonesia

Link to Koleksi Gambar Artis Malaysia

Cicak Man 3 Gandingkan Lisa Surihani Dan Zizan

Posted: 26 Jul 2013 01:12 PM PDT



Filem sains fiksyen superhero pertama di Malaysia kini memperkenalkan sekuel Cicak Man, Cicak Man 3 yang mengandingkan Zizan Razak dan juga Lisa Surihani sebagai peneraju utama.

Tambahan pula, filem ini nanti bakal menampakkan kerjasama di antara tiga syarikat penerbitan filem, Kru Studio, Grand Brilliance dan juga Astro Shaw yang mana masing-masing bakal melabur untuk tujuan promosi dan kos produksi yang bakal menjalani penggambaran bermula 15 Ogos nanti.



Bercakap kepada media semalam, Zizan Razak yang ditemui di majlis pelancaran filem sekuel Cicak Man 3 & Majlis Berbuka Puasa KRU Studio memberitahu pengalaman pertama bekerja di bawah arahan Yusry Abd. Halim ditambah pula ianya merupakan pertama kali beliau memegang watak suami kepada Lisa Surihani (Linda) dan juga bapa kepada Rykal (Boboy) adalah kelainan yang cuba ditunjukkan di dalam filem ini.

Jika dua filem terdahulu Saiful Apek yang memegang watak utama di dalam filem Cicak Man, kini tanggungjawab tersebut telah diserahkan kepada Zizan Razak untuk terus menghiburkan hati penonton.

"Saya tahu lakonan Saiful Apek macam mana, dan orang tahu lakonan Zizan. Pada saya jika orang dah biasa tengok kami berdua berlakon tidak timbul isu perbandingan kerana masing-masing ada kekuatan tersendiri."



"Ini juga pengalaman pertama saya melakonkan watak suami. Pada masa yang sama saya mahu mencuba pelbagaikan watak, mana tahu selepas ini akan dapat offer berlakon jadi kekasih pula," ujarnya dalam nada berseloroh.

Antara pelakon lain yang akan menjayakan filem ini adalah Fizz Fairuz, Yus Jambu (Superbro/Adam), Azizah Mahzan (Puan Zaleha), Rashidi Ishak (Komisyener Kahar) dan Kaza (Hassan).

Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Gambar: Tiz Zaqyah & Kekasih Bercuti Ke Pulau Perhentian

Posted: 26 Jul 2013 01:01 PM PDT



Tiz Zaqyah menerusi akaun Instagram beliau berkongsikan saat saat indah bersama teman lelaki, Daniel Haziq juga rakan rakan lain ketika bercuti di Pulau Perhentian baru baru ini.

Seperti biasa sebelum ada peminat yang melatah dan kembali menghentam Tiz Zaqyah atas apa yang di'kongsikan — perlu kita ingat yang aktress ini pernah berpesan yang ini memang dirinya peminat perlu terima.



"Itu kehidupan peribadi saya, jangan kacau. Kalau boleh terima, okeylah, tapi jika sebaliknya saya tak mampu berbuat apa-apa. Saya tak nafikan, dari dulu hingga hari ini, saya mahupun kawan-kawan artis yang lain akan bersosial jika kami mempunyai kelapangan"

Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Nora Danish bercinta Dengan Anak Menteri?

Posted: 26 Jul 2013 12:51 PM PDT



Sejak kebelakangan ini nama Nora Danish hangat dibualkan gara-gara gosip cinta antara pelakon cantik ini dengan Nadeem yang juga anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Y.B. Dato' Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz.

Walaupun berkali-kali Nora menyatakan hubungan yang terjalin sejak tujuh tahun lalu itu hanyalah sekadar teman rapat, namun peminat masih lagi ragu-ragu dengan keakraban mereka.

Terbaru, Nora yang ditemui sewaktu majlis Anugerah Syawal TV3 dua hari lepas masih menafikan gosip itu namun tidak menolak jika ditemukan jodoh dengan Nadeem.

Saya dengan Nadeem dah berkawan rapat sejak 7 tahun lepas. Kami tidak bercinta, tapi kalau betul jodoh saya dengan dia, saya tidak menolak. Rayqal pun ada 'chemistry' dengan dia.

Tapi sejujurnya saya belum terbuka hati untuk menerima seseorang kerana bagi saya nak jadi isteri bukan senang, perlukan komitmen yang tinggi. Kalau boleh saya tak nak kegagalan lama berulang lagi.

Menurut Nora, bukan kerana tidak percaya pada cinta yang menghalangnya untuk berkahwin lagi tetapi pelakon ini lebih selesa menumpukan perhatian kepada anaknya, Rayqal terlebih dahulu.

Saya bukan tak percaya pada cinta. Cuma apa yang penting bagi saya sekarang ini adalah Rayqal sihat dan rezeki kami bertambah murah.

Dalam perkembangan lain, Nora Danish baru sahaja dilantik sebagai duta Anugerah Syawal TV3 bersempena Hari Lebaran yang bakal tiba nanti di samping Adi Putra, Amar Asyraf, Tasha Shila, Nelydia Senrose, Aiman Hakim, dan Fiza Sabjahan.

Admin: Kalau ada jodoh tak kemana, kan?

Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...