koleksi gambar artis malaysia dan indonesia

koleksi gambar artis malaysia dan indonesia

Link to Koleksi Gambar Artis Malaysia

Gambar Zizan bersama abang

Posted: 24 Jul 2013 11:22 PM PDT



Gambar ini diambil Instagram Zizan, tengah posing bersama abangnya. Tgk gambar macam ni pun admin rasa nak gelak..Itulah aura yang ada pada seorang pelawak...hehe

Nora Danish Akan Beraya Bersama Fasha Sandha

Posted: 24 Jul 2013 11:09 PM PDT





Nora Danish bakal Beraya Bersama Fasha Sandha Di Rumah Bekas Mertua

Kata Nora Danish kepada portal GUA:-

Raya pertama saya akan balik beraya di rumah bekas mertua saya di Perak dan selepas itu barulah saya akan membawa anak saya Rayqal bercuti pula. Ini sudah menjadi tradisi saya dan keluarga apabila pulang beraya pada hari raya pertama di rumah bekas mentua di Perak.

Lagipun saya memang suka pulang untuk menjamah makanan yang enak seperti Rendang Tok yang amat popular dan sedap untuk dijamah pada hari raya pertama. Kemungkinan besar juga saya akan beraya bersama-sama dengan Fasha Sandha di sana

Respek dengan Nora Danish sebab keupayaannya menjaga hubungan antara dirinya dan bekas mertua. Bukan semua wanita mampu berbuat demikian. Hanya mereka yang benar-benar tabah dan cekal sahaja akan berjaya. Apa pun, buat Nora dan Fasha, jangan lupa kongsikan gambar anda bersalaman di pagi raya kelak.

Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Kejelitaan Neelofa

Posted: 24 Jul 2013 07:11 PM PDT



Pelakon, Pengacara dan artis ini sememangnya menjadi bualan disebabkan kejelitaan dan pakej artis yang lengkap. Admin sendiri akui admin adalah peminat setia beliau..kalau anda ada gambar neelofa, kongsi2 lah dengan admin di huzeykmedia@gmail.com







Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. luv u all la..muahhh

Gambar Siti Nurhaliza Di Majlis Berbuka Puasa

Posted: 24 Jul 2013 12:15 PM PDT

Kredit gambar Facebook Colorwarna.

Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih



Melihat Datuk Siti Nurhaliza baru-baru ini di majlis berbuka puasa Universal Music Malaysia memperlihatkan Wajah tak mamah diusia dan makin berseri-seri. Tudung yang membaluti wajah menyejukkan lagi mata yang memandang. Enjoy gambar terbaru datuk siti ini. Klik untuk besarkan

Diana Danielle Kongsi Gambar Bayi sulung

Posted: 24 Jul 2013 12:10 PM PDT



Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Terbaru, menerusi akaun Instagram Diana Danielle telah berkongsi gambar yang jelas menunjukkan kebahagiaan mereka dengan kehadiran cahaya mata baru. Tahniah diucapkan dan selamat menjalani kehidupan berkeluarga dengan cahaya mata yang baru.

Dayana Pernah Masuk Hospital Kerana Terlalu Tertekan – Bapa

Posted: 24 Jul 2013 12:03 PM PDT


Gambar asal http://www.eh.com.my


Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Dayana Pernah Masuk Hospital Kerana Terlalu Tertekan – Bapa

Ketika dihubungi, Noor Dayana Lokman, 26, menolak untuk memberikan sebarang kenyataan tentang suaminya, Ashraf Muslim, 32, yang bernikah kali kedua dengan seorang wanita bernama Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand tanpa pengetahuannya.

Itulah yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia semalam. Namun demikian, bapa Dayana iaitu Haji Lokman Abdul Hamid, 54, telah berjaya ditemubual untuk menceritakan tentang Dayana setelah mengetahui suaminya ingin bernikah kali kedua melalui permohonan mahkamah April lepas:

Ana (panggilan untuk Dayana) tahu di mana duduk tempatnya sebagai isteri yang perlu berada di sisi Ashraf. Walau macam mana teruk perlakuan Ashraf terhadap Ana namun dia tetap setia bersama suaminya. Ana seorang anak yang penyabar.

Kalau nak tahu Ana pernah ditahan di hospital sebab terlalu tertekan gara-gara membaca surat permohonan untuk berpoligami daripada Ashraf pada April lalu. Dia memang tak menyangka suaminya itu sanggup bertindak sebegitu. Dan apa juga penderitaan yang dialami Ana itu sama sekali tidak pernah dikongsi bersama saya mahupun ibunya (Normah Mohamad)

Ana memang seorang yang berahsia. Tidak pernah sesekali membuka cerita perkahwinannya atau memburukkan suaminya di hadapan kami sehinggalah kejadian pada 9 Julai lalu sebaik sahaja kepulangan Ashraf dari Thailand.

Rasanya jelas yang Lokman merasa amat kecewa dengan perbuatan menantunya itu. Sangkanya setelah menipu Dayana untuk bernikah di Thailand, Ashraf akan meminta maaf dan menginsafi kesilapan yang telah dibuat. Namun sebaliknya, lebih banyak penipuan Ashraf keluar di media, salah satunya tentang kesetiaan Ashraf sedangkan dia telah bermain kayu tiga. Beliau menambah:-

Berkahwin senyap-senyap di Bangkok adalah satu tindakan yang sangat keterlaluan dan mencalarkan maruah kami sekeluarga. Ashraf seperti memperbodoh- bodohkan kami. Dia telah mengecewakan hati banyak pihak. Pada mulanya saya enggan membuka pekung di dada. Tapi apabila keadaan bertambah teruk, saya tak punya pilihan bersuara.

Hati bapa mana yang tidak kecewa bila melihatkan anak perempuannya berduka. Kita sebagai orang luar hanya berharap Haji Lokman dapat bersabar dan semoga satu jalan penyelesaian terbaik akan muncul untuk situasi ini.

Farah AF Nafi Tuduhan Mencuri Duit Dan Baju

Posted: 24 Jul 2013 11:54 AM PDT



Sekitar minggu lalu, nama Farahdiana Anuar atau lebih dikenali oleh Farah Breep Breep menjadi panas apabila dia dikaitkan dengan isu mencuri duit dan baju semasa menjalani pengambaran sebuah program.

Farah didakwa tidak memulangkan baju yang dipakai semasa mengacara dan ada satu pihak yang mahu menguji kejujuran Farah dengan meletakkan sejumlah wang kedalam baju yang dipinjam oleh Farah, namun apabila baju itu dikembalikan wang itu hilang begitu sahaja. Sejauh mana kebenarannya, Farah memjawab segala persoalan.

Sebenarnya, kejadian tersebut berlaku pada hari ketiga Ramadan. Tuduhan itu tidak berasas sama sekali. Saya ingin jelaskan bahawa saya tidak pernah lakukan perbuatan terkutuk sebegitu pada bulan Ramadan ini. Ceritanya macam ini, setelah selesai mengacara, saya ke bilik persalinan untuk menukar baju dan di situ terdapat banyak baju. Ketika saya nak pakai tudung, saya ternampak duit yang sudah terkeluar dari satu poket baju. Saya tak tahu mengapa saya terlalu baik hati untuk mengambil dan berniat untuk memulangkan semula duit tersebut kepada pihak yang sepatutnya.

Kebetulan, ayah saya merupakan bekas pengawal keselamatan di TV3. Jadi, saya fikir untuk menyerahkan duit tersebut kepada ayah saya. Ini kerana ayah saya kenal dengan ramai pengawal di situ dan tahu ke mana duit itu sepatutnya dibawa.

Sejujurnya, saya langsung tidak diberi langsung peluang untuk memperbetulkan keadaan tetapi saya dicerca dengan pelbagai tohmahan sehingga saya digelar pencuri, penjenayah dan pendatang. Tiada seorang pun yang bersama dengan (menyokong) saya. Saya cuba untuk hubungi ayah dan suami saya, namun telefon saya habis bateri ketika itu. Jika saya berkata yang benar pun, tidak akan ada yang percaya. Saya hampir pengsan apabila semua orang menyalahkan saya.

Namun, isu ini bukan kali pertama yang mengatakan Farah sebagai seorang yang panjang tangan, tetapi sudah ada kes yang mengatakan Farah juga sebenarnya mencuri iaitu tidak memulangkan semula busana yang dipakai semasa mengacara. Farah menjawab;

Sepanjang karier saya, tidak pernah terjadi perkara sebegitu. Semua baju yang saya pakai, saya pulangkan semula. Jadi mana isu yang mengatakan saya tidak pulangkan semula baju tersebut. Selama saya bekerja sebagai duta Power Root dan pengacara, tidak pernah sesekali timbul isu ini, dan jika benar saya lakukannya, sudah lama saya diberhentikan atas tindakan tersebut.

Sebenarnya, isu duit tersebut sudah selesai. Tuan empunya duit tersebut sangat bersahaja. Hanya orang di sekeliling yang melebih-lebih. Kita tidak boleh lari daripada ketidakpuasan hati orang lain. Saya amat terkilan apabila saya dituduh atas perkara yang saya tidak lakukan itu. Ini merupakan sesuatu yang dirancang untuk menjatuhkan saya!

Sememangnya ini merupakan satu dugaan pada bulan puasa, dan saya reda dengan segala yang terjadi. Saya serik untuk lakukan kebaikan, apabila apa yang kita buat telah disalahertikan. Sepatutnya, pada bulan baik ini, buatlah benda yang baik dan jangan hanya menuduh benda yang tidak berasas kerana saya mahu berada lama dalam dunia seni ini.

Sumber: Kosmo Online

Komen Admin: Bersabarlah Farah, doa orang yang teraniaya itu makbul

Hattan selamat bernikah

Posted: 24 Jul 2013 11:41 AM PDT



Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih




PENYANYI, Datuk Mohd Shukri Shahabudin atau lebih dikenali sebagai Hattan, menyarungkan cincin kepada isterinya, Arianie Mohd Abidin pada majlis akad nikah di Hotel JW Marriott, Putrajaya, hari ini. Selamat pengantin baru diucapkan dan semoga berbahagia selamanya.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin, 49, dan Arianie dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Abdul Halim Mat Isa tepat pada pukul 6 petang. Ia adalah perkahwinan ketiga buat Hattan dan kali kedua dengan Arianie.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 200 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media. Pengantin perempuan menerima RM300 sebagai mas kahwin dan senaskah Al-Quran sebagai hantaran.

Hattan dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor.

Antara selebriti yang menghadiri majlis pernikahan Datuk Hattan dan Arianie Abidin. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam Eiman yang sekarang berusia 15 tahun.

Penyanyi dari Seri Menanti, Negeri Sembilan itu juga pernah berkahwin untuk kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 tetapi berpisah dua bulan kemudian.

Hattan menyarungkan cincin ke jari manis isterinya pada upacara membatalkan air sembahyang selepas selesai akad nikah dalam persalinan sedondon dari rona kuning rekaan Ezuwan Ismail.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan seperti mana pasangan lain kami berharap perkahwinan kedua ini akan berkekalan sehingga akhir hayat", katanya.

Antara selebriti yang kelihatan menghadiri majlis tersebut adalah Datuk A. Rahman Hassan, Ramli Sarip, Raja Azura, Ziana Zain dan Misha Omar.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...