koleksi gambar artis malaysia dan indonesia

koleksi gambar artis malaysia dan indonesia

Link to Koleksi Gambar Artis Malaysia

zahiril adzim dan shera ayob dapat baby boy

Posted: 22 Jul 2013 06:49 PM PDT



zahiril adzim dan shera ayob dapat baby boy

Zahiril Adzim dan Shera Ayob adalah antara pasangan suami isteri selebriti yang sangat comel di mata admin. Kalau dilihat betul-betul, wajah mereka memang seiras. Seronok melihat gambar-gambar percutian mereka di Istanbul. Romantik habis!!!

Sekarang mereka berdua dah ada cahayamata. tahniah diucapkan.

Gambar Izzue Islam dan Isteri Berbulan Madu

Posted: 22 Jul 2013 06:43 PM PDT



Baru-baru ni pelakon, Izzue Islam dan isterinya Awin Nuri, telah berbulan madu di negara jiran, iaitu Bangkok, Thailand. Beberapa keping gambar dia dan isterinya dengan image berkualiti photograpi telah dimuatnaik di dalam laman Instagram miliknya.

Mereka bernikah pada awal bulan Jun yang lalu. -Instagram IzzueIslam

Ainan Tasneem Terlibat Dengan Kemalangan

Posted: 22 Jul 2013 06:34 PM PDT



Ainan Tasneem Terlibat Dengan Kemalangan

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem dikatakan telah mengalami kemalangan kereta sewaktu melalui lebuhraya NPE (New Pantai Express Highway) sekitar jam 2.30 petang semalam.

Menurut Ainan Tasneem, sewaktu kemalangan berlaku, dia dan teman baiknya dalam perjalanan menuju ke Bandar Tasik Selatan dan secara tiba-tiba kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta dari arah belakang.

Kejadian semalam di lebuhraya NPE. 21 Julai around 2.30 pm. Alhamdulillah…. Nothing happen to me and my bestfriend. Cuma sekarang setiap urat dekat badan terlalu sakit dan banyak lebam akibat impact yang terlalu kuat.

We were on our way to Bandar Tasik Selatan. Bertembung dengan kereta belakang yang nak ke kanan waktu kita orang nak masuk ke simpang kiri. Kereta dua-dua dalam keadaan yang sangat laju.

Ainan turut melahirkan rasa syukur kerana terselamat daripada kemalangan tersebut, akan tetapi dia akui masih lagi trauma.

Dalam kereta berasap dan airbag semua keluar. Alhamdulillah tayar kereta terkeluar dari tempat tayar so besi tu tersekat dekat longkang. Kalau tak, kereta memang terus akan menjunam ke tepi gaung sebelah tu je.

Nauzubillah. Alhamdulillah Allah masih bagi nyawa untuk kami bernafas… To people out there, please.. Drive safely. Sayangi nyawa anda. Ainan trauma kejap :( Sampai sekarang masih teringat ingat apa yg berlaku semalam. Tq Allah for giving us chance to live.

Takziah diucapkan buat Ainan dan diharapkan agar penyanyi ini akan cepat sembuh serta dapat jalankan aktiviti hariannya seperti biasa.

Akma AF3 Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Posted: 22 Jul 2013 06:28 PM PDT



Akma AF3 Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Tahniah! diucapkan buat pasangan Akma AF3 atau nama sebenarnya Asiahtunakma Abdullah, 28 dan suami, Farih Hamshi Dato' Mohamad Fatmi atas kelahiran puteri sulung mereka Selasa lepas.

Berita gembira ini telah dimaklumkan sendiri oleh Akma menerusi laman Twitter dan Instagramnya dengan status berbunyi :

Its time.. doakan Akma semoga semuanya di permudahkan ye..

Alhamdulillah.. Akma selamat melahirkan bayi perempuan.. 16 Julai 2013 jam 10.56 mlm.. terima kasih atas doa kalian.. syukur ya Allah..



Setelah genap seminggu bayi comel ini dilahirkan, akhirnya Akma dan suami telah mengambil keputusan untuk mendaftarkan nama puteri sulung mereka sebagai Awatif Husna Hamshi yang membawa maksud sebagai terkumpul, ehsan dan kebaikkan.

Salam.. hari ni hari ke7 baby dilahirkan.. Daddy dah pun register nama baby, Awatif Husna Hamshi bt Farih Hamshi.. alhamdulillah.. semoga jd anak yg solehah sayangku..

Untuk makluman, Akma dan Farih telah bernikah pada pada 30 Jun 2012 dan majlis resepsi mereka telah diadakan di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Kuala Lumpur.

Kredit Foto & Video : Instagram Akma

“Lelaki Itu Berbohong, Tak Usah Ungkit Cerita Lama” – Ashraf Muslim

Posted: 22 Jul 2013 06:23 PM PDT



"Lelaki Itu Berbohong, Tak Usah Ungkit Cerita Lama" – Ashraf Muslim

Tidak habis lagi tentang isu hangat perkahwinan kedua Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semalam muncul seorang individu baru di rancangan Melodi yang mendakwa bahawa dia adalah bekas tunang kepada isteri kedua Ashraf Muslim.

Lelaki itu membongkar rahsia bahawa Ashraf telah menganggu bekas tunangnya dan mempunyai hubungan sulit disaat mereka masih bertunang dan oleh kerana itu pernikahan mereka tidak kesampaian. Malah, perkara itu berlaku hanya selepas 9 bulan pernikahan Ashraf Muslim dan Nor Dayana.

Ashraf Muslim tampil membuat kenyataan bagi membersihkan namanya dan isteri menafikan dakwaan dan tohmahan yang dilemparkan kepadanya oleh lelaki itu (bekas tunang Wan Sakinah). "Pembohong lelaki itu! Mereka putus tunang tiada kena mengena dengan saya! Itu (putus tunang) cerita lama mereka dan tak ada kena mengena dengan saya. Saya sedih apabila perkara sebegini timbul.

"Apa yang boleh saya katakan di sini, saya sudah pun berkahwin, jadi tak perlulah ungkit cerita lama seperti ini. Jangan juga cari jalan atau ambil kesempatan untuk jatuhkan maruah kami semua. Apabila terlalu ramai yang cuba ambil 'bahagian' dalam hal rumah tangga saya, saya jadi sedih." jelas Ashraf Muslim.

Di dakwa ini adalah gambar pertunangan Wan Sakinah yang telah putus

Abby Abadi Akui Nikah Di Thailand

Posted: 22 Jul 2013 06:19 PM PDT



Abby Abadi Akui Nikah Di Thailand, Segerakan Elak Maksiat



 Selain kontroversi penikahan kedua Ashraf Muslim dan Wan Sakinah di Thailand, pelakon Abby Abadi juga mengejutkan semua pihak apabila mengakui sudah bernikah dengan seorang jejaka yang bernama Farhan sebelum Ramadhan.

Abby turut mengakui bahawa penikahan mereka itu berlangsung di Thailand dan ia dilakukan dengan segera kerana mahu mengelakkan sebarang maksiat.

"Ya saya bernikah di Thailand. Tidak ada masalah pun dalam undang undang Islam bernikah di negara jiran, tetapi saya mempermudahkan yang payah. Benda itu (bernikah di luar) tak jadi masalah pun, Allah SWT kita perlu dahulukan, jadi saya dah lepas dengan Allah SWT — maksudnya kita dah bernikah itu yang terbaik.

"Jadi untuk dengan manusia pula sekarang inilah saya patut terangkan. Dah tertulis macam itu, tak apa yang penting Allah SWT dulu, yang penting saya dapat elak dosa," tambah Abby Abadi lagi.

Majlis persandingan di sebelah Abby Abadi akan berlangsung pada 31 Ogos, manakala di sebelah pihak Farhan majlis akan berlangsung pada 6 September di Tumpat, Kelantan.

Sedikit pengenalan Muhammad Farhan, beliau berasal dari Kampung Hutan Jambu, Tumpat, berusia 24tahun (17 Oktober 1989), anak sulung daripada 4 orang adik beradik dan dilahirkan di HUSM Kubang Kerian, Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...