koleksi gambar artis malaysia dan indonesia

koleksi gambar artis malaysia dan indonesia

Link to Koleksi Gambar Artis Malaysia

Memey, Norman dan Zul Ariffin Doa Abby Abadi Bahagia

Posted: 21 Jul 2013 02:37 AM PDT

Memey Suhaiza, Norman Hakim dan Zul Ariffin Doakan Kebahagiaan Abby Abadi

Umum sedia maklum, Memey Suhaiza adalah individu yang bernikah dengan bekas suami Abby Abadi iaitu Norman Hakim. Walaupun pernah sengketa suatu ketika dulu, kini hubungan mereka cukup akrab dan hidup dalam sebuah keluarga besar yang bahagia.
Memey Suhaiza dan Norman Hakim gembira bila Abby Abadi bertemu jodoh lagi dan mendoakan kebahagiaan bersama suami barunya itu walaupun pekenalan mereka cukup singkat.
"Saya dan abang berkongsi kegembiraan dengan apa yang dimiliki Abby sekarang. Kami mendoakan semoga dia bahagia dan jodohnya berkekalan hingga ke akhir hayat. Sekali lagi tahniah untuknya," ujar Memey.
"Dia hanya beritahu 'hint' dan akhirnya kami pun maklum akan hal ini." apabila tanya adakah mereka berdua dimaklumkan akan perkahwinan Abby tersebut.
Sementara itu bekas kekasih Abby, Zul Ariffin terkejut dan tidak mengetahui langsung mengenai penikahan wanita itu.
"Alhamdulillah dan tahniah buatnya. Apa yang boleh saya katakan, saya gembira dengan berita tersebut. Bagus sudah berumah tangga," ujar Zul ringkas.
Sebelum ini, Zul dan Abby pernah menjalin hubungan cinta selama beberapa tahun sebelum mereka putus pada 2011.

Noniswara Sah Bercerai Secara Taklik

Posted: 21 Jul 2013 02:28 AM PDT



Pelakon Noniswara akhirnya sah bercerai secara taklik dengan ahli korporat, Datuk Rosman Ridzwan selepas diputuskan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, semalam.

Sebelum ini, Nonis telah memfailkan permohonan cerai taklik pada 9 Mei lalu berikutan usaha untuk menyerahkan saman permohonan cerai secara baik kepada suaminya gagal.

"Alhamdulillah saya bersyukur kerana akhirnya semua sudah selesai. Saya berasa lega kerana selepas beberapa bulan saya berdepan dengan masalah ini. Saya mengalirkan air mata ketika keputusan dibuat tadi. Tapi apapun, selepas ini saya tetap akan meneruskan kehidupan baru saya dan anak-anak saya.

"Soal tuntutan akan dibincang kemudian kerana bukan itu yang saya mahukan. Saya mahukan kebebasan, kebahagiaan dan kedamaian," katanya dengan nada sebak.

Pasangan itu bernikah pada 31 Julai 2009 dan majlis resepsi perkahwinan diadakan sehari selepas itu di Hotel Berjaya Times Square.

Puisi Sedih Bukan Dari Dayana

Posted: 21 Jul 2013 02:21 AM PDT


Puisi Sedih Bukan Dari Dayana

Lagi cerita tentang kontroversi pelakon Ashraf Muslim yang berpoligami. Kini, heboh dilaman sosial Facebook munculnya satu puisi nukilah hati yang didakwa ditulis oleh Nor Dayana iaitu isteri pertama Ashraf yang melahirkan kesedihan melalui puisi itu.

Namun, sebenarnya puisi itu bukan lah dari Nor Dayana. Ianya ditulis oleh seorang gadis yang dikenali sebagai Ana Hawana di laman sosial Facebooknya namun disalah erti oleh orang ramai dan menganggap puisi itu dari Nor Dayana kerana dibawah puisi itu tertulis "May Allah bless u Dayana".

Tak usah bicara tentang payung emas Kerana Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah Tak usah bicara tentang zuriat Kerana Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun… Tak usah bicara tentang setia Kerana Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan Tak usah bicara tentang tanggungjawab Kerana Aku tahu kau lebih arif tentang itu Tak usah bicara tentang kesempurnaan Kerana Aku terima kekurangan kau kerana Allah Tak usah bicara tentang dia Kerana Aku diasingkan darimu kerana dia Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah Kerana satu dunia tahu Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan


Puisi tersebut telah keluar di satu blog hiburan popular tanah air, namun Ana Hawana mengesahkan bahawa puisi itu bukan lah dari Dayana dan tidak mahu puisi itu mengeruhkan lagi keadaan dan menambah kekusutan Dayana ketika melalui saat-saat yang sukar kini.

Erra Fazira terbabit dalam kemalangan

Posted: 21 Jul 2013 12:21 AM PDT



Mengikut laporan akhbar BH, difahamkan pelakon Erra Fazira terbabit dalam kemalangan sewaktu menungggang motosikal berkuasa tinggi miliknya pada Sabtu lepas. Namun anda boleh menarik nafas lega kerana ia cuma kemalangan kecil dan Erra hanya mengalami kecederaan ringan di kaki kirinya. Difahamkan motosikal yang ditunggang Erra agak teruk juga keadaannya.

Tak pasti apakah punca sebenar kemalangan tapi apa yang difahamkan, Erra terbabas hingga berada di bawah lori selepas motosikalnya gagal dikawal. Apapun, syukurlah Erra tidak mengalami kecederaan teruk.

Foto Selebriti Terkenal Di Majlis Berbuka Puasa Astro

Posted: 21 Jul 2013 12:17 AM PDT



Kredit gambar Ryaniez Moments Photography Foto Selebriti Terkenal Di Majlis Berbuka Puasa Astro

Kesempitan Duit Punca Penceraian Sasha

Posted: 21 Jul 2013 12:12 AM PDT



Setelah enggan membongkarkan punca penceraiannya selama ini, hari ini menerusi Kosmo, Sasha Saidin akhirnya berkongsi permasalah utama yang melanda perkahwinannya dengan Salyo. Untuk makluman, mereka berdua telah pun bercerai talak satu pada 10 Julai 2012.

Rupa-rupanya punca utama perpisahan mereka ialah masalah kesempitan duit. Malah sehingga ke hari ini, bekas suami Sasha kadang kala tidak memberikan nafkah. Kata Sasha:-

Punca utamanya adalah disebabkan masalah kesempitan duit, malah kami juga sering berjauhan. Dia berada di Indonesia manakala saya di Malaysia. Pada mulanya saya rasa risau hidup sebagai ibu tunggal tetapi alhamdulillah, kini okey. Walaupun kadang-kadang bekas suami bagi nafkah, kadang-kadang tidak, saya masih boleh hidup dan tidak menghadapi masalah kewangan.

Menariknya, Sasha masih ingin mahu berkahwin sekali lagi kerana mengimpikan anak perempuan. Namun begitu, salah satu syarat bakal suaminya ialah mesti mempunyai kewangan yang stabil.

Ada juga terfikir, malah kawan-kawan baik semua suruh saya cari orang kaya atau jadi isteri kedua kepada orang kaya dan sebagainya. Sebenarnya berkahwin dengan orang kaya itu tidak menjamin kehidupan yang sempurna.

Lagipun, saya tidak boleh berkongsi suami dengan orang lain. Jika duda saya tidak kisah. Saya juga pernah diminati lelaki semuda Zain (29 tahun) tetapi saya cakap pada mereka, mana mungkin saya terima lelaki sebaya adik saya. Kalau ditakdirkan berkahwin sekali lagi, saya mahukan lelaki yang boleh membimbing saya – bukannya saya yang membimbing mereka pula. Kalau boleh dia juga harus stabil dari segi kewangan.

(GAMBAR)Pernikahan Ashraf Muslim Dan Wan Sakinah di thailand

Posted: 21 Jul 2013 12:08 AM PDT



(GAMBAR)Pernikahan Ashraf Muslim Dan Wan Sakinah

Ini ialah merupakan gambar yang besar kemungkinan diambil sebaik saja selepas pernikahan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah 7 Julai lepas di Thailand. Ini kerana tidak ada maklumat lanjut yang diberikan tentang gambar ini.

Lengkap berbusana perkahwinan rona tembaga dan krim serta berinai, pasangan ini kelihatan sedang menyarungkan cincin. Keduanya kelihatan berseri di majlis pernikahan mereka.

Bekas Tunang Wan Sakinah Dakwa Pertunangan Putus Kerana Ashraf Muslim

Posted: 21 Jul 2013 12:05 AM PDT



Bekas Tunang Wan Sakinah Dakwa Pertunangan Putus Kerana Ashraf Muslim

Melalui rancangan Melodi TV3, bekas tunang Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, yang tidak dinamakan telah muncul menerangkan tentang pertunangannya dengan wanita itu yang sebelum ini terputus gara-gara Ashraf Muslim, 32, menjalinkan hubungan dengannya.

Beliau turut menambah yang hubungan Ashraf dengan Sakinah sudah berjalan sewaktu pelakon itu masih bergelar tunang kepada Dayana. Rasanya hubungan antara Sakinah dengan Ashraf Muslim bermula bukan sembilan bulan selepas Ashraf berkahwin, malah sebelum dan semasa Ashraf dalam pertunangan dengan tunangnya (Dayana) dan saya dan Sakinah masih bertunang.

Pada masa itu saya memang frust, kerana saya sudah hampir berkahwin. Saya tidak boleh menafikan yang pertunangan kami terputus kerana dia (Sakinah) ada hubungan dengan Ashraf Muslim. Alhamdulillah, apa yang Ashraf Muslim nafikan sebelum ini akhirnya terbongkar. Apa yang pernah saya suarakan sebelum ini dipersoalkan oleh orang luar sama ada saya memfitnah, tapi sekarang sudah terbukti.

Sambil menyuarakan simpatinya pada Dayana, bekas tunang Wan Sakinah turut memberitahu sebelum ini apa yang diperkatakan olehnya tentang Ashraf menjalinkan hubungan dengan tunangnya tidak dipercayai orang kerana mereka menganggap Ashraf seperti ustaz. Beritahunya lagi, pertunangan dia dan Sakinah terputus 25 hari sebelum mereka melangsungkan perkahwinan. Mendoakan kebahagiaan mereka (Ashraf dan Sakinah) sehingga ke akhir hayat, bekas tunang Wan Sakinah turut menasihatkan Ashraf agar tidak lari dan bersikap seperti lelaki budiman kerana apa yang dilakukan (berpoligami) tidak salah.

Sebaliknya Ashraf patut berterus terang menghadapi pihak media dan orang ramai.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...