koleksi gambar artis malaysia dan indonesia | ![]() |
Posted: 19 Jul 2013 03:17 AM PDT ![]() KUALA LUMPUR 19 Julai - Pelakon Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 35, hari ini mengakui dia sudah melangsungkan pernikahan dengan seorang jejaka berusia 24 tahun. Pelakon yang terkenal menerusi drama Gerak Khas itu berkata, beliau dan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar sudah pun mendirikan rumah tangga sejak 12 hari lalu. "Ya. Kami sudah bernikah 12 hari lepas kenal. Dia (suami) sebelum ini masih bujang dan berasal dari Tumpat, Kelantan. "Saya sengaja merahsiakan pernikahan kami itu daripada media massa. Hari ini (Jumaat) saya rasa adalah hari yang sesuai untuk mengumumkannya (pernikahan itu)," kata janda beranak tiga itu kepada Utusan Online ketika dihubungi hari ini. Sebelum ini, Abby mengejutkan para peminatnya apabila memuatkan gambar dia dengan seorang pemuda dalam keadaan mesra di laman Instagramnya. Menerusi laman sosial itu, beliau mengaku menikahi suaminya setelah berkenalan hanya selama dua minggu. - UTUSAN ONLINE |
Nabila Huda mesra bersama anak Posted: 18 Jul 2013 07:02 PM PDT ![]() ![]() Kalau sebut sahaja nama Nabila Huda, orang pasti akan mengaitkannya dengan kontroversi dan isu-isu panas dari dulu hinggalah sekarang. Tetapi sebenarnya, tak ramai yang mengetahui pelakon ini mempunyai sifat keibuan yang cukup lemah lembut dan penyayang terhadap anak perempuannya, Keisha. Beberapa jam yang lepas, Abil ada berkongsi sebuah video di akaun Keek miliknya menunjukkan gelagat dia dan anaknya yang cukup comel. Untuk pengetahuan anda, Keisha yang kini berusia tiga tahun adalah anak tunggal hasil perkahwinan Abil dengan bekas suaminya, Zaidi Zailani sebelum mereka bercerai pada bulan Ogos 2011. |
Qi Razali mesra bersama Nelydia Senrose Posted: 18 Jul 2013 06:59 PM PDT ![]() ![]() Menerusi laman sosial Twitter dan Instagram milik Qi Razali, pelakon drama Friday I'm In Love ini difahamkan sedang dalam perjalanan untuk ke Argentina bagi menjalani sesi penggambaran program Art Attack. Pelakon lelaki ini dikatakan akan berada di negara tersebut selama dua bulan dan ini bermakna dia akan pulang semula ke Malaysia pada September depan. Meskipun baru sebentar berjauhan dengan Nelydia Senrose, pelakon ini sudah mula melahirkan rasa rindu terhadap kekasih hatinya itu dan perasaan tersebut turut dilahirkan menerusi status yang dimuat naik di laman mikro Twitternya beberapa jam yang lalu. |
You are subscribed to email updates from Koleksi Gambar Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.