koleksi gambar artis malaysia dan indonesia | |
- Ashraf Muslim Telah Bernikah Dengan Wan Sakinah Di Thailand
- Iqram Dinzly Akui Terkilan Tahu Berita Pertunangan Fouziah Gous
- Bapa Mertua Kesal Ashraf Muslim Berkahwin
- Lisa Surihani jadi badak air
- Lisa Surihani Berjaya Ubah Gaya Hidup Yusry
- Arja Lee Jaga Ibu di Hospital
- Nelydia Senrose bercinta dengan Qi?
| Ashraf Muslim Telah Bernikah Dengan Wan Sakinah Di Thailand Posted: 17 Jul 2013 06:47 PM PDT ![]() Ashraf Muslim sebenarnya telah pun bernikah buat kali kedua dengan bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand, 7 Julai lalu. Perkara ini diketahui apabila Ashraf hari ini hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur. Sehubungan dengan itu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan pelakon Mohd. Ashraf Muslim untuk menarik balik permohonan kebenaran poligami. Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab mengarahkan Mohd. Ashraf untuk membayar kos mahkamah RM8,000 kepada isteri pertama, Noor Dayana Lokman. ashraf muslim kahwin lagi Apa pun selamat pengantin baru buat Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semoga perkahwinan mereka dirahmati dan diberkati. Sumber KOSMO. |
| Iqram Dinzly Akui Terkilan Tahu Berita Pertunangan Fouziah Gous Posted: 17 Jul 2013 06:45 PM PDT ![]() Dengan tidak berselindung lagi, pelakon dan pengacara Iqram Dinzly mengaku kepada mStar Online yang dirinya terkejut sebaik saja mengetahui tentang kisah pertunangan Fouziah Gous dengan Md Zhafran Md Yusof. Ini kerana dia tidak menyangka yang wanita itu mempunyai kekasih hati. Tambah Iqram, dia hanya mengetahui tentang pertunangan tersebut dua minggu sebelumnya melalui media. Katanya:- Saya ralat melihat cara dia (Fouziah) seperti tergesa-gesa untuk bertunang. Benda-benda penting macam ini dia tidak beritahu pun lebih awal kepada saya. Orang tahu macam mana keakraban perhubungan kami, tetapi saya hanya diberitahu dua minggu sebelum majlis. Itu pun saya dapat tahu lebih awal selepas membaca laporan di majalah. Sebenarnya saya tidak mahu komen panjang tentang hal ini kerana apa yang dah berlaku terlalu merumitkan. Jadi lebih baik saya berdiam. Menurut Iqram lagi, dia tidak lagi berhubung dengan Fouziah sejak wanita itu melangsungkan pertunangan. Iqram turut mendoakan kebahagian Fouziah, dan menafikan tubuhnya makin kurus kerana 'makan hati' dengan pertunangan tersebut. Sebaliknya, badan Iqram susut kerana sibuk bekerja, tambahan pula sekitar Februari, dia menjalani penggambaran sebuah drama selama dua bulan di Singapura. Iqram Dinzly kacak orangnya dan pandai memasak pula. Rasanya tidak sukar beliau mencari pengganti. Kata orang, ada banyak ikan dalam laut. Kann? |
| Bapa Mertua Kesal Ashraf Muslim Berkahwin Posted: 17 Jul 2013 06:41 PM PDT ![]() Bapa Mertua Kesal Ashraf Muslim Berkahwin Sebelum Mahkamah Buat Keputusan Lokman Abdul Hamid, 52, bapa mertua Ashraf Muslim, mendakwa dia dan keluarga kesal dengan keputusan Ashraf berkahwin di Thailand sebelum mahkamah membuat keputusan berkenaan permohonannya untuk berpoligami. Beliau yang ditemuramah oleh Harian Metro memberitahu, semua terkejut apabila Ashraf memberitahu tentang pernikahannya di mahkamah hari ini. Dia tarik balik permohonannya kerana dia telah bernikah di Thailand pada Ahad lepas, 7 Julai. Kami sekeluarga tersangat menyesal kerana kami mengharapkan perbicaraan ini dijalankan kerana jika mahkamah membenarkan dia berkahwin, kami redha. Kami akan hormat keputusan mahkamah. Ini belum lagi mahkamah buat keputusan, dia telah bernikah di Thailand. Ini sesuatu yang kami kesali. Dia pergi ke Thailand pun tidak memberitahu isteri dia. Dia berbohong dengan mengatakan dia pergi ke Bangkok untuk business meeting. Dia pulang ke sini pun tidak memberitahu dia telah berkahwin kepada isterinya. Tambah Lokman, Noor Dayana, 26, hanya mengetahui Asyraf, 32, telah bernikah dengan Wan Sakinah, 29, pada hari Selasa setelah berjumpa itinerari penerbangan Ashraf dalam beg kembaranya. Apabila ditanya oleh Dayana, barulah Ashraf mengaku dia telah menikah kali kedua (di Thailand). Bagi Lokman, ia bukan perkara yang elok. Lokman turut memberitahu yang Ashraf telah memfailkan permohonan berpoligami pada April lepas, bagaimanapun perbicaraan ditangguh kerana Dayana tidak diwakili peguam. Lokman juga mengesahkan yang Dayana tidak rela dimadukan, kerana itu dia menuntut perbicaraan di mahkamah. Sukar juga memberi pendapat berkenaan perkara ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Diharap Dayana dapat bersabar dengan pilihan yang dibuat oleh Asyraf, semua pasti ada hikmahnya. Ikuti temuramah Harian Metro, di sini:- |
| Posted: 17 Jul 2013 06:30 PM PDT ![]() BARISAN selebriti terkenal dari Malaysia, Singapura dan Brunei bakal memeriahkan hari raya Aidilfitri pertama melalui filem animasi popular, Madagascar 3: Europe's Most Wanted yang telah dialih suara kepada Bahasa Melayu. Antara selebriti terlibat adalah Hafiz Suip (Alex the Lion), Lisa Surihani (Gloria the Hippo), Fahrin Ahmad (Melman the Giraffe), Taufik Batisah (Marty the Zebra) dan Najip Ali (Julien the Lemur). Selain itu, beberapa artis lain turut memeriahkan Madagascar 3 seperti Jazz Hassan, Hazama, Didi Alias, Zahid, Ray, Adifashla, Farish Aziz dan Nabila Huda. Madagascar 3 akan bersiaran di HBO saluran 411 atau HBO HD saluran 431 pada jam 8 malam. Selebriti-selebriti terlibat mengakui teruja ketika dilamar untuk membawakan karakter tersebut. "Saya teruja sebab saya suka Madagascar. Saya menonton filem itu berkali-kali untuk memahami jalan cerita sepenuhnya. "Saya juga cuba untuk tidak meniru watak itu supaya bunyinya itu nanti sangat Malaysia dan tidak terlalu Inggeris," katanya pada sidang media, hari ini. Ketika ditanya soal pemilihannya dalam watak itu, Lisa berkata, watak Gloria sinonim dengan dirinya. "Mungkin kerana...sebenarnya saya dengan Gloria sama. Walaupun saiz tak sama tapi perwatakan sama. Dalaman saya selalu Gloria," katanya. Bersempena dengan tayangan perdana filem tersebut, satu siri jelajah HBO Presents DreamWorks's Madagascar 3 akan diadakan di Sunway Piramid bermula 26 hingga 28 Julai ini. Beberapa artis yang terlibat juga bakal memeriahkan siri jelajah itu. Madagascar 3 mengisahkan tentang empat sekawan terkenal Alex the Lion, Marty the Zebra, Melman the Giraffe dan Gloria the Hippo cuba untuk pulang ke rumah di New York. Perjalanan itu membawa mereka ke Eropah di mana mereka berhadapan dengan ugutan Pegawai Kawalan Haiwan Perancis, Kapten Chantel DuBois. Dalam usaha melarikan diri dari pegawai tersebut, empat sekawan ini menyertai sarkas jalanan yang bermasalah. Ikuti pengembaraan mereka dalam Madagscar 3: Europe's Most Wanted pada 8 Ogos ini. |
| Lisa Surihani Berjaya Ubah Gaya Hidup Yusry Posted: 17 Jul 2013 06:24 PM PDT ![]() ![]() PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani berjaya mengubah gaya hidup dan menguruskan masa suaminya iaitu pengarah filem dan penyanyi Yusry Abdul Halim setelah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga. Lisa, 27, berkata, dia berjaya mengubah cara hidup suaminya itu agar menjadi lebih baik dan terurus. "Setakat ini Alhamdulillahlah, kebanyakannya dia mengikut masa dan cara saya. Macam pada bulan puasa, kalau dulu dia tidak bangun sahur kerana dia lebih suka bersahur sebelum tidur. "Tapi sekarang dia perlu ikut cara saya dengan tidur awal dan bangun untuk bersahur, kerana bagi saya masa berpuasa lebih panjang apabila bersahur," katanya ketika ditemui pada sidang media Madagascar 3:Europe's Most Wanted versi Bahasa Malaysia di sini, Selasa. Tambah Lisa, dia juga kini menjaga dan menguruskan jadual harian Yusry bagi memudahkannya merancang aktiviti terluang. "Kalau dulu kami letak jadual masing-masing pada papan tulis di rumah, tapi bila di luar masing-masing lupa, jadi saya ada aplikasi di telefon yang boleh isi jadual dia dan saya sekali. "Sejak itu saya terus uruskan jadual kerja dia," katanya. Bukan itu sahaja, tambah Lisa, suaminya juga sudah boleh menerima makanan pedas. "Kalau dulu dia memang tidak boleh makan makanan yang pedas tapi sekarang dia sudah boleh terima. Dia paling suka kalau saya masak ayam pedas," katanya. Bercerita pengalaman berpuasa sebelum ini Lisa berkata, dia pernah mengalami sakit perut akibat terlalu banyak makan cili. "Dua tahun lepas saya mengalami sakit perut yang teruk kerana saya makan cili setiap kali berbuka puasa. "Saya suka makan cili dengan menggigit sedikit-sedikit cili tersebut sehingga habis tapi selepas sakit perut saya berhenti daripada makan cili seperti itu. "Namun tabiat makan makanan pedas memang tidak boleh dielakkan. Kalau tidak saya tidak akan berselera," katanya. |
| Posted: 17 Jul 2013 08:31 AM PDT ![]() Pelakon Arja Lee Sibuk Jaga Ibu di Hospital Selayang KUALA LUMPUR, 15 JULAI 2013: Ketika umat Islam yang lain sibuk menjalani ibadah puasa sambil menyiapkan persiapan raya, aktor Arja Lee pula sibuk turun naik ke Hospital Selayang, Kuala Lumpur kerana menjaga bonda tercintanya, Salmah Aziz yang menghidap kanser lelangit. Malah, dia sanggup meninggalkan lokasi drama bersiri, Ramadhan Yang Hilang pada pagi Khamis lalu, setelah mendapat tahu ibunya mengadu terlalu sakit dengan tiba-tiba. "Waktu itu, saya sedang dalam persiapan untuk shoot scene saya untuk Ramadhan Yang Hilang. Tapi scene tu tak banyak mana pun. Jadi, bila kaka saya hubungi saya memberitahu bahawa ibu mengadu sakit kuat. "Hati saya terus rasa berderau dan resah. Cepat-cepat juga saya beritahu pengarah yang saya terpaksa tinggalkan lokasi untuk mendapatkan ibu saya dengan segera. "Mujurlah mereka faham. Malah, setiap kali hendak buat shooting pun, mereka selalu tanya saya, apakah saya okey untuk shoot atau pun sebaliknya. Saya pula akan sentiasa update mereka dengan perkembangan ibu saya," kata Arja Lee kepada portal Murai. Menurut Arja Lee lagi, dia bagaimanapun tidak tahu mengapa ibunya, sakit kuat pada Khamis lalu. Tapi, tak tahulah kenapa Khamis lalu, ibu tidak-tiba mengadu sakit kuat. Sampaikan kami panggilkan ambulans untuknya dan menghantar dia ke Hospital Selayang. "Kami hantar dia ke hospital ini pun sebab rekod sakitnya memang ada di sini dan doktor yang merawatnya pun sudah tahu akan perkembangan dirinya. "Apapun, keadaan ibu sekarang ini dah makin kritikal kerana kanser lelangitnua sudah masuk ke tahap 4. Doktor pun kata, agak sukar untuk dia pulih dalam tahap yang begini. Kalau pulih pun, pasti akan ada komplikasi yang lain yang akan dihadapinya pada masa akan datang," katanya. Pun begitu, Arja Lee bersyukur kerana selepas beberapa hari dimasukkan ke hospital, keadana ibunya kini sudah bertambah baik. "Dia kini sudah boleh duduk dan makan serta tidak perlu lagi bergantung kepada alat pernafasan. Lega hati saya bila melihat kesihatannya kini semakin bertambah baik. "Sebab, terus-terang, saya tak sampai hati sungguh tengok dia berada di dalam kesakitan. Bayangkan dalam usia yang begitu dia terpaksa berdepan dengan sakit yang kronik begini. Tuhan sajalah yang tahu bagaimana menderitanya dia pada waktu itu. "sekarang ini, dia masih lagi berada di hospital dan masih belum dibenarkan untuk keluar. Selain saya, kakak seta adik-beradik yang ;lain termasuk anak-anak buah sering menjaganya," katanya. Mengenai perkembangan lain, Arja Lee kini sibuk menjual Arja's Cookies yang terdiri daripada Tart Nenas Gulung, Tart Nenas bunga, Cokelat Chips, Almond London serta Hazel Nut Choc. "Semua kuih muih ini, kakak saya yang buat dengan bantuan anak-anak buah," katanya. SUmber: Murai.com.my |
| Nelydia Senrose bercinta dengan Qi? Posted: 17 Jul 2013 08:23 AM PDT |
| You are subscribed to email updates from Koleksi Gambar Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.