koleksi gambar artis malaysia dan indonesia | |
| Serina Redzuawan Turun Berat 12 KG Posted: 15 Jul 2013 11:48 AM PDT ![]() Pelakon Serina Redzuawan akui kini rasa lebih berkeyakinan tinggi dan selesa apabila berat badannya sudah pun menurun sehingga 12 kilogram dan menghampiri berat badan idealnya. Tidak mengamalkan diet yang mendadak, sebaliknya, Serina Redzuawan memberitahu dia hanya mengamalkan pengambilan makanan tambahan daripada produk kesihatan dan kecantikannya milkinya sendiri bernama Anggun Serina. SUMBER |
| Posted: 15 Jul 2013 11:38 AM PDT ![]() ![]() Sumber berita dari MURAI HULU KLANG, 15 JULAI 2013: Produser kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, telah selamat mengikat tali pertunangan dengan pemain bass kumpulan CRK, Mohamad Eddie Ghazali, 45,dalam satu majlis pertunangan yang diadakan di kediamannya di Ukay Perdana kira-kira jam 6.30 petang tadi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diiringi dengan ucapan perbincangan oleh anak sulung Eddie, Mohamad Daniel yang mewakili ayahnya. Pihak Raja Azmi pula diwakili anak perempuannya, Puteri Suraya Mohad Jalani. Pada majlis tersebut pihak lelaki menyerahkan tiga dulang hantaran yang berupa telekung, kek dan manisan. Manakala pihak perempuan membalas dengan lima dulang hantaran terdiri daripada jam, baju, kek, manisan dan biskut. Majlis kemudiannya disusuli dengan adat menyarung cincin yang sempurnakan oleh ibu Eddie, Mariah Abu Samah Sementara itu, Raja Azmi yang ditemui selepas majlis selesai bersyukur dan lega semuanya berjalan lancar. "Alhamdulilah, jika sebelum majlis saya sedikit gementar, kini saya rasa gembira dan bahagia sekali," luahnya. Pasangan ini bakal diijabkabulkan pada 15 September ini dengan hanya senaskah al-Quran seperti yang diminta oleh pihak perempuan. |
| Posted: 15 Jul 2013 11:30 AM PDT ![]() ![]() ![]() ![]() Semakin ramai artis mahupun selebriti wanita yang telah berhijrah untuk bertudung atau berhijab. Baru-baru ini, seorang lagi selebriti tanah air, giliran Fiza Elite pula mengikuti jejak langkah rakan-rakan artis sebelum ini yang telah tampil bertudung. Manis kan dia bila dah bertudung. Moga kekal dengan imej muslimah sebegini.. |
| You are subscribed to email updates from Koleksi Gambar Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.