koleksi gambar artis malaysia dan indonesia

koleksi gambar artis malaysia dan indonesia

Link to Koleksi Gambar Artis Malaysia

Wajah terbaru Neelofa

Posted: 15 Jul 2013 05:47 AM PDT


 Artis cantik dan hot sekarang..Neelofa.




kalau semua perasan iklan 'LINE' yang membabitkan beliau sangat cute.

Fasha sandha Berniaga sempena Ramadhan

Posted: 15 Jul 2013 05:39 AM PDT

Walaupun beliau adalah artis popular dan berkahwin pula dengan orang berada, namun itu tidak membuatkan beliau jauh hati untuk membantu ibunya berniaga sempena Ramadan.

Itulah Fasha Sandha, ternyata kehadirannya ke gerai ibunya itu tambah memeriahkan jualan yang sememangnya sudah meriah. Paling menarik, Fasha juga turut membawa anaknya, Rayfal ke ke gerai berkenaan.

Menerusi laman Instagram-nya, Fasha bersama Rayfal membantu ibunya berniaga dan dalam masa yang sama, Fasha turut memaklumkan bahawa masakan istimewa yang dijual di gerai ibunya adalah adalah laksa utara.

Gambar Artis Blogspot dot com kini berwajah baru

Posted: 15 Jul 2013 04:03 AM PDT

Setelah lama tidak mengupdate blog yang bersawang ni, hari ni admin ada semangat nak buka kembali blog yang penah hit dulu..(kononnya,,,..kikiki). Apapun dengan kembalinya blog ini dapat memeriahkan kembali dunia berita hiburan ..Peaceee...:-)

Wajah terbaru Nabila Huda

Posted: 15 Jul 2013 03:59 AM PDT






Pelakon terkenal, Nabila Huda kini telah tampil dengan gaya rambut terbaru, dimana dia telah mewarnakan rambutnya kepada warna yang lebih perang berbanding sebelumnya.. Apa kata anda? Gambar diambil dari akaun instagramnya. bagi penulis..nampak classic ala2 marilyn monroe..hehe

Peminat Kritik Foto Suami Datuk Siti Nurhaliza

Posted: 15 Jul 2013 03:33 AM PDT


Beberapa jam lalu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza telah memuat naik sekeping foto suami tercinta menerusi laman Instagramnya dengan caption berbunyi : Dato K is 'back'!!…;p

Foto yang menunjukkan Dato Khalid atau lebih mesra disapa sebagai Dato K sedang melakukan senaman dan mendedahkan sedikit bahagian belakang badan suami penyanyi itu bagaimanapun telah mengundang beberapa respon negatif daripada segelintir peminat Datuk Siti dan ada antara mereka menasihati penyanyi tersebut agar menghormati bulan Ramadhan serta tidak memaparkan foto sebegitu menerusi laman Instagramnya.























Namun begitu, masih ada peminat yang menyokong tindakan Datuk Siti, dan bagi mereka itu hanya foto biasa Dato K serta menyifatkan hanya golongan yang berfikiran sempit sahaja akan memandang foto berkenaan daripada sudut pandangan yang negatif.

Fara Fauzana Insuranskan suara

Posted: 15 Jul 2013 03:27 AM PDT

PETALING JAYA: Penyampai radio Hot FM Fara Fauzana mendedahkan dia telah menginsuranskan suaranya sebagai langkah berjaga-jaga jika ia gagal berfungsi atas penyakit-penyakit tertentu. Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil, 33, berkata, walaupun ia kedengaran pelik, tetapi dia menyifatkan suaranya begitu penting dan sebagai penyumbang untama memberikan rezeki kehidupan buat diri sendiri dan keluarga.

 "Saya mengambil insurans kesihatan yang turut disertakan dengan perlindungan suara sekali. Malu nak bercakap tentang hal ini, maklumlah saya bukannya penyanyi. Datuk Siti Nurhaliza pun tak insuranskan suara dia agaknya. "Tetapi bagi saya ia penting kerana kerja harian saya menggunakan suara bukan sahaja di konti radio tetapi juga di luar di mana saya mengacarakan pelbagai acara majlis. 

"Hati saya mula terdetik untuk menginsuranskan suara selepas pernah pada satu kejadian, saya tidak sakit, tetapi suara hilang dan ia buatkan saya risau," katanya. Fara ditemui pada majlis berbuka puasa bersama Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd bagi meraikan 15 orang warga emas dari Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Restoran Kokopelli Travellers Bistro, di sini, pada Ahad. Tambah Fara, dia juga pernah terfikir apakah yang akan terjadi sekiranya satu hari nanti dia tidak mempunyai suara lagi. Namun, selain membuat perlindungan insurans suara, dia juga sudah merancang akan memberi fokus kepada kerjaya di belakang tabir penyiaran radio pula.

 Sementara itu, mengenai majlis berbuka puasa anjuran Yakult, para tetamu telah disajikan dengan pelbagai juadah berbuka puasa yang menyelerakan yang telah disediakan khas oleh pihak Kokopelli Travellers Bistro yang menaja sebahagian daripada hidangan pada malam tersebut. Majlis yang turut dihadiri oleh Pengarah Jualan dan Pemasaran syarikat Yakult (M) Sdn Bhd, Hiroshi Hamada, Pengurus Perhubungan Awam dan Sains syarikat Yakult (M) Sdn Bhd, Mazlyn Mena Mustapha dan Pengarah Urusan Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Muji Sulaiman telah berlangsung dalam suasana meriah. Beritahu Fara, buat masa ini dia akan menyertai lima jenis kempen daripada pihak Yakult dan akan menjadi duta kepada produk tersebut pada tahun hadapan.

 "Sebenarnya, sebelum menyertai kempen Yakult, saya sudah mula teruja dengan minuman ini yang begitu banyak khasiatnya dan pernah ke kilangnya di Jepun, untuk penggambaran program Nona (TV3). "Apabila mendapat informasi tentang kebaikannya, dan mengamalkan meminum susu kultur tersebut, saya mula yakin dengan produk ini. "Kebetulan pula pihak Yakult mahu saya menyertai beberapa kempen sebelum menjadi duta produk ini pada tahun hadapan," katanya.

Gambar Anak Sulung Ziela Jalil

Posted: 15 Jul 2013 03:22 AM PDT





 Gambar anak Sulung Ziela Jalil,Puteri Julia Nabilah, 21 tahun. Comel dan cantik macam ibunya

Gambar Leez AF4 Terkini

Posted: 15 Jul 2013 01:39 AM PDT

Masih comel dan cantik Leez AF4..Semoga terus berjaya dalam dunia hiburan.
Kalau nak tengok gambar lama boleh klik Gambar Leez Af4

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...