RotiKaya |
Fizz Fairuz Terima Lakonkan Adegan Ranjang Demi Pelbagaikan Watak Posted: 30 Apr 2013 03:17 PM PDT Jika dahulu Fizz Fairuz lebih dikenali sebagai pelakon yang alim namun kini untuk lebih mencabar Fizz telah menerima tawaran untuk lakonkan adegan ranjang bersama Nabila Huda dan Wan Sharmila di dalam filem terbarunya “Bisikan Syaitan” demi pelbagaikan watak. Beliau yang ditemui di Majlis Tayangan Media Filem ‘Bisikan Syaitan’ bertempat di e@Curve semalam memberitahu bahawa perasaan segan ada namun demi karier Fizz bersikap profesional. Walaubagaimanapun babak tersebut melalui proses perbincangan bersama pengarah muda, Faizul A. Rashid serta para pelakon yang lain. Ujar Fizz lagi, pada mulanya Wan Sharmila enggan lakonkan babak tersebut kerana masalah peribadi namun selepas beberapa ketika dia akhirnya bersetuju dan telah meletakkan beberapa syarat agar tidak nampak keterlaluan. “Dia beritahu kepada saya dan pengarah tidak mahu dihimpap dimana dia tidak boleh kalau saya berada di atasnya. Untuk jayakan babak itu sahaja kami memerlukan 8 ke 9 take kerana Wan Sharmila yang tidak biasa lakonakan aksi sebegitu.” Filem yang berlatar belakangkan Bukit Fraser, Pahang, ini telah siap lebih dua tahun yang lalu namun disebabkan tahun lalu banyak filem melayu dikeluarkan filem seram Terbitan Grand Brilliance terpaksa ditangguhkan. Dalam pada masa yang sama, Fizz Fairuz turut memberitahu bahawa dia masih berkawan dengan Almy Nadia dan tidak tahu pada masa hadapan siapakah jodohnya kerana Fizz diberi tempoh dua tahun oleh emaknya untuk fokus dengan kerjaya dahulu namun begitu dia tidak menolak jika jodohnya bersama Almy. Bagi mereka yang tidak sabar menanti filem seram berdasarkan kisah benar ini boleh tonton dipawagam bermula 2 Mei ini, selamat menonton! |
Puteri Sarah Liyana Nafi Jalin Hubungan Cinta Dengan Syamsul Yusof Posted: 29 Apr 2013 06:53 PM PDT Jika ada peminat yang masih tertanya tanya status sebenar hubungan Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof seperti di’dakwa Ammar Alfian, ini ada jawapan yang menafikan cinta antara mereka wujud. Bercakap kepada GUA hari ini, Puteri Sarah Liyana menafikan wujudnya sebarang hubungan cinta antara beliau & Syamsul Yusof seperti di’dakwa dan turut menyifatkan Ammar Alfian sebagai tidak matang. BACA: Ammar Alfian Ugut Syamsul Yusof Di Twitter Kerana Cemburu? “Saya dah move on. Dia pun dah ada teman wanita. Saya dah malas nak fikir mengenai perkara yang keluar dari mulut dia tentang saya” “Saya dah penat dengan semua ini. Dia ada bukti ke nak tuduh saya kini bercinta dengan Syamsul? Apa yang dia buat ni merupakan satu tindakan yang tidak matang,” jelas Puteri Sarah Liyana ringkas. |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.