RotiKaya

RotiKaya


Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.310)

Posted: 03 Apr 2013 01:57 PM PDT

VIDEO HARI INI: Akhirnya trailer penuh untuk filem This Is The End telah keluar & filem yang penuh dengan pelakon komedi Hollywood ini tampak super-awesome, dan ada Emma Watson. Wooo!

Memang terkenal sebagai ahli perniagaan versatil, Jay-Z menubuhkan Roc Nation Sport sebagai percubaan beliau untuk terjun ke bidang pengurusan sukan yang memang lumayan kalau kena gaya. – Essence

Sumber terbaru memberitahu yang kelakuan aneh Justin Bieber sejak akhir akhir ini bukan kerana pengaruh rakan nakal tetapi kerana patah hati di’tinggalkan Selena Gomez. Aww. – TMZ

Jimmy Fallon di’khabarkan telah pasti bakal menggantikan tempat Jay Leno untuk program lewat malam The Tonight Show tetapi pihak NBC sendiri masih menutup mulut tentang perkara ini. – THR

Bintang solo Jay Park bakal buat penampilan semula pada 10 April 2013 dengan sebuah single terbaru berjudul Joah & gambar kulit album terbaru menunjukkan wujudnya dua buah lagu baru lagi. – allkpop

Hanya kerana adegan letupan selama 3 saat dalam trailer tiada dalam filem akhir, penonton filem Jack Reacher di New Zealand akan menerima wang mereka semula. Gila untung. – Business Insider


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Konsert Pertama CNBLUE Di Malaysia, 24 Ogos 2013

Posted: 02 Apr 2013 11:50 PM PDT

Malaysia sudah seperti sebuah destinasi emas terkini untuk artis pop Korea — kebanjiran mereka ke tanah air kita tahun ini memang sangat terasa dan ianya akan semakin meriah dalam bulan bulan mendatang.

Terkini, Daol Entertainment mengumumkan yang band sensasi Korea Selatan CNBLUE akan hadir mengadakan sebuah konsert buat pertama kali di Malaysia untuk para peminat mereka.

Blue Moon 2013 CNBLUE World Tour ini akan di’adakan di Stadium Negara, pada 24 Ogos 2013. Dan, tiket tiket akan mula di’jual pada 18 Mei 2013 bertempat di Fahrenheit 88, Bukit Bintang.

Penjualan tiket konsert CNBLUE pada hari pertama itu akan berlangsung bermula jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang dan pada yang tidak berkesempatan boleh mendapatkan tiket melalui AirAsiaRedTix sehari selepas penjualan awal. Excited?


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...