RotiKaya

RotiKaya


Zain Saidin Dakwa Diperguna Dalam MasterChef Selebriti 2

Posted: 29 Apr 2013 05:37 PM PDT

Tidak adil juga rasanya jika tuan punya badan yang mencipta kontroversi hujung minggu lalu tidak di’beri peluang untuk membela diri terhadap semua kritikan yang beliau terima. Ini cerita Zain Saidin.

Menurut kekasih Rozita Che Wan ini, banyak babak dari rakaman penuh telah di’potong oleh produksi MasterChef Selebriti 2 untuk menampakkan dirinya sebagai watak jahat dalam ‘drama’ ini.

“Saya dipergunakan dan dijadikan watak jahat dalam drama ini. Saya akui, rancangan ini separuh real, separuh drama. Namun, banyak kata-kata pedas juri dibuang dan kelantangan saya menyerlah”

“Saya tidak kecewa apabila disingkirkan kerana saya tahu setakat mana kemampuan saya, namun saya tidak suka bila ada unsur ketidakadilan dalam pertandingan,” jelas Zain Saidin kepada Sinar Harian.

Zain Saidin turut menambah yang beliau di’desak oleh pihak produksi untuk menyertai MasterChef Selebriti 2 kerana kisah percintaan beliau & Rozita Che Wan yang memang hangat di’perkatakan peminat.

“Saya memang tak nak masuk MSM 2 kerana saya tiada kemahiran memasak. Mereka mahu saya masuk kerana kisah percintaan saya bersama Che Ta,” ujar beliau yang mengakui sudah berdamai dengan Chef Adu, Chef Jo dan Chef Zubir.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Yusof Haslam Enggan Komen Status Cinta Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana

Posted: 29 Apr 2013 02:51 PM PDT

Semalam dalam satu kenyataan kepada media mendedahkan hubungan cinta bekas kekasihnya, Ammar Alfian Aziz ada meminta sesiapa yang ragu ragu bertanyakan sendiri kepada Datuk Yusof Haslam.

BACA: Puteri Sarah Liyana & Syamsul Yusof Kini Bercinta?

“Tanyalah Datuk Yusof Haslam (bapa Syamsul Yusof) tentang hubungan mereka dan lihatlah apa jawapannya,” ujar Ammar Alfian nampak yakin dengan pendedahan beliau terhadap hubungan pasangan tersebut.

Yusof Haslam menerusi laporan Utusan Malaysia hari ini bagaimana pun menolak untuk mengulas lebih lanjut tentang status hubungan cinta anak lelakinya, Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana seperti di’dakwa.

“Sama ada saya tahu atau tidak saya tidak mahu komen. Syamsul kini berada di Bangkok, Thailand untuk urusan filem arahannya, jadi saya minta dia tumpukan perhatian untuk menyiapkan filem itu dahulu”

Datuk Yusof Haslam berkata yang Syamsul Yusof mempunyai hak untuk membuat pilihan hidup tetapi apa yang lebih penting ketika ini adalah pengarah muda itu menyiapkan kerja (filem) terlebih dahulu.

Gambar Ihsan: Nizam Zailan


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Nora Danish Nafi Ke Indonesia Beli Persiapan Kahwin

Posted: 29 Apr 2013 02:09 PM PDT

Minggu lalu, timbul satu gossip yang menyatakan seorang pelakon comel popular bakak mendirikan rumahtangga tidak lama lagi dan katanya sudah pun membeli persiapan perkahwinan di Jakarta, Indonesia.

BACA: Pelakon Comel Popular Bakal Berkahwin?

Peminat yang membaca gossip tersebut tidak teragak agak meneka yang pelakon comel tersebut adalah Nora Danish & ini menimbulkan keterujaan di’kalangan peminat yang memang ingin lihat beliau berkahwin.

Nora Danish mengakui beliau ada terbang ke Jakarta, Indonesia baru baru ini tetapi tujuan’nya adalah untuk menjalani penggambaran 10 episod Republik Cinta Ahmad Dhani bersama ya, Ahmad Dhani.

“Saya akui, memang saya ada membeli kain untuk hari raya dan koleksi peribadi. Mungkin orang tersalah anggap. Saya masih belum merancang untuk mendirikan rumah tangga. Jika ada saya tidak akan menafikannya kerana ia adalah benda yang baik,” jawab beliau ringkas.

#06 Nora Danish Nafi Pergi Ke Indonesia Beli Persiapan Kahwin - ROTIKAYA #05 Nora Danish Nafi Pergi Ke Indonesia Beli Persiapan Kahwin - ROTIKAYA #04 Nora Danish Nafi Pergi Ke Indonesia Beli Persiapan Kahwin - ROTIKAYA #03 Nora Danish Nafi Pergi Ke Indonesia Beli Persiapan Kahwin - ROTIKAYA #02 Nora Danish Nafi Pergi Ke Indonesia Beli Persiapan Kahwin - ROTIKAYA #01 Nora Danish Nafi Pergi Ke Indonesia Beli Persiapan Kahwin - ROTIKAYA #08 Nora Danish Nafi Pergi Ke Indonesia Beli Persiapan Kahwin - ROTIKAYA #07 Nora Danish Nafi Pergi Ke Indonesia Beli Persiapan Kahwin - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Ammar Alfian Ugut Syamsul Yusof Di Twitter Kerana Timbul Sifat Cemburu?

Posted: 29 Apr 2013 01:45 PM PDT

Pasti ramai peminat dunia hiburan yang telah membaca kisah pendedahan Ammar Alfian terhadap bekas kekasihnya, Puteri Sarah Liyana yang kini khabarnya bercinta dengan Syamsul Yusof.

Kalau di’teliti kata kata Ammar Alfian menerusi media & juga akaun Twitter milik beliau, pendedahan yang di’lakukan beliau semalam lebih bermotifkan membalas dendam daripada perkara lain.

Petang semalam, Ammar Alfian Aziz telah menulis sebaris ayat yang tidak secara langsung menyebut nama Syamsul Yusof tetapi sekali membaca pasti ramai boleh menjangka kepada siapa ianya di’tujukan.

“Sul sul sul muke kemek lu memang mintak kena pukul, walawei wa leh jadik rapper cam lu puuuiiihhh,” maafkan bahasa rempit Ammar Alfian ini tetapi harap anda faham apa yang cuba di’sampaikan.

Tulisan itu bagaimana pun telah di’padam daripada akaun Twitter beliau tidak lama selepas itu. Anda boleh baca melalui screenshot yang sempat kami ambil di’bawah — dan beberapa tulisan lain.

Menurut sumber kami yang juga merupakan rakan baik kepada Ammar Alfian & Puteri Sarah Liyana sebelum ini, punca sebenar pendedahan yang di’lakukan tidak lain kerana bermotifkan sifat cemburu terhadap apa yang di’miliki bekas kekasihnya itu kini.

Rakan mereka berdua itu turut memaklumkan yang kehidupan Ammar Alfian sebelum ini banyak di’tanggung oleh Puteri Sarah Liyana memandangkan kerjaya seni aktor & model itu sendiri sebenarnya tidak menentu.

Sumber turut menyatakan yang Ammar Alfian sebenarnya masih memerlukan ‘cinta’ Puteri Sarah Liyana dalam hidupnya walaupun kini sudah mempunyai teman wanita baru bergelar model, Shella. Hmm.

#01 Ammar Alfian Ugut Syamsul Yusof Di Twitter Kerana Cemburu - ROTIKAYA #02 Ammar Alfian Ugut Syamsul Yusof Di Twitter Kerana Cemburu - ROTIKAYA #03 Ammar Alfian Ugut Syamsul Yusof Di Twitter Kerana Cemburu - ROTIKAYA #04 Ammar Alfian Ugut Syamsul Yusof Di Twitter Kerana Cemburu - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Maznah Zulkifli: Itu Satu Fitnah & Saya Bakal Ambil Tindakan

Posted: 29 Apr 2013 01:40 PM PDT

Apabila akhbar hujung minggu menyebut nama Maznah Zulkifli (Maznah Zolkifli) sebagai rakan artis yang merampas suami Noniswara, kecoh juga di’kalangan peminat dunia hiburan yang mahukan kepastian.

BACA: Maznah Zulkifli Rampas Suami Noniswara, Punca Cerai?

Melalui laporan Kosmo! hari ini, Maznah Zulkifli memberikan kenyataan balas yang dakwaan beliau merampas suami Noniswara, Datuk Rosman Ridzwan sebagai satu fitnah selain terkejut dengan berita tersebut.

“Memang saya sangat terkejut & saya telah difitnah. Saya bakal mengambil tindakan selanjutnya ke atas kes ini”

“Saya telah pun berjumpa dengan peguam saya dan saya tidak boleh beri sebarang kenyataan. Memang saya akui ini semua fitnah semata-mata,” ujar Maznah Zulkifli tentang isu ini. Apakah akan ada saman malu?


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Johan As’ari Elak Bersentuhan, Doakan Kebahagiaan Nabila Huda

Posted: 29 Apr 2013 10:56 AM PDT

Pemergian kali kedua Johan As’ari menunaikan umrah telah berjaya membuka hati beliau untuk berazam tidak lagi memeluk mana mana artis perempuan ketika berlakon bersama selepas ini.

Dahulu, Johan As’ari dikatakan sering bermain cinta di set penggambaran dengan setiap heroinnya ternyata kini tidak mahu lagi dikaitkan dengan kontroversi sedemikian.

Niat suci Johan ini terdetik selepas banyak peristiwa kurang enak berlaku kepada aktor berusia 26 tahun ini sepanjang bergelar anak seni.

Selepas menunaikan umrah bermula 26 Mac hingga 8 April, Johan As’ari mengakui banyak perubahan yang telah berlaku ke atas dirinya selain daripada azamnya dia masih belum ketinggalan di dalam menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid.

Lebih tenang hidup bersendirian Johan sememangnya menginginkan seorang wanita yang menepati ciri-ciri wanita pilihan untuk dijadikan isteri.

Walaupun sebelum ini pasangan ini pernah dikhabarkan hangat bercinta namun ingatan Johan Asa’ari terhadap kawan baiknya, Nabila Huda tidak pernah luput apabila turut sama mendoakan kebahagiaan wanita tersebut bersama Nas-T.

Menurut Johan lagi, dia mengetahui percintaan Nabila pun menerusi Twitter dan ketika itu dia masih di sana.

“Kalau ada yang perasan kami ada juga bertanya khabar menerusi Twitter, saya dapat tahu dia sedang bercinta pun di internet, saya hormati pengakuan yang telah dibuat sendirinya olehnya”

“Apa yang penting, saya doakan kebahagiaan dia sekarang dan doakan jodoh yang baik untuknya,” ujar beliau.

#02 Johan As'ari Doakan Kebahagian Nabila Huda & Nas-T - ROTIKAYA #03 Johan As'ari Doakan Kebahagian Nabila Huda & Nas-T - ROTIKAYA #04 Johan As'ari Doakan Kebahagian Nabila Huda & Nas-T - ROTIKAYA #01 Johan As'ari Doakan Kebahagian Nabila Huda & Nas-T - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.327)

Posted: 29 Apr 2013 09:53 AM PDT

VIDEO HARI INI: Walaupun demam Gangnam Style sudah lama berakhir, namun ianya tidak menghalang Samsung dari menggunakan lagu tersebut untuk mempromosikan Galaxy S4 di India. Kelakar pun ada.

Datuk Aznil Nawawi mengaku tidak mengetahui yang beliau mempunyai masalah dengan Zain Saidin selepas pelakon itu mempertikai kemenangan Pak Nil pada satu cabaran MasterChef Selebriti. – mStar Online

Kalau kaya apa pun mampu bukan? Taylor Swift di’lapor telah membayar secara tunai sebanyak US$11 juta untuk sebuah rumah agam berkeluasan 11,000 kaki persegi di Rhode Island, Amerika Syarikat – TMZ

Selepas bercinta selama lima tahun, akhirnya Michael Jordan mengikat tali perkahwinan dengan wanita pilihan Yvette Prieto dalam satu majlis penuh meriah di Palm Beach, Florida. – US Weekly

Miley Cyrus mendedahkan yang beliau merasa ianya satu tindakan yang betul untuk bertunang dan memberikan komitmen dalam hubungan dengan Liam Hemsworth tetapi tetap memilih untuk low profile. – MTV

Pelakon popular Korea, Hyun Bin mengesahkan yang beliau akan kembali dengan filem berjudul King's Wrath yang merupakan filem pertama beliau selepas tamat tugasan wajib tentera pada Disember 2012. – Soompi


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...